Umum mengenali penghijrahan penyanyi Mizz Nina adalah suatu perkara yang mengejutkan ramai pihak.

Mana tidaknya, penghijrahannya pada akhir tahun 2013 telah ‘membuka mata’ ramai.

Daripada bergelar bintang yang sinonim dengan imej seksi, dia kini berubah 360 darjah menjadi seorang Muslimah sejati.

“Saya pernah tutup pintu Allah masa saya muda. Tak solat, tak puasa, tak buat apa-apa, macam malas nak buat semua itu..

“Masa saya ke arah kejayaan, saya rasa macam ada kehilangan ‘sesuatu’ dan saya pun sudah lama dalam industri hiburan, banyak buat persembahan sini sana, jadi saya rasa ia hanyalah rutin harian..

“Saya merasakan semakin dikenali, saya bergerak ke era baru dalam hidup saya dan itu sebab saya senang untuk lepaskan semua benda..

“Apabila saya nekad untuk mendalami Islam, saya rasakan ini adalah permulaan kehidupan saya,” kata isteri kepada penyanyi kumpulan Hujan, Noh Salleh.

Popular dengan lagu Wait You Waiting For, Mizz Nina mengakui cabaran dalam penghijrahan adalah suatu perkara paling sukar.

“Saya mengambil masa untuk berhenti pergi ke tempat yang selalu saya pergi dulu, perlahan-lahan nak belajar pakai tudung dan ambil masa nak pergi Haji..

“Balik dari Mekah, saya cuba praktikkan perkara itu dan mahu kekal istiqomah dan saya rasa itu adalah cabaran yang semua orang hadapi,” kata Miss Nina sebak. 

Menerusi temubual slot Kisah Penghijrahan dalam Zayan My, anak kelahiran Kuala Lumpur ini juga mengakui bahawa ayat suci Al-Fatihah telah melengkapi hidupnya.

“Surah Al-Fatihah sangat memberi kesan besar pada saya sebab ia adalah surah pertama saya hafal dan surah pertama yang saya faham,” kata Mizz Nina yang berhasrat mahu mengeluarkan buku tentang penghijrahan. 

Ikuti kisah penghijrahan Mizz Nina atau nama penuhnya Shazrina Azman menerusi Youtube Zayan My yang telah menjentik hati penonton.

https://www.youtube.com/watch?v=FzklsFl3bDs&t=28s

Temubual MH Bersama Ella Quen Of Rock! 

Video : Youtube Zayan My

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI