Hanya tertawa kecil apabila persoalan mengenai kehidupan berkahwin dengan lelaki ‘mat salleh’ yang dikatakan tiada adab sehinggakan dia turut terikut-ikut gaya kehidupan suami, Raja Ilya secara rasional memaklumkan, persepsi sesetengah netizen ternyata silap.

Tegas bintang tinggi lampai ini, perkongsiannya yang menjadi kontroversi gara-gara dikatakan seksi tidak ada kaitan dengan adab.

Lalu, pelakon berusia 34 tahun ini mengulas isu hangat berkenaan sepotong rakaman video dirinya sedang mencuci rambut di bilik mandi yang dimuat naik di media sosialnya.

Video itu menjadi kontroversi hanya kerana seksi, bukannya menunjukkan saya seorang pelacur, pembunuh atau perogol. Ia hanya kerana seksi dan subjektif.

“Itu bukannya video saya sedang mandi, dan saya bersedia dengan komen netizen.

IKLAN

“Tujuan saya hanyalah untuk promosi produk. Video itu hanyalah inspirasi idea saya dan suami.

“Suami ada bertanya mengenai respon netizen di sini mengenai video itu, namun saya sudah jelaskan padanya, sudah tentu akan ada respon negatif.

“Semua komen dalam bahasa Melayu dan saya tidak terangkan komen melampau kepada suami kerana tidak mahu ada persepsi negatif netizen di sini,” ulasnya.

IKLAN

Ilya terdahulu ditemui selepas Malam Gala dan Tayangan Perdana Filem KL Vampires di Damansara, baru-baru ini.

Rezeki tidak kesampaian untuk muncul membuat kemunculan di pentas antarabangsa, Raja Ilya memaklumkan KL Vampires secara tak langsung mengubat duka hati apabila hajat ke Hollywood terpaksa ditolak ke tepi.

Saya mengharapkan filem ini dan akhirnya penantian berakhir dan impian melakonkan filem aksi juga tercapai.

IKLAN

“Harap penonton akan berpuas hati dan pastinya saya berdebar menantikan reaksi peminat.

“Apa pun, kami sudah cuba memberikan yang terbaik,” kata Ilya optimis.

Pada masa sama, bintang Papadom ini turut mengakui berpuas hati dengan hasil garapan pengarah Daven R ini.

KL Vampires bakal ditayangkan di pawagam bermula 14 November 2019 ini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI