“Ramai org takut nak mengaku tak bahagia….malu mungkin …sggup tipu diri sendiri…..Bahagia sebenar bukan di luaran or di instagram tp di dalam…,” tulisnya.
Lalu, perkongsian Rita mendapat reaksi pelbagai tetapi rata-ratanya bersetuju dengan apa yang diperkatakan ibu tunggal kepada dua cahayamata itu.
Ads
Dalam perkembangan lain, bintang ini sibuk di lokasi penggambaran telemovie, Mak Nak Peluk Boleh arahan Rashid Sibir.
Melewati usia kandungan lebih lima bulan, Hanez Suraya mengakui pada awal tiga bulan pertama kandungan, dia mengalami loya yang agak teruk hingga terpaksa beritahu pihak Deeja Cosmetics yang mengambilnya sebagai wajah wakilan.
Katanya dia terpaksa memberitahu keadaan dirinya pada ketika itu kerana tidak mahu menyusahkan pihak lain.
“Saya memang ada beritahu pihak mereka yang saya pada ketika itu sedang berbadan dua atas nasihat suami dan kalau boleh tidak mahu susahkan mana-mana pihak andai berlaku apa-apa.
“Syukur kerana faham dan benar sepanjang tiga bulan awal kehamilan, saya alami loya yang agak teruk.
“Malam je memang tak boleh nak jamah makanan sangat. Nanti akan muntah. Pagi saya okay. Cuma petang bawa ke malam tu memang akan loya,” katanya yang dijangka bakal bersalin anak kedua sekitar Julai depan.
Ditanya mengenai keadaan dirinya ketika ini pula, Hanez memberitahu dia cuba ‘lawan’ rasa mual dan loya. Namun dia bersyukur kerana keadaan bayinya sihat cuma bulan lalu, dia mengalami masalah darah rendah.
“Bayi semua okay, cuma ada alami masalah darah rendah sebab saya tak makan daging dan ayam. Cuma akan seafood sahaja.
“Memang kandungan kali ini menu makanan saya agak berbeza, cuma ada ketikanya saya paksa untuk makan. Jadi doktor ada berikan suplemen khas,” kongsinya lagi.
Foto: Instagram Hanez Suraya
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tarikh 2 April setiap tahun dipilih sebagai sambutan Hari Autisme. Ia diraikan seluruh dunia sebagai mengingati serta menghargai pesakit penghidap autisme.
Lalu tidak dinafikan, dalm mendidik anak-anak yang menghidap penyakit autisme ini, ia bukanlah satu perkara yang mudah.
Para ibu bapa atau penjaga perlukan semangat serta kesabaran yang kuat dan cekal, sebagaimana yang ditonjolkan pelakon, Zarina Zainuddin.
Bersempena dengan tarikh istimewa buat dirinya sekeluarga itu, bintang berusia 49 tahun itu ada memuat naik sekeping gambar di akaun Instagram.
“Happy Autism National Day 2 April Please ware blue for respect”tulisnya.
Pelawak dan penyanyi Achey ada memuat naik sekeping foto di Instgaramnya semalam.
Foto tesebut melihatkan dia menitip ucapan hari jadi buat isteri tercinta, Nor Hasanah Yahaya atau mesra dengan panggilan Anne.
“Bismillah… aku semakin penat… aku semakin tak berdaya… aku semakin lemah… tuhan kurnia kan kau kepada ku untuk memulihkan semua itu…aku sangat beruntung… dan dengan itu aku doakan mereka doakan dan semua doakan agar kau sentiasa baik2 sahaja…. SELAMAT HARI JADI sayang… @anne_achey 21/4/2019.” tulisnya.