Melihatkan turun naik industri kreatif sejak kebelakangan ini sebenarnya memberikan pengalaman baharu buat kebanyakan penggiat seni.

Pelbagai cabaran dan rintangan terpaksa dihadapi oleh kebanyakan daripada mereka ketika melalui episod pandemik yang melanda negara sejak dua tahun yang lalu.

Namun dengan beberapa kelonggaran prosuder operasi standard (SOP) dan status endemik, membuatkan kebanyakan daripada mereka lega dan dapat kembali berkarya dengan bebas.

Bagi penerbit CT Pitcures Sdn Bhd, Siti Murni Yusof mengakui pihaknya telah melalui pelbagai cabaran dan rintangan ketika perlu menyiapkan beberapa projek penerbitan sebelum ini.

“Memang benar pihak kami telah melalui pelbagai pengalaman baharu ketika mahu menyiapkan dua naskhah sebelum ini memandangkan perlu mematuhi SOP yang ditetapkan.

“Tapi itu tidak menghalang kami untuk terus berkarya dan memberikan yang terbaik kepada progam majalah & travelog yang kami terbitkan.

“Dengan kelonggaran SOP yang diumumkan kerajaan sebelum ini, ia petanda yang baik untuk seluruh industri kembali seperti sedia kala dan terus gemilang,” katanya lagi.

IKLAN

Menerusi syarikat CT Pitcures, Siti Murni gembira apabila produk Tak Popular Tapi Berbisa bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Program yang menjelajah ke 13 destinasi popular di seluruh negara itu mengangkat destinasi percutian yang tidak begitu popular tetapi menarik untuk dikunjungi.

Menggunakan khidmat Kucaimars dan Amin Haridz sebagai pengacara, mereka meneroka banyak destinasi percutian unik dan mempunyai kisah menarik.

“Ada Yang Mahu Teroka Desitnasi Baru…, – Hos Kucaimars & Amin Haridz, Penerbit Teruja Travelog Tak Popular Tapi Berbisa Bakal Bersiaran “Ada Yang Mahu Teroka Desitnasi Baru…, – Hos Kucaimars & Amin Haridz, Penerbit Teruja Travelog Tak Popular Tapi Berbisa Bakal Bersiaran “Ada Yang Mahu Teroka Desitnasi Baru…, – Hos Kucaimars & Amin Haridz, Penerbit Teruja Travelog Tak Popular Tapi Berbisa Bakal Bersiaran

IKLAN

“Untuk mereka yang mahu bercuti tetapi tidak mahu pergi ke destinasi biasa, Tak Popular Tapi Berbisa ini adalah jawapan yang tepat kepada persoalan anda.

“Kita sedar ada segelintir pihak mahu meneroka destinasi baharu yang kurang popular. Rancangan ini akan memberikan jawapan kepada mereka,” katanya dalam majlis berbuka puasa anjuran Siti Murni Empire.

Dalam majlis berkenaan, CT Pitcures Sdn Bhd bersama anak syarikat lain termasuklah Kimstone Resources, B.Dex Beauty Centre Sdn Bhd dan Kelapa Joget Sdn Bhd menyerahkan sumbangan kepada beberapa penerima sempena kedatangan Syawal.

IKLAN

Jelasnya, acara berkenaan adalah acara tahunan yang diadakan untuk memberikan senyuman kepada mereka yang kurang berkemampuan bagi menyambut lebaran seperti orang lain.

Antara penerima sumbangan kali ini termasuklah Makmur Relief, Pusat Jagaan Chahaya, Rumah Nur Iman, Rumah Anak Yatim dan Miskin Dynasti dan Pertubuhan Mualaf Kuantan.

Sumbangan juga diberikan kepada Aman Palestine, Syria Care dan Rumah Anak Yatim Permata Al Insyirah Care seperti kelaziman.

“Ini sumbangan kita kepada masyarakat.

Semoga dengan adanya sumbangan ini akan memberikan senyuman kepada mereka untuk menyambut lebaran,” katanya lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI