Pelakon senior dan usahawan, Datuk Seri Shah Rezza beberapa jam lalu ada memuat naik sekeping fotonya di pusara Wan Hassan Ibrahim.
Allahyarham merupakan bekas pemain bola sepak negara sekitar 70-an dan pernah mendapat jolokan ‘Soh Chin Aun Kelantan’ pada zaman kegemilangannya.
Menerusi ruangan kapsyen, bintang tersebut ada menitipkan dedikasi dan sedekahkan al-Fatihah atas pemergian Allahyarham.
Ads
“Al Fatihah buat seorang Yang pernah menjadi Abang kepada Saya walaupun berlainan Ibubapa… Semuga Wan Hassan Ibrahim Bekas Pemain Bolasepak Negara 70’s Yang pernah digelar ‘Soh Chin Aun Kelantan’ tenang disana…,” tulisnya.
Menerusi posting terbaru pelakon Rita Rudaini ada meluahkan rasa tidak puas hati kepada sesetengah individu yang suka meluahkan perasaan ketidakpuasan hati di laman media sosial.
Kongsinya, situasi itu lebih baik andai diselesaikan dengan cara berdepan atau ambil pendirian untuk berdiam diri.
“Klau xpuas hati dgn org mesti nak UP status kan xpaham jenis mcm ni…status xle tolong apa2 pon…xle selesaikan masalah pon…org yg benar n berani xkn up status…
“Jumpa depan n sudahkan klau kata ‘lebih baik diam’ …diam je lah xyah up status ke apa ke kan? Nk up status tp kena btg hidung sendiri..up status ni dak2 wechat je main…nk tunjuk satu dunia xsalah”tulisnya.
Pelakon Nabila Huda ada berkongsi detik manis apabila dia teruja dengan ‘kehadiran’ ahli keluarga baru.
“Tadi scroll up and down album kat Phone nampak video ni.. Terus I Nak share la precious moment yang I rahsia kan dengan korang.
“Masa abil tau positive , abil excited sangat Nak share berita ni kat korang !
“Tapi macam Nak surprise lambat sikit. Ini lah Moment yang paling sweet , happy sedih semua adalah.. All in one! I’ve been waiting for this almost 4 years,”tulis Abil.
Bagaimanapun, Nabila atau mesra disapa Abil mengalami pendarahan teruk.
Malah, doktor turut mengesahkan bahawa kandungannya tidak dapat diselamatkan.
“But too bad, Saya bleeding teruk until today and dah Pergi amik blood test again, dapat result and it’s not there anymore.. Takde rezeki lagi la ni. Allah Nak bagi chance Saya honeymoon lagi agaknya! Yes,Ofcourse Saya sedih. Terlalu sedih.
“Tapi kan, Kenapa Nak kena bersedih Dan menangis sedangkan orang Yang sentiasa membahagiakan kite , ada depan mata. Mereka Masih ada. Lebih baik hargai waktu Yang ada ni sepuas-puasnya,” tulis Abil.
Menerusi video tersebut, Keisha nampaknya terlalu teruja akan kehadiran ‘adik baru’, namun kegembiraan itu hanya dapat dikongsikan sekejap sahaja.
“At least dapat jugak kami berdua rasa moment “mom and dad to be” kejap..Jadi la eh.. hihi ! So now..games onz tak sisz @kidweebee ?,” akhiri Abil.
Nyata, video yang telah mendapat hampir 500,00 tontonan itu hanyalah sekadar mahu mengimbas detik terindah bergelar ‘mom and dad to be’ bagi Abil dan suami, Mohd Izwan yang telah mendirikan rumah tangga pada Desember 2015.
Video : IG Nabila Huda
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penerbit terkenal, Datuk A. Aida tidak menyangka apabila tiket untuk menonton filem Bisikan Nafsu bersama heroin yang juga anaknya, Azeva Natassha, selama lima hari...