Beberapa jam lalu, pelakon senior Zulkifli Ismail memaklumkan berita sedih apabila komposer Omar Taib meninggal dunia semalam, sekitar jam 7.00 pagi.

Allahyarham meninggal dunia pada usia 72 tahun selepas beberapa minggu kesihatannya merosot. Malah, berita mengenai pemergiaan Allahyarham turut dilaporkan Harian Metro.

Jenazah Omar dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh, Johor Bahru selepas Asar pada Ahad.

IKLAN

“Komposer terkenal, Omar Taib telah kembali ke rahmatullah semalam. Antara lagu ciptaan Allahyarham yang malar segar termasuklah Rindu Bayangan nyanyian Carefree,” tulisnya menerusi Instagram.

IKLAN

IKLAN

Terdahulu, arwah antara komposer prolifik sekitar  1970-an dan sinonim dengan lagu malar segar Rindu Bayangan nyanyian Carefree selain pernah bekerjasama dengan barisan artis popular lain seperti Jay-Jay, Datin Suliza Salam, Azlina Aziz dan ramai lagi.

Foto: Carian Google/Instagram Zulkifli Ismail

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI