Selepas beberapa bulan menyulam cinta, pelakon Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza akhirnya sepakat mengikat tali pertunangan Jun lalu dan minggu lalu, pasangan sama cantik sama padan ini mengumumkan keduanya akan disatukan sebagai suami isteri Februari depan.
Meski masih belum memilih tarikh penuhnya, namun perkahwinan yang bakal dirai dalam kehangatan bulan cinta itu pastinya akan menjadi momen manis untuk dikenang.
Singkap kembali momen cinta yang baru terjalin pula, Aiman secara jujur mendedahkan pelakon cantik itu terlebih dahulu menghubunginya menerusi aplikasi WhatsApps.
“Dia susah nak dapat okay, dia buat ‘dek’ je pada saya. Mulanya saya teks dia biasa-biasa saja memandangkan dia sendiri bukan tak pernah kenal tapi tidak mengapalah,” kata Zahirah berterus-terang.
View this post on InstagramA post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial) on
Bagaimanapun, Aiman yang berada di sisi pada sesi temu bual bersama media pula menjelaskan, dia sebetulnya menyedari pelakon cantik itu ada menghantarkan pesanan, tetapi dia seakan-akan tidak percaya.
“Saya dah sedar tapi dalam hati kata dia ni biar betul, ingatkan kena tipu sebab tiba-tiba saja teks yang dihantar itu hilang.
“Kemudian dia ada teks saya lagi ketika saya ke Amsterdam. Ia pun sama juga, 10 kali saya tengok teks tu untuk pastikan betul atau tidak,” seloroh Aiman.
“Saya tanya dia sama ada dia berminat atau tidak untuk berlakon sama dalam Curi-Curi Cinta,” balas Zahirah pula.
Menafikan cinta yang mekar bermula dengan cinta lokasi, pasangan ini juga turut memaklumkan mereka sudah pun bergelar pasangan kekasih sebelum drama rantaian itu memulakan penggambaran lagi.
Ikuti sidang media penuhnya;
Foto: Instagram Zahirah MacWilson
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Don’t Forget, Belajar Kerana Allah,” – Video Dr Sheikh Muszaphar Pakaikan Anak Hijab Buat Netizen Sayu Hati…
Walau terikat dengan jadual yang ketat, Dr Sheikh Muszaphar tetap mencari masa untuk mengambil anak-anak pulang dari sekolah dan menyiapkan mereka untuk aktiviti lain selepas itu.
Menurut Sheikh Muszaphar menerusi posting di Instagram, setiap hari Rabu, dia akan mengambil Bella daripada sekolah dan menyiapkan anaknya di dalam van untuk persediaan ke sekolah agama selepas itu.
“Video – My struggle is putting on Bella’s Hijab . Every Wednesday I’d pick Bella up from SJKC at 330 pm since she has her gymnastics class , change Bella into her Islamic uniform in the van , feed her with some food before sending her to Islamic School . She always misses 2 Classes every Wednesday but will catch up on our night revision together.
Dia dilihat mengalami kesukaran memakaikan hijab untuk anaknya dan bersyukur Bella kini sudah pandai memakai tudung sendiri.
“And it’s always a struggle for me to put on her Hijab . But nowadays she knows how to wear Hijab herself … lucky me .
“Tying the girls hair is also another struggle for me – Haha .
But that’s okay …Study hard Bella . Daddy will always be there for you .Salam Everyone …Just sharing . Love As Always,” tulisnya di ruangan kapsyen.
View this post on InstagramA post shared by Dr Sheikh Muszaphar Shukor (@drsheikhmuszaphar) on
Angkasawan Negara ini turut berkongsi pandangan mengenai mengajar anak-anak menghafal al-Quran sedari kecil?
“Amat digalakkan . It’s easy for kids below 6 years old to memorise … and also learning a foreign language during the golden age.”
Turut berkongsi tips perihal aktiviti seharian anak-anak yang pastinya akan membuatkan mereka letih, kata bapa kepada empat orang anak ini, kanak-kanak tidak akan penat jika mereka seronok dengan apa yang dilakukan.
Dr Sheikh Muszaphar antara selebriti yang gemar berkongsi ilmu dan tips penjagaan anak-anak.
Foto : Instagram Dr Sheikh Muszapha
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Watak Pengawal Bawa Tuah Pada Lawrence Wong, Ini Dia Fakta Menarik Yang Boleh Buat Anda Jatuh Cinta Padanya!
Tidak dinafikan, nama bintang kacak, Lawrence Wong, kian menyinar di Asia Tenggara selepas drama terbitan asal iQIYI yang bertajuk Story of Yanxi Palace mulai di tayangkan, termasuk di negara ini.
Malah, drama berkenaan turut mencipta sukses yang tersendiri apabila menjadi antara drama paling popular di Asia dan ditonton lebih dari 15 juta kali di platform tontonan digital iQIYI.
Kemudian pelakon berusia 32 tahun ini meneruskan kerjayanya dengan menjalani penggambaran filem berjudul The Ferryman: Legends of Nanyang, terbitan asal iQIYI pertama yang difilemkan untuk pasaran Asia Tenggara.
Serentak dengan populariti yang diterimanya juga, jumlah pengikut akaun media sosial Weibo Lawrence turut melonjak dari 600,000 kepada 3 juta.
Difahamkan, dia juga menerima lebih 5000 mesej daripada peminat setiap hari di akaun media sosial.
Tampan dan popular, jadi tidak hairanlah mengapa pelakon tinggi lampai ini kian disukai ramai.
Jom! MH senaraikan beberapa fakta yang mungkin ramai belum tahu mengenainya!
Bijak dan tampan!
Lawrence merupakan graduan dari Royal Melbourne Institute of Technology (RMIT), Australia dan berjaya menerima ijazah dalam Komunikasi Massa.
Sewaktu belajar juga, Lawrence membuat keputusan untuk menjadi model dan terlibat dalam beberapa projek komersial.
Seorang yang kelakar
Kalau nak tahu lebih mengenai personalitinya yang lucu, kalian boleh ‘stalk’ bintang ini di laman sosial Instagramnya, @ohohlawrence yang kini sudah mempunyai lebih memiliki lebih 350,000 pengikut.
Bahkan, aksi humor Lawrence juga boleh disaksikan menerusi watak Hai Lancha yang dibawanya melalui siri Story of Yanxi Palace.
Hasil tinjauan, rata-rata peminat drama tersebut memuji karakter santai serta lucu yang dibawakannya.
Peranan sebagai pengawal istana itu dianggap sebagai ‘pemberi nafas lega’ dalam drama yang banyak memaparkan konflik dalam kehidupan era Dinasti Qing tersebut.
Berbakat dalam nyanyian
Selain berlakon dan pernah bergelar model, Lawrence juga pernah merakam sebuah single. Dia sebelum ini ada menjelaskan, keutamaannya dalam terhadap lakonan.
Bagaimanapun nyayian pula memberi ruang untuknya berekspresi tentang apa sahaja perkara.
Cintakan haiwan
Artis yang dilahirkan pada 5 Ogos ini juga sedia dikenali sebagai seorang pencinta kucing dan kerap mempamerkan kemesraannya bersama kucing peliharaan yang diberi bama Coconut.
Lebih menarik, ketika ke Beijing demi komitmen lakonan, Lawrence dikatakan turut menerbangkan Coconut untuk menemani dirinya di sana.
Yakin diri!
Pada tahun 2016, Lawrence nekad untuk meneruskan kerjayanya di China. Dia pernah mendedahkan tentang persediaan untuk dirinya berlapar, menggunakan semua wang simpanannya dan sanggup bersusah-payah demi mendapat tempat dan watak di negara berkenaan.
Lalu, tuah menyebelahi Lawrence apabila dia dilamar untuk menjayakan watak pengawal bernama Hai Lancha dalam drama Story of Yanxi Palace yang menjadi pencetus kepada popularitinya kini.
Lawrence juga kini diangkat sebagai duta antarabangsa VIP pertama platform iQIYI, Ogos tahun lalu.
Jadi, para penonton juga sudah boleh mulai menonton siri Story of Yanxi Palace di samping menikmati senarai tontonan iQIYI lainnya.
Antara drama tempatan serta Asia yang dapat ditonton terus di platform ini ialah Kampung People 2, 7 Hari Mencintaiku 2, Tale of the Nine Tailed, 18 Again, Love Is Sweet, Flower of Evil, Pengantin Satu Malam dan banyak lagi lengkap dengan sari kata!
Anda kini boleh strim sahaja di iQIYI sama ada melalui gajet mudah alih atau di komputer selain boleh ke pautan iQ.com atau muat-turun aplikasi iQIYI di PlayStore atau AppStore dan daftar akaun pengguna secara percuma.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ajal & Jodoh Rahsia Allah…Fazura Dedah Hari Lahir Fattah Sama Tarikh Pemergian Bapa
Setiap insan yang pernah merasai kehilangan orang yang tersayang, pasti lebih akan merasai apa yang dimaksudkan dengan kehilangan.
Lebih 19 tahun tanpa kasih sayang seorang bapa, pelakon Nur Fazura Shariffudin atau sinonim dipanggil Fazura ada membuat perkongsian rasa, bersempena dengan ulang tahun kelahiran Allahyarham.
Menerusi perkongsian bintang filem Pisau Cukur itu, Fazura mendedahkan sisi keperibadian bapanya yang sangat penyayang dan penyabar.
“Al-Fatihah. Hari ini merupakan hari lahir arwah papa. He would’ve been 63 years old today! 19 tahun pemergian lelaki paling penting di dalam hidup saya pada 14hb September 2000 yang telah membesarkan, mendidik dan menyayangi saya lebih dari dirinya sendiri.
“Pemergian beliau secara mengejut membuatkan saya hilang kekuatan dan tempat bermanja. Sebagai anak perempuan tunggal dari 4 beradik, saya pastinya amat rapat dan manja dengan arwah papa.
“Arwah juga sepanjang hidupnya selalu bersabar dengan segala kerenah saya terutama sewaktu usia remaja. Tetapi sikap penyabar, sentiasa positive, penyayang, serta sering melihat orang lain dengan kasih-sayang itu akan terus menjadi panduan dalam hidup saya,” kongsi Fazura.
Malah, Faz juga ingat akan pesan yang selalu dititipkan dari arwah kepada dirinya.
“Arwah juga sering berpesan.. Sentiasa lah berbuat baik pada orang lain kerana perjalanan hidup kita masih jauh.. kita tidak tahu apa pula yang akan menimpa kita akibat kata-kata atau perbuatan tidak baik yang kita lakukan.
“Tidak mengerti bagaimana saya mampu teruskan hidup tanpa tempat bermanja dan hanya dengan memori papa, Allah SWT yang maha penyayang lagi maha mengasihani telah siap merancang pengganti terbaik yang dapat mengisi kekosongan itu,” maklum Faz.
Di samping itu, pelakon berusia 35 tahun itu turut menjelaskan, suaminya, pelakon Fattah Amin hampir sama dengan sikap bapanya.
“Abdul Fattah bin Mohd Amin lahir pada tahun 14hb September 1990, sepuluh tahun sebelum pemergian papa telah tertulis untuk menjadi imam, suami, tempat mengadu dan bermanja buat saya.
“Sifat-sifat yang ada dalam diri suami saya juga banyak menyerupai arwah papa. Sesungguhnya Allah SWT maha pengasih, maha mengasihani dan hanya Allah SWT perancang terbaik dalam kehidupan kita semua.
“Semoga kita sentiasa redha, sabar dan yakin akan ketentuan Allah SWT. I miss you every second and wishing you’d still be here with us, wishing I could shower you with everything you’ve given me all my life. I love you beyond words.
“Semoga kita bertemu lagi di Jannatul Firdaus. InsyaAllah.. Amin. Mohon sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat papa Faz ya? Happy Birthday my Papa forever.. Sharifuddin bin Adnan.”tulis Fazura.
View this post on InstagramA post shared by Nur Fazura (@missfazura) on
Lantas, perkongsian pelakon yang berasal dari Pekan, Pahang ini menjadi perhatian daripada peminatnya.
Rata-ratanya tersentuh hati apabila membaca nukilan Fazura buat bapa tercinta.
MH mendoakan agar Fazura terus cekal dan tabah dalam mengharungi dugaan kehidupan.
Diharapkan Fazura dan dan suami juga kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
Foto : Instagram Fazura
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI