Pelakon kelahiran Malaysia yang mencipta nama di Hollywood, Henry Golding bakal bergandingan dengan dua pelakon wanita popular iaitu Charlize Theron dan Uma Thurman menerusi filem sekuel, The Old Guard 2 terbitan Netflix.

Henry, 35, dan Uma, 52, merupakan muka baharu yang akan muncul dalam filem sekuel tersebut yang sebelum ini mendapat sambutan hangat daripada pelayar Netflix.

Makin Gah Di Hollywood, Henry Golding Digandingkan Dengan Charlize Theron & Uma Thurman Makin Gah Di Hollywood, Henry Golding Digandingkan Dengan Charlize Theron & Uma Thurman

Selain Charlize, filem terbaharu itu juga bakal mengekalkan barisan pelakon asal The Old Guard iaitu KiKi Layne, Matthias Schoenaerts, Marwan Kenzari, Luca Marinelli, Veronica Ngo dan Chiwetel Ejiofor.

Nama aktor yang dilahirkan di Betong, Sarawak ini terus mewangi di persada perfileman Hollywood selepas membintangi filem box office, Crazy Rich Asians pada tahun 2018.

IKLAN

Selepas itu, dia turut berpeluang berlakon di samping Blake Lively dan Anna Kendrick menerusi filem A Simple Favor dan Emilia Clarke dalam filem The Last Christmas.

Makin Gah Di Hollywood, Henry Golding Digandingkan Dengan Charlize Theron & Uma ThurmanMakin Gah Di Hollywood, Henry Golding Digandingkan Dengan Charlize Theron & Uma Thurman

IKLAN

Tidak terhenti di situ, bapa kepada seorang cahaya mata itu juga turut menunjukkan bakatnya menerusi filem aksi, Snake Eyes yang diterbitkan tahun lalu.

Sekadar info, Henry yang mempunyai darah kacukan Inggeris-Iban mendirikan rumah tangga dengan personaliti TV Taiwan, Liv Lo pada 2016.

IKLAN

Pasangan itu mempunyai seorang anak perempuan, Lyla Golding yang kini berusia setahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto:  Instagram Henry Golding

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI