Anggota kumpulan One Nation Emcees (ONE), Shamimi Amalina Norhisham atau lebih sinonim dipanggil Mimifly mengakui dirinya tidak pernah terikat apa sahaja jenis tarian yang bakal dipersembahkan.

Malah, anggota ONE lainnya turut memberikan kebebasan memandangkan masing-masing tahu akan tugas dalam kumpulan.

Jelas Mimi, dia sendiri terharu apabila ramai yang memuji skil dan gayanya ketika menari, lebih-lebih lagi menerusi program Gegar Vaganza 6 (GV6) saban minggu.

“Terima kasih. Rasanya kerana saya satu-satunya anggota wanita dalam ONE. Apa yang saya boleh cakap, dalam ONE kita ada energi feminin serta energi maskulin.

IKLAN

“Untuk saya ‘lawan’ energi maskulin dalam ONE ni, saya kena ada masculinity juga. Pada masa sama, jadi tanggungjawab saya untuk tonjolkan elemen feminin dalam kumpulan ini juga,” jelasnya.

Pada masa sama, Mimi turut memberitahu Jojo adalah insan bertanggungjawab yang mengetengahkan bakat tariannya.

IKLAN

“Ya saya bermula pun dengan tarian. Malah, Jojo yang mula ajar saya untuk menari dan ONE jugalah yang membawa saya kepada cara tarian sendiri. Tiada siapa yang ajar dan mereka berikan ruang serta kebebasan.

“Dari situ saya rasa lebih yakin. Best jadi ‘bunga’ dalam ONE. Kami juga saling terima masing-masing seadanya. Semua tahu apa bahagian mereka,” katanya kepada MH.

IKLAN

Sementara itu dalam saingan GV6 minggu kelapan Ahad depan, Mimi bersama ONE akan membawakan lagu Anak yang dipopularkan oleh kumpulan Carefree.

Jadi, jangan ketinggalan untuk menyaksikan persembahan mereka di GV6 yang bersiaran secara langsung dari Dewan MBSA, Shah Alam, di Astro Ria dan Ria HD bermula jam 9.00 malam.

https://www.facebook.com/mediahiburan/videos/547591199140611/

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI