Awal hari ini, penyanyi dan ushawan, Mila Jirin ada berkongsi satu situasi yang mana seorang peminat ada bertanya mengenai perkembangan seninya ketika ini.

Perkongsian tersebut dibuat Mila menerusi entri terkininya di Instagram.

“MILA DAH TAK NYANYI LAGI?” Sapa seorang wanita lewat 50-an sambil sedang membersihkan meja di sebuah restoran fastfood di Penang International Airport.

“DAH TAK AKTIF DALAM INDUSTRI HIBURAN, SIBUK JAGA ANAK” – Balas saya sambil membalas senyuman wanita tersebut.

“PATUT LA LAMAAA MAKCIK TAK DENGAQ LAGU MILA, AWAT LAGUTU..NYANYI LAH BALIK, DAH ADA SORA – Balas Wanita itu

“Erm, suami tak izinkan makcik – Saya cuba nak tamatkan pertanyaan wanita tersebut”

IKLAN

“MANA BOLEH TAK BAGI, DULU TAK KAWIN BAGI? LA DAH KAWIN TAK BAGI?? TENGOK YANG LAIN DH KAWIN BOLEH – Agak serius wanita itu berhujah.

“Insya Allah Makcik, jika Allah izinkan” – Dalam hati, moga tiada lagi soalan kenapa saya tidak menyanyi lagi diajukan. Wanita itu berlalu sambil ambil handphone dan bergambar dengan saya buat kenang kenangan,” tulis Mila.

Sejurus kemudian, bintang itu memaklumkan akan perancangan serta percaturan hidup dariNya adalah yang terbaik.

“Dalam kapal terbang, saya terfikir, betapa percaturan Allah itu yang MAHA TERBAIK. Allah tidak izinkan saya terbang jauh dalam industri hiburan ada sebab dan asbab nya.

IKLAN

“Saya YAKIN dengan apa yang dah Allah rancang buat saya. Bukan MUDAH bergelar anak seni, momment2 kesusahan, hanya anak anak seni yang tahu bagaimana.

“Pernah dulu, sebulan tiada pendapatan bayangkan saya menyara keluarga sepenuhnya memang AMAT MENCABAR… Tawakal seorang Anak Seni dalam mencari rezeki ni HEBAT, cara Anak seni bekerja tidak siapa yang tau kecuali Anak seni itu sendiri.

“Saya sangat suka melihat bilamana seorang Anak seni itu berjinak jinak dalam dunia perniagaan disaat mereka masih berada didalam pusingan ATAS dalam roda kerjaya mereka sebagai Anak Seni.

“Saya pernah mengalami zaman kegemilangan itu dan juga telah merasai zaman kesuraman juga. Allahuakbar, saya bersyukur 11 tahun lepas en suami @isz_mustapha dah beri input untuk saya tidak berada dalam zon selesa sebagai anak seni dan memberi saya pendedahan dalam dunia keusahawanan.

IKLAN

“Apa sahaja peluang ada depan mata mahupun diberikan, tidak pernah berkata “TIDAK” walaupun ada yang keuntungannya tidak lah setimpal dengan usaha yang diberikan. Saya tetap lakukan demi untuk mengutip ilmu dalam dunia keusahawanan.

“Rezeki Allah itu MAHA LUAS, Jika IKHLAS dalam melakukannya, pasti Allah bagi jalan,” jelasnya panjang lebar.

View this post on Instagram

"MILA DAH TAK NYANYI LAGI?? " – – Sapa seorang wanita lewat 50-an sambil sedang membersihkan meja di sebuah restoran fastfood di Penang International Airport. – – "DAH TAK AKTIF DALAM INDUSTRI HIBURAN, SIBUK JAGA ANAK" – Balas saya sambil membalas senyuman wanita tersebut. – – "PATUT LA LAMAAA MAKCIK TAK DENGAQ LAGU MILA, AWAT LAGUTU..NYANYI LAH BALIK, DAH ADA SORA – Balas Wanita itu – – "Erm, suami tak izinkan makcik – Saya cuba nak tamatkan pertanyaan wanita tersebut" – – "MANA BOLEH TAK BAGI, DULU TAK KAWIN BAGI? LA DAH KAWIN TAK BAGI?? TENGOK YANG LAIN DH KAWIN BOLEH – Agak serius wanita itu berhujah – – "Insya Allah Makcik, jika Allah izinkan" – Dalam hati, moga tiada lagi soalan kenapa saya tidak menyanyi lagi diajukan – – Wanita itu berlalu sambil ambil handphone dan bergambar dengan saya buat kenang kenangan. – – Dalam kapal terbang, saya terfikir, betapa percaturan Allah itu yang MAHA TERBAIK. Allah tidak izinkan saya terbang jauh dalam industri hiburan ada sebab dan asbab nya… Saya YAKIN dengan apa yang dah Allah rancang buat saya. – – Bukan MUDAH bergelar anak seni, momment2 kesusahan, hanya anak anak seni yang tahu bagaimana… Pernah dulu, sebulan tiada pendapatan bayangkan saya menyara keluarga sepenuhnya memang AMAT MENCABAR… Tawakal seorang Anak Seni dalam mencari rezeki ni HEBAT, cara Anak seni bekerja tidak siapa yang tau kecuali Anak seni itu sendiri. – – Saya sangat suka melihat bilamana seorang Anak seni itu berjinak jinak dalam dunia perniagaan disaat mereka masih berada didalam pusingan ATAS dalam roda kerjaya mereka sebagai Anak Seni. Saya pernah mengalami zaman kegemilangan itu dan juga telah merasai zaman kesuraman juga. Allahuakbar, saya bersyukur 11 tahun lepas en suami @isz_mustapha dah beri input untuk saya tidak berada dalam zon selesa sebagai anak seni dan memberi saya pendedahan dalam dunia keusahawanan. – – Apa sahaja peluang ada depan mata mahupun diberikan, tidak pernah berkata "TIDAK" walaupun ada yang keuntungannya tidak lah setimpal dengan usaha yang diberikan. Saya tetap lakukan demi untuk mengutip ilmu dalam dunia keusahawanan. – Rezeki Allah itu MAHA LUAS, Jika IKHLAS dalam melakukannya, pasti Allah bagi jalan.

A post shared by B I Z M I L L A (@mila_jirin) on

Mila yang mulai terlibat dalam seni secara serius sejurus dinobatkan sebagai juara Akademi Fantasia musim kelima mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Ahmad Ailis Mohamed Mustapha pada 11 November 2015.

Foto: Instagram Mila Jirin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI