Ads

Ammar Zoni Dijatuhi Hukuman Penjara 7 Tahun Gara-Gara Jual Dadah Ketika Dalam Tahanan

Pelakon Indonesia, Ammar Zoni dijatuhi hukuman penjara selama tujuh tahun selepas didapati bersalah dalam kes penjualan dadah ketika berada di dalam Rumah Tahanan (Rutan) Salemba.

Keputusan itu dibuat Mahkamah Daerah Jakarta Pusat pada Khamis, 23 April 2025, selepas panel hakim yang dipengerusikan Dwi Elyarahma Sulistiyowati berpuas hati dengan hujah pendakwa.

Ammar Zoni atau nama penuhnya Muhammad Ammar Akbar terbukti secara sah dan meyakinkan melakukan kesalahan jenayah pemufakatan jahat tanpa hak serta bertindak sebagai perantara dalam urusan jual beli bahan narkotik Kumpulan I dengan berat melebihi lima gram seperti yang dinyatakan dalam pertuduhan utama.

Mahkamah seterusnya menjatuhkan hukuman penjara selama tujuh tahun terhadap tertuduh.

Ads

Terdahulu, pihak pendakwaan menuntut hukuman lebih berat iaitu sembilan tahun penjara selain denda sebanyak Rp500 juta terhadap Ammar.

Dalam pembelaannya di mahkamah sebagai respons terhadap tuntutan tersebut, Ammar menjelaskan faktor yang mendorong dirinya terlibat dengan penyalahgunaan dadah sejak kes pertama hingga kes ketiga. Kes yang sedang dibicarakan itu merupakan kes keempat melibatkan dirinya.

BACA JUGA: Pelakon Filem Madu Murni Ditangkap Polis Kali Ketiga Kerana Dadah 

Ads

Dalam hujahan pembelaan tersebut, Ammar turut menyentuh mengenai kehidupan peribadinya termasuk menyebut nama bekas isterinya, Irish Bella. Beliau mengakui berada dalam keadaan emosi yang rapuh selepas dibebaskan daripada kes dadah kedua, apabila mendakwa tiada sesiapa yang menyambut kepulangannya di rumah.

Kes berkenaan sekali lagi mencerminkan penglibatan berulang pelakon itu dalam jenayah penyalahgunaan dadah, meskipun pernah berdepan tindakan undang-undang sebelum ini.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Sekilas info, Ammar Zoni sebelum ini terkenal sebagai seorang model dan juga pelakon drama. Antara naskah lakonannya seperti Madu Murni, Anak Jalanan dan Ikatan Cinta.

Beliau berkahwin dengan Irish Bella pada tahun 2019 dan dikurniakan sepasang mata. Namun jodoh mereka tidak panjang apabila isterinya memfailkan perceraian dan mereka rasmi bercerai pada 1 Februari 2024.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Kadang-Kadang Kita Lupa Bagaimana Untuk Tidak Terlalu Peduli Dengan Pandangan Orang...

Penyanyi dan penulis lagu, Nuha Bahrin, yang dikenali menerusi lagu hit Casablanca kini kembali dengan single terbaharunya berjudul Malam-Malam, hasil kolaborasi bersama Ezra Kong...
error: Hello. Cannot.