Bergelar selebriti popular, namun tidak sedikit pun timbul perasaan malu dalam diri Hazama apabila dia kini sibuk turun padang meniaga di bazar.
Menurut Hazama atau nama sebenarnya, Hazama Ahmad Azmi tiada apa yang perlu dimalukan demi mencari rezeki untuk menambah pendapatan keluarga.
“Saya tidak kisah duduk di bazar sebab sebelum ini kehidupan saya bermula dari situ. Saya pun memang dah ada pengalaman bekerja di bazar sebelum bergelar artis.
“Jadi saya tidak berasa segan untuk beradadi tempat asal saya kembali,” katanya.
Hazama dan isteri, pemuzik Genervie Kam menjual produk makanan Asam Laksa bertempat di bazar Gamuda Cove, Dengkil bermula sejak 14 April lalu.
Ads
Penyanyi berusia 38 tahun itu juga menyimpan impian untuk membuka restoran bagi memperluaskan lagi perniagaan mereka.
“Saya teringin nak buka restoran tapi buat masa ini tak boleh nak fokus lagi tetapi adalah ke arah itu.
Ads
“Cuma ada kekangan dari segi modal… kalau ada, InsyaAllah.
Pelakon Amyra Rosli berkongsikan sedutan episod ke-12 drama terbaru lakonannya, Jangan Menangis Cinta yang mencuri perhatian ramai.
Menerusi video berkenaan, mereka sekeluarga sedang menikmati hidangan malam sambil Zafran lakonan Remy Ishak meminta secara manja Riyana (Amyra) untuk mencedok lauk buatnya sebelum menjamu selera.
“E’eleh depan orang bukan main konon sayang kat aku. Belakang orang berbakul-bakul kau maki hamun aku,” tulisnya sebagai kapsyen.
Babak berkenaan pantas ‘menangkap’ perhatian pengikut setia drama yang bersiaran menerusi slot Mega Drama Astro itu.
Rata-ratanya meluahkan rasa geram dan menyampah dengan kepura-puraan Zaf.
“Nanti dia dalam tak sedar, sebenarnya dah jatuh hati kat Riya. Cuma menafikan sebab taraf dan rasa dendam itu leboih. Walhal dah sayang, tak banyak sikit mesti ada. Hihi… Syok pula layan cerita ini,” komen peminat.
“I really love both of you! Very natural la. Me and my husband cannot stop laughing tengok gelagat the two of you,” reaksi seorang peminat lain.
“Sabar jelah dengan perangai Zaf. Sian Riya,” tulis peminat.
“Ngada Zaf ni. Menyampah!,” luah peminat lain pula.
“Tak boleh tengok Riya kena buli, rasa nak datang tolong,” komen peminat.
“Meluat betul dengan si Zaf ni,” antara komen tertera.
“Hahaha… Nak marah tapi kena sabar. Nasiblah payung rainbow dah tersangkut atas pokok. Kalau rak, memang kena hempuk Zaf ni dengan payung,” peminat berikan reaksi.
Jangan Menangis Cinta diarahkan oleh sutradara Raja Mukhriz dan selain Remy Ishak dan Amyra Rosli, naskhah diadaptasi daripada novel karya Siti Rosmizah ini turut dibarisi para pelakon hebat lain.
Antaranya Rita Nadira, Wanns Ahmad, Atilia Haron, Rahim Jailani, Fadilah Mansor, Khaty Azian, Hilal Azman, Ku Fridah, Kiah Propa dan ramai lagi.
Drama berkenaan ditayang bermula 21 Mac 2022 lalu, selepas tamatnya tayangan siri Ulya & Dini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Zarina Zainuddin berkongsi pendapat serta pengalamannya yang kini menjalani kehidupan berpoligami dalam rumah tangga bersama suaminya, Datuk Seri Abdul Raihan Wan Jaafar.
Zarina berkata, poligami bukan hanya sekadar berkongsi kasih sayang seorang suami semata-mata.
“Bagi saya, apabila kita bercakap tentang berkongsi kasih ini sebenarnya bukan hanya sekadar berkongsi. Tetapi ia lebih kepada untuk kita menjaga antara satu sama lain,” katanya.
Ketika fasa awal perkahwinan, Zarina mengakui dia kurang memahami sikap serta pendirian suaminya yang terlalu menyayangi isteri pertamanya, Datin Seri Noorhasimah Mohd Noor.
“Bila kita nak merebut kasih sayang dari seseorang, apa yang saya lihat pada diri suami saya dia sangat mengasihi isterinya. Ketika di permulaan perkahwinan saya dulu ada sedikit gagal sebab saya tidak berjaya untuk memahami suami saya sebelum ini.
“Apabila saya masuk dalam hidup dia, pada ketika itu dia sudah memiliki segala-galanya dan susah senang dia bersama dengan isteri pertama.
“Jadi mesti isteri pertama akan rasa macam apa yang kita nak sebenarnya daripada dia (suami). Bila kita kurang memahami, lama-kelamaan saya pun mula belajar untuk memahami bahawa suami saya amat menyayangi isterinya.
“Oleh itu, saya kena curi hati isteri dia, belajar menyayangi isteri dia lama-lama suami akan bukakan pintu hati dia untuk kita,” katanya lagi.
Meski kini hidup bahagia dan harmoni bersama, Zarina tidak menafikan untuk berkongsi kasih dengan suami orang bukan satu perkara yang mudah dan harus berdepan pelbagai cabaran.
“Dalam poligami ni, pada permulaannya memang kita tidak akan dapat benda yang betul-betul indah. Kita kena lalui, tempuh dengan pelbagai cabaran, perbalahan dan sebagainya.
“Kita kena terima untuk lalui benda yang pahit dulu baru benda yang manis itu kita akan dapat,” luahnya lagi.
Pelakon berusia 51 tahun ini telah berkongsi hal tersebut ketika diundang sebagai tetamu jemputan untuk rancangan Wanita Hari Ini, TV3, pada Jumaat.
Sekadar informasi, Zarina diijabkabul dengan suami Datuk Seri Abdul Raihan Wan Jaafar pada 13 Julai 1993 dan dikurniakan empat cahaya mata, iaitu pasangan kembar Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai, 25, serta Muhammad Naim Azraidan, 18, dan Muhammad Adam Azrai, 15 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Zarina Zainuddin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kebiasaannya naskhah yang melibatkan perjalanan hidup seseorang itu dibuat garapannya sama ada dalam bentuk filem, novel atau rancangan dokumentari.
Namun lain halnya buat pelawak dan pengacara popular Nabil Ahmad yang kisah hidupnya sejak dari kecil kini diabadikan dalam rancangan animasi ‘Lu Pikir La Nabil Tuudeh..!
Mengambil latar kehidupan Nabil di Kampung Kayu Ara, Mambau, Negeri Sembilan, Nabil merasa cukup teruja dapat berkongsikan kisahnya yang mungkin tidak diketahui ramai sebelum ini.
“Saya memilih untuk menghasilkan animasi ini kerana ingin mencari kelainan. Bagi saya, filem pendek dan rancangan realiti itu sudah agak biasa.
“Saya sangat teruja dan bersyukur diberi peluang oleh Astro sendiri untuk menjadi selebriti pertama yang menghasilkan animasi sendiri.
“Tujuan utamanya adalah untuk menjadi selebriti pertama yang mempunyai animasi tersendiri. Jika kita mahu mengikut dunia digital pada zaman sekarang ini, sudah terlalu banyak animasi dan kartun-kartun yang dikeluarkan dari segi penceritaan yang moden tetapi tidak ramai selebriti yang mendapat peluang untuk buat animasi berdasarkan kehidupan mereka sendiri,” kata Nabil.
Hos Gegar Vaganza ini turut bertindak sebagai pelakon alih suara dalam siri animasinya.
‘Lu Pikir La Nabil, TuuDeh..! yang diterbitkan Astro dan Ed Online Technologies Sdn. Bhd. itu diarahkan oleh Syukur Majid.
Setelah rancangan animasinya berjaya direalisasikan, bapa kepada tiga cahaya mata perempuan itu berharap selepas ini dia dapat menerbitkan filem berkisarkan tentang kehidupannya pada masa lalu.
“Saya berharap agar suatu hari nanti kita akan ada Lu Pikir La Nabil The Movie yang akan ditayangkan di seluruh pawagam atau di saluran Astro First, InsyaAllah. Saya juga berharap agar penonton terhibur dengan penceritaannya.
Penceritaan menerusi lima episod pendek yang berdurasi tujuh hingga sebelas minit ini mengisahkan Nabil, seorang kanak-kanak yang penuh dengan angan-angan dan seringkali menimbulkan kekecohan di kampungnya dengan tidak sengaja.
Dan kerana hal itu, dia berdepan dengan pelbagai masalah, tambahan pula dengan kehadiran budak baharu bernama Syasya sehingga menggugat persahabatan dengan kawan-kawan karibnya, Mok serta Fahmi.
Hidupnya serba tidak kena dengan pelbagai masalah yang timbul ketika Ramadan yang mengakibatkan kekecohan berlaku ketika sambutan Hari Raya dikampungnya.
Animasi musim kedua ini menggambarkan suasana sambutan Ramadan dan Raya Nabil sewaktu kecil di kampungnya. Penceritaan animasi ini juga mengetengahkan dialek tempatan iaitu dialek Negeri Sembilan sebagai dialog utama yang menjadikan animasi tersebut lebih menghiburkan.
Siri mini animasi ini juga mengekalkan tempo penceritaan padat dan padu dengan pengisian-pengisian yang boleh dijadikan pengajaran dalam hidup seisi keluarga walaupun berdurasi pendek.
Siri mini animasi Lu Pikir La Nabil, TuuDeh..! musim kedua ditayangkan setiap Khamis bermula 7 April lalu, jam 10.00 malam di saluran Astro Warna HD (107) dan ulangan di saluran Astro Ceria HD (611) pada setiap Ahad, jam 3.00 petang.
Animasi ini juga boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Nabil Ahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.