Penyanyi, pelakon dan usahawan kelahiran Barbados ini memulakan kerjayanya di dalam dunia seni ketika berusia 17 tahun. Ketika itu bakatnya dikesan oleh penerbit album terkenal, Evan Rogers. Demo nyanyiannya telah dihantar kepada Def Jam Record lantas menarik perhatian CEO syarikat tersebut, Jay-Z.

Bermula dari detik itu, Rihanna atau nama sebenarnya Robyn Rihanna Fenty mendaki tangga populariti sebagai penghibur bertaraf dunia. Satu persatu lagu nyanyiannnya mendaki carta nombor satu. Bukan itu sahaja, dia juga mula menceburi bidang lakonan dan berlakon di dalam bebrapa filem box-office.

“Bernilai USD 1.7 Billion, Menjadikannya Penyanyi Wanita Paling Kaya Di Dunia”- Rihanna Kini Secara Rasminya Seorang Billionaire

Siapa sangka wanita beusia 33 tahun dari sebuah negara kepulauan kecil ini secara rasminya bergelar seorang billionaire. Dalam laporan Forbes, kekayaan Rihanna ini bukannya datang dari hasil muzik dan lakonan, sebaliknya kekayaan itu datang dari perniagaan kecantikan yang diceburi sejak tahun 2017.

Majoriti kekayaan yang dimilikinya merupakan hasil dari jualan produk Fenty Beauty dianggarkan bernilai USD 1.4 billion yang mana perniagaan tersebut dimilikinya sebanyak 50 peratus. Selebihnya pula merupakan hasil dari perniagaan fesyen baju dalam, Savage x Fenty dan juga pendapatan dari kerjayanya sebagai seorang penyanyi dan pelakon.

“Bernilai USD 1.7 Billion, Menjadikannya Penyanyi Wanita Paling Kaya Di Dunia”- Rihanna Kini Secara Rasminya Seorang Billionaire
Antara produk Fenty Beauty

Menggunakan pengaruhnya yang memiliki ratusan juta pengikut di laman media sosial. Rihanna melancarkan jenama Fenty Beauty pada tahun 2017 bagi memberi nilai ‘inclusivity’ kepada wanita seluruh dunia tanpa mengira warna kulit. Bayangkanlah, produk solekan yang dikeluarkan syarikatnya menawarkan lebih 50 warna demi memenuhi kepelbagaian wanita di dunia yang memiliki warna kulit berbeza-beza.

IKLAN
“Bernilai USD 1.7 Billion, Menjadikannya Penyanyi Wanita Paling Kaya Di Dunia”- Rihanna Kini Secara Rasminya Seorang Billionaire
Bersama Mr. Bernard Arnault, pemilik LVMH

Syarikat yang kini dimilikinya bersama LVMH ini mempunyai mesej tepat untuk disampaikan kepada masyarakat yang kecantikan datang dalam pelbagai bentuk dan warna. Masakan tidak, lihat sahaja kepada iklan yang dihasilkan jenama ini.  Menyerlahkan wanita-wanita ‘biasa’ dan bukan hanya tertumpu kepada peragawati semata-mata ternyata menarik perhatian ramai dan menjadikan produknya relevan.

Pada tahun 2018 sahaja, koleksi produk Fenty Beauty membawa masuk pendapatan tahunan bernilai lebih USD550 juta sekaligus mengalahkan jenama-jenama yang diasaskan selebriti lain seperti Kylie Jenner, Kim Kardashian dan Jessica Alba. Nampaknya percaturan penyanyi yang popular dengan lagu Unfaithful ini menjadi apabila langkahnya sebagai usahawan membuahkan hasil lumayan.

Sumber: Forbes, Sumber gambar: Instagram @badgalriri

IKLAN

 

 

 

IKLAN

 

 

 

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI