Penyanyi dan bekas ratu cantik Miss World Malaysia, Dr Soo Wincci akui teruja selepas mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR), hari ini.

MBOR telah mengiktiraf Wincci sebagai Miss World Malaysia pertama yang dilantik sebagai professor di nagara ini.

“Terima Kasih Buat Yang Ketawakan, Khianat & Tikam Belakang…,” – Ratu Cantik Yang Bergelar Professor, Dr. Soo Wincci Kini Pensyarah Fakulti Muzik, UiTM

Menurut Wincci, meskipun terpaksa berdepan dengan pelbagai dugaan, namun, ia tidak sesekali mematahnya semangatnya untuk sentiasa memberikan yang terbaik dalam apa jua bidang yang diceburinya.

“Beberapa tahun kebelakangan ini sememangnya merupakan fasa yang agak sukar untuk semua orang. Kehidupan kita betul-betul telah diuji. Seperti kata pepatah ‘What doesn’t kill you makes you stronger’.

“Ya, memang benar dan ini bukan April Fool. Hari ini, secara easmi saya telah dilantik sebagai professor. Bermula sebagai ratu cantik dan kini mula melangkah ke dunia professor,” tulisnya di Instagram.

Sementara itu, penyanyi lagu Terus Teranglah ini juga turut merakamkan ucapan penghargaannya kepada semua pihak yang tidak henti-henti menyokongnys selama ini.

“Terima Kasih Buat Yang Ketawakan, Khianat & Tikam Belakang…,” – Ratu Cantik Yang Bergelar Professor, Dr. Soo Wincci Kini Pensyarah Fakulti Muzik, UiTM “Terima Kasih Buat Yang Ketawakan, Khianat & Tikam Belakang…,” – Ratu Cantik Yang Bergelar Professor, Dr. Soo Wincci Kini Pensyarah Fakulti Muzik, UiTM

IKLAN

Pada masa sama, Wincci juga turut menyeru kepada semua pihak utuk sentiasa mengejar cita-cita yang telah diimpikan.

“Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyokong perjalanan kehidupan saya selama ini. Terima kasih juga buat mereka yang telah ketawakan, berniat khianat dan tikam saya daripada belakang. Setiap yang berlaku ada hikmahnya.

“Kerana perkara ini, saya menjadi lebih kuat dan bersemangat tinggi. Ini hanya permulaan buat perjalanan baru didalam kehidupan saya.

“Jangan pernah sekali pun berputus asa dengan setiap perkara yang kita impikan. Bangkitlah dengan lebih kuat bila setiap kali kita terjatuh,” kongsinya lagi.

“Terima Kasih Buat Yang Ketawakan, Khianat & Tikam Belakang…,” – Ratu Cantik Yang Bergelar Professor, Dr. Soo Wincci Kini Pensyarah Fakulti Muzik, UiTM

IKLAN

Menerusi entri berasingan, Wincci turut menzahirkan rasa teruja apabila dia bakal memulakan perkhidmatannya sebagai pensyarah dan tenaga pengajar di Fakulti Muzik, Univerisiti Teknologi Mara (UiTM).

“Bersedia untuk berkhidmat demi negara denganperkara yang paling saya suka iaitu muzik,” kongsinya lagi.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen turur menzahirkan rasa kagum selain turut mendoakan agar perjalannya sebagai pengarah akan sentiasa dipermudahkan.

“Congrats and welcome to the world of academia!

IKLAN

“Tahniah Doktor. Selamat mengajar.

“Very beautiful and very nice lady.

“Congratulations Doc. Best of luck for your future endeavour.

“Welcome onboard! All the best to you,” antara komen-komen netizen di Instagram.

Dalam hantaran sama, Wincci juga turut memuat naik gambar sijil yang diterimanya daripada MBOR.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: Instagram Dr. Soo Wincci

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI