Ads

“Ibu Tembak Bapa Demi…”- Charlize Theron Imbas Detik Paling Gelap Dalam Hidup

Pelakon Hollywood terkenal, Charlize Theron membuka kisah paling peribadi dan mengerikan dalam hidupnya, apabila berkongsi detik ibunya, Gerda Jacoba Aletta Maritz, menembak dan membunuh bapanya demi menyelamatkan nyawa mereka berdua.

Dalam satu sesi temu bual bersama The New York Times, pemenang Anugerah Oscar itu mengimbas kembali tragedi yang berlaku ketika usianya baru 15 tahun. Menurutnya, bapanya pulang ke rumah dalam keadaan mabuk dan agresif sebelum bertindak melepaskan tembakan ke arah mereka.

Charlize mendedahkan, dia bersama ibunya ketika itu cuba mempertahankan diri dengan menahan pintu bilik menggunakan tubuh mereka, sementara peluru menembusi pintu tersebut namun tidak mengenai mereka.

Dalam situasi cemas itu, ibunya bertindak pantas mencapai senjata api lalu melepaskan tembakan balas sehingga menyebabkan bapanya maut. Insiden tersebut kemudiannya disahkan sebagai tindakan mempertahankan diri.

Ads

Walaupun pengalaman itu cukup traumatik, Charlize menegaskan dia tidak lagi dibayangi ketakutan. Sebaliknya, dia memilih untuk berkongsi kisah tersebut bagi memberi kekuatan kepada mangsa keganasan rumah tangga agar tidak berasa keseorangan.

“Ibu Tembak Bapa Demi…”- Charlize Theron Imbas Detik Paling Gelap Dalam Hidup

Menurutnya lagi, peristiwa tersebut menjadi titik perubahan besar dalam hidup, sekali gus membentuk pandangan terhadap kekuatan diri, survival serta perjalanan kariernya sebagai pelakon.

Ads

BACA JUGA: Makin Gah Di Hollywood, Henry Golding Digandingkan Dengan Charlize Theron & Uma Thurman

Dalam masa sama, perkongsian itu tersebut turut memperlihatkan sisi berbeza pelakon aksi itu yang lebih reflektif dan emosional, khususnya apabila berbicara mengenai hubungan rapat dengan ibunya serta bagaimana tragedi tersebut membentuk siapa dirinya hari ini.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Bagi Charlize, kisah hitam itu bukan lagi sesuatu yang perlu disembunyikan, sebaliknya dijadikan sumber kekuatan untuk terus bangkit, sekali gus memberi inspirasi kepada orang lain.

Sekadar info, Charlize Theron pernah mencipta sejarah tersendiri apabila memenangi Anugerah Akademi (Oscar) bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik menerusi lakonannya dalam filem Monster (2003).

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Azril Radzi Dalam Diam Bina Masjid & Madrasah Di Luar Negara…...

Usahawan selebriti, Datuk Azril Mohd Radzi mahu mengikut jejak langkah rakan seperjuangan, Datuk Aliff Syukri dan Datuk Seri Vida yang kini aktif dalam dunia...
error: Hello. Cannot.