Membalas kembali kritikan pedas Datuk Seri Aliff Syukri di laman sosial, ulas Baby Shima dia sedikitpun tidak gentar atas apa yang diperkatakan usahawan itu, baru-baru ini.
Menurut penyanyi ini, dia hanya memberi ulasan jujur namun tidak menyangka menerima reaksi pedas dan hinaan.
“Datuk nak saman? Silakan.
“Sedikit pun saya tidak koyak. Saya tidak takut kerana saya tidak bersalah.
“Apa yang saya tidak faham adalah, Datuk meminta pendapat orang lain supaya jujur di ruangan kapsyen, namun apabila orang memberi komen jujur, Datuk mula ‘koyak’.
“Saya hanya memberi sedikit komen, namun saya hairan mengapa dengan komen lain Datuk tidak ambil peduli. Mengapa saya dihentam? Komen saya berbentuk pertanyaan dan minta Datuk baca artikel dengan teliti.
“Saya hanya komen sedikit sahaja namun Datuk melenting dan memerli dan hina saya beberapa kali. Jangan kerana Datuk kaya, Datuk boleh melakukan sesuka hati. Jika hendak ke mahkamah, saya tidak takut,” jelasnya sambil menegaskan akan menunggu di mahkamah.
Aliff sebelum ini mengkritik Baby Shima di atas komen jujur yang ditinggalkan di Instagram jutawan itu berhubung lagu terbaru, Cowok Baru nyanyiannya bersama Lucinta Luna Dan Upiak Isil.
Foto : Instagram Baby Shima
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas beberapa bulan menyulam cinta, pelakon Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza akhirnya sepakat mengikat tali pertunangan Jun lalu dan minggu lalu, pasangan sama cantik sama padan ini mengumumkan keduanya akan disatukan sebagai suami isteri Februari depan.
Meski masih belum memilih tarikh penuhnya, namun perkahwinan yang bakal dirai dalam kehangatan bulan cinta itu pastinya akan menjadi momen manis untuk dikenang.
Singkap kembali momen cinta yang baru terjalin pula, Aiman secara jujur mendedahkan pelakon cantik itu terlebih dahulu menghubunginya menerusi aplikasi WhatsApps.
“Dia susah nak dapat okay, dia buat ‘dek’ je pada saya. Mulanya saya teks dia biasa-biasa saja memandangkan dia sendiri bukan tak pernah kenal tapi tidak mengapalah,” kata Zahirah berterus-terang.
A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
Bagaimanapun, Aiman yang berada di sisi pada sesi temu bual bersama media pula menjelaskan, dia sebetulnya menyedari pelakon cantik itu ada menghantarkan pesanan, tetapi dia seakan-akan tidak percaya.
“Saya dah sedar tapi dalam hati kata dia ni biar betul, ingatkan kena tipu sebab tiba-tiba saja teks yang dihantar itu hilang.
“Kemudian dia ada teks saya lagi ketika saya ke Amsterdam. Ia pun sama juga, 10 kali saya tengok teks tu untuk pastikan betul atau tidak,” seloroh Aiman.
“Saya tanya dia sama ada dia berminat atau tidak untuk berlakon sama dalam Curi-Curi Cinta,” balas Zahirah pula.
Menafikan cinta yang mekar bermula dengan cinta lokasi, pasangan ini juga turut memaklumkan mereka sudah pun bergelar pasangan kekasih sebelum drama rantaian itu memulakan penggambaran lagi.
Pengacara dan penyanyi, Alif Satar mengakui dirinya ‘naik segan’ selepas turut terpalit dengan kontroversi melibatkan penyanyi, Mark Adam dan rakan hos Big Stage, Sherry Al-Hadad.
Menurut Alif, perkara ini terlalu digembar-gemburkan dan ia tiada kena mengena dengan dirinya.
“Pada Alif, perkara ini telah digembar-gemburkan dan itu hanyalah perkara kecil sahaja.
“Alif sendiri kenal dengan Mark Adam dan dia bukanlah orang yang sebegitu tapi biasalah benda senang nak viral,” jelasnya kepada MH.
Susulan namanya turut terheret, kerana kononnya menjadi penyelamat keadaan, Alif sekali lagi rasa segan dengan reaksi yang diberikan netizen.
“Saya segan bila viral dengan benda macam tu sebabnya ia langsung tiada kena mengena dengan saya. Saya naik segan.
“Dia macam lepas ni, kalau ada berita buruk pasal Alif, habis la orang tak suka dah. Macam Alif ni perfect sangat pula.
“Bila rakan-rakan artis sebut mengenai perkara ini pun, saya rasa segan dan kalau boleh, saya tak nak hidup dengan pujian.
“Kesilapan ini adalah normal sebagai manusia biasa. Saya pasti orang masih sayang pada Mark dan dia pun telah mohon maaf,” kongsi Alif optimis.
Alif berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media pelancaran jenama ‘Warung’ dari Alicafe dan Alitea yang berlansung di Restoran Rebung Chef Ismail, Kuala Lumpur pada Selasa.
Pada majlis tersebut, Power Root Berhad turut mengumumkan kontrak Alif Satar sebagai duta rasmi produk berkenaan dilanjutkan bagi tempoh dua tahun akan datang.
Mengangkat konsep ‘Macam Dolu-Dolu’, jenama Warung tampil dengan lima produk minuman terbaru iaitu Alicafe Warung Kopi-O, Alicafe Warung Kopi Putih, Alicafe Warung Kopi Putih Kaw, Alicafe Warung Klasik dan satu produk berasaskan teh iaitu Alitea Warung.
Artis versatil, Elly Mazlein menafikan dakwaan dirinya merajuk dengan bidang pengacaraan susulan kelibatnya yang dilihat semakin kurang dalam mana-mana program termasuk yang disiarkan di...