Penyanyi dan usahawan, Ayu Damit mengakui pada zaman awal penglibatannya dalam bidang seni sejurus menjuarai pertandingan realiti One In A Million musim kedua, ada pihak yang agak skeptikal terhadap dirinya.
Semuanya gara-gara dia dikatakan tidak cantik, berkulit gelap hingga pernah diberi pelbagai gelaran yang tak sedap didengar.
Bagaimanapun, penyanyi Hanya Di Mercu ini cuba positif dan cuba untuk tidak rasa ‘sakit’ dengan setiap cemuhan dan kritikan yang dilemparkan terhadap dirinya.
Bagi Ayu setiap individu punya keistimewaan yang boleh dibanggakan.
“Bohong kalau saya tak pernah dengar ada pihak yang pernah samakan saya dengan macam-macam perumpaan. Cuma saya ambil itu sebagai suatu pembakar semangat. Tak adalah rasa down pun.
“Teguran yang diterima itu saya tukar dan cuba ubah untuk jadi yang lebih baik sebab saya pun tahu, penampilan pun penting bila bergelar selebriti.
Belakangkan apa yang orang cakap sebab kalau kita ambil pusing benda tu, kita tak kan kemana pun,” tegasnya kepada MH.
Ads
Ditanya apakah reaksi suami bila hal tersebut diperkatakan, Ayu memberitahu suaminya, Syed Fauzi Syed Baharuddin merupakan tulang belakang dan penyokong kuatnya.
“Mungkin dia sendiri pun sedar isterinya tak berapa cantik, jadi dia pun banyak kongsi pandangan, khasnya dalam soal penampilan.
“Tapi alhamdulillah, cantik atau pun tidak, kami masih bahagia,” katanya yang turut menambah pihak pengurusannya uturut sama memberi idea mengenai feysen dan sebagainya.
Terdahulu, Ayu ditemui media pada pertandingan akhir Look of Plus Size 2019 (LOPS2019) yang berlangsung dengan jayanya di Kompleks Kraf, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Ads
Pertandingan yang berada di bawah payung Xtravaganza Management hasil cetusan idea tujuh sekawan itu mempunyai okjektif memperkasakan wanita bersaiz XL dalam ekspresikan diri sekali gus berdiri setara dengan para wanita lainnya.
“Jujurnya, cantik itu subjektif dan saya tidak melihat mereka yang bersaiz besar tidak boleh melakukan apa yang mereka mahu seperti individu lain.
Jadi saya sokong 100 peratus LOPS2019. Sebab kalau di peringkat antara bangsa sekalipun, ada juga bintang bersaiz XL yang bersinar, malah lebih berjaya.
Ads
“Begitu juga dalam industri hiburan tempatan kita. Jadi rasanya isu diskriminasi fizikal itu sudah tidak relevan kini memandangkan masing-masing ada kelebihan sendiri,” jelas Ayu.
LOPS edisi pertama telah dimenangi oleh Syamim Arshad, tempat kedua disandang Siti Naila Sekandar dan Nur Hafizah Abdul Latiff pula di tempat ketiga.
Sementara itu, enam orang dari 20 finalis bertanding telah berpeluang menggayakan persalinan pereka Azhar Zainal di bas Hop On Hop Off baru-baru ini.
Selain Ayu, turut sama meraikan LOPS2019 akhir ialah Mafarika dan Azharina. Tahniah buat semua yang bertanding dan team LOPS2019 dari MH.
Foto: Azrul Rafie
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Protoge Akim, Elica atau nama penuhnya, Angelica Paujin 17, diumumkan sebagai juara program Mentor Milenia 2017 yang dipancarkan secara langsung dari Sri Pentas 2, Shah Alam di TV3 jam 9:00 malam tadi.
[su_heading]Kemenangan pendatang baru arena seni suara dari Tambunan, Sabah itu membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000, sebuah trofi dan telefon bimbit Neffos X1 Max serta pakej percutian ke London.[/su_heading]
Elica pada malam itu mempersembahkan lagu Ceritera Cinta (duet bersama Hael) dan Samar Bayangan.
Naib juara pula disandang Muhammad Saiful Naim Muhd Noor atau Usop. Usop merupakan protoge kepada Hazama.
Manakala tempat ketiga pula ialah Mohamad Rozaimi Rosli atau Along, finalis berusia 20 tahun itu merupakan protoge Tomok.
Mereka masing-masing membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000 dan RM20,000 beserta trofi.
Tempat keempat pula dimenangi Syeera dan penyanyi muda dari Shah Alam, Selangor ini turut berjaya merangkul wang tunai sebanyak RM10,000 beserta trofi.
Sementara itu, Anugerah Khas Neffos yang menawarkan hadiah wang tunai RM10,000 juga berjaya dirangkul Elica.
Ia merupakan pengiktirafan khusus buat protoge yang berjaya menunjukkan peningkatan persembahan dari mula hingga akhir persaingan.
Program Mentor Milenia 2017 akhir menampilkan Fauziah Ahmad Daud sebagai juri jemputan dan kumpulan dari Indonesia, Nidji turut diundang menghiburkan penonton.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selain berkebolehan menyanyi dan mencipta lagu, Haqiem Rusli memasang impian untuk membuka sebuah kolam ikan talapia.
Katanya, hasrat tersebut telah lama diimpikan selepas tamat pengajian sekolah menengah.
“Selepas SPM, saya teringin nak buka kolam ikan talapia di Hulu Langat, Selangor. Ini juga merupakan satu impian dan minat saya dalam memancing, selain bidang muzik.
“Malah, perkara ini juga dapat membantu saya di masa hadapan kelak.
“Mungkin satu hari nanti, saya akan buka perniagaan ikan talapia, kita tak tahu rezeki masing-masing,” katanya kepada MH.
Haqiem Rusli ditemui pada majlis pelantikannya sebagai Ikon Selebriti Jelajah Agroprenuer Muda 2020 (JAM 2020) yang diadakan di Wisma Tani, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Presint 4, Putrajaya baru-baru ini.
Menurut pemilik nama penuh Ridzuan Haqiem Rusli ini juga, minat tersebut diinsiprasikan dari ahli keluarganya yang lebih memfokuskan ke arah bidang tersebut.
“Saya lahir dan membesar di Hulu Langat, jadi kehidupan saya lebih kepada bidang pertanian, sekali gus ia menjadi minat dan hobi saya.
“Malah, keluarga dan saudara juga terlibat sama dalam bidang ini.
“Jadi, dengan wujudnya program sebegini (JAM 2020) dan saya pula dilantik sebagai ikon selebriti, ia merupakan satu platform yang terbaik bagi saya agar impian saya menjadi kenyataan untuk membuka kolam ikan talapia ,” kongsi Haqiem yang popular dengan lagu Lembah Kesepian.
Dalam perkembangan lain, Haqiem dan Baby Shima dipilih sebagai ikon selebriti bagi Jelajah Agroprenuer Muda 2020 (JAM 2020) bagi golongan muda untuk menceburi bidang pertanian dan industri makanan.
Program tersebut akan dilaksanakan di setiap negeri bermula 13 hingga 15 Mac ini dan 2 hingga 4 April depan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan, Yatt Hamzah berhadapan detik cemas dan panik apabila ibu terpaksa dikejarkan ke sebuah hospital swasta akibat cirit-birit, pada Selasa.
Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah memberitahu, keadaan ibunya semakin lemah selepas mengalami masalah cirit-birit yang teruk dan berpanjangan.
“Allahuakbar! Selepas anak-anak Bonda, kini giliran mak Bonda pula dikejarkan ke hospital kerana cirit-birit! Mungkin terkena virus dari cucu-cucunya yang sedang sakit.
“Kesian Mak sampai berbelas kali dia ke toilet sampai dah lost count. Sedih tengok lembik badan Mak,” jelas Yatt.
Tambahnya lagi, masalah yang dialami ibunya itu bukan berpunca daripada akibat keracunan makan tetapi kerana terkena satu jangkitan virus yang terbaharu.
Di samping memberi kata nasihat kepada orang ramai untuk sentiasa menjaga kebersihan diri, Yatt bersama anak bongsunya yang kini baru mencecah usia 6 bulan turut menerima nasib yang sama sepertinya ibunya.
“Bahayanya virus ni. Takde angin takde hujan tiba-tiba datang menyerang keluarga Bonda. Harini Bonda dan baby Zubayr yang fully breastfeeding pula cirit-birit.
“Bukan food poisoning sebab Bonda masak setiap hari untuk anak-anak tapi virus yang sekarang sedang viral menyerang ramai kanak-kanak dan dewasa. Lebih-lebih lagi baru-baru ni full moon, memang aggressive virus ni menyerang.
“JAGA-JAGA SEMUA.. PLEASE BACA BETUL2 APA BONDA NAK SAMPAIKAN.
“Kalau ada ahli keluarga yg dapat symptoms muntah-muntah, cirit birit secara tiba-tiba yang bukan berpunca dr keracunan makanan dan deman batuk selsema yang berpanjangan, terus ke Hospital dapatkan rawatan.
“Asingkan tempat tidur mereka yg sakit, kalau boleh jangan bersentuhan kerana penyakit ni MUDAH BERJANGKIT!,” tulisnya lagi menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya.
Terdahulu, Yatt pernah memberitahu anak perempuannya, Suci Hayfa Medina mengalami masalah jangkitan kuman dalam paru-paru dan telah segera dimasukan ke hospital, pada Rabu lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Yatt Hamzah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Meskipun nama Daniel Cheang belum begitu hangat dalam radar arus perdana, personaliti serba boleh ini sebenarnya sudah membina tapak kukuh dalam industri hiburan tempatan...