Pelakon, Normah Damanhuri mengatakan bahawa isu bayaran pelakon untuk sesuatu projek itu tidak seharusnya menjadi satu isu.

Katanya, tidak perlu ada soal perbezaan bayaran yang dikenakan kepada pelakon yang sudah memenangi anugerah dengan yang lain.

“Sepatutnya, pihak tertentu kena tahu menilai kerja kita. Bila kita dah beri komitmen penuh, disiplin serta fokus untuk sesuatu watak itu, kiranya memang all out untuk kerja yang diberi.

“Jadi kenalah nilai daripada situ dan tahu berapa perlu bayar seseorang itu,” katanya kepada MH.

IKLAN

Normah berkata demikian ketika ditemui Anugerah Skrin 2018 (ASK) bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pada Jumaat.

Katanya lagi, Normah turut berkongsi harga ‘tidak masuk akal’ yang diterimanya sepanjang bergelar pelakon.

“Ada Satu Projek, Hari Shooting Banyak, Episod Pun banyak, Lokasi juga banyak Tapi…,” – Normah Damanhuri

IKLAN

“Ada satu projek, hari shooting banyak, episod pun banyak, lokasi juga banyak tapi harga yang dibayar itu seperti harga satu telemovie, agak-agaklah berapa, jadi saya terpaksalah tolak secara baik.

“Sebenarnya semua ini rezeki, kadang-kadang dapat yang okay, tapi kalau yang tak ok tu memang tak ok sangat.

IKLAN

“Kalau ikutkan memang saya nak kerja lagi-lagi dah umur begini, selagi sihat memang nak kerja, tapi kalau terlampau rendah sangat memang sedih. Tapi tak semua lah begitu. Kalau yang okay, okay sangat,” kongsinya lagi.

Pada malam ASK, Normah membawa pulang trofi kemenangan untuk kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem bagi filem Pinjamkan Hatiku.

Foto/Instagram: Normah Damanhuri

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI