Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan sejak 18 Mac lalu bagi membendung penularan wabak Covid-19 bukan saja menjejaskan hampir keseluruhan sektor pekerjaan dan turut memberi kesan kepada industri hiburan lokal.
Bagaimanapun, sepanjang PKP dilaksanakan, pelbagai aktiviti dilakukan.
Tidak ketinggalan, kebanyakan penyanyi dan selebriti mengambil pendekatan dengan membuat nyanyian secara langsung di Instagram, merakam lagu secara ‘cover version’ dan banyak lagi sebagai cara mendekati peminat secara virtual.
Atas inisiatif itu, syarikat rakaman 17Eleven Music tampil dengan idea segar dengan membawakan Konsert Rumah Kita Syurga Kita pada 8 April, jam 3 petang di saluran YouTube Seventeen Eleven Music.
Menariknya, konsert dalam talian pertama yang dianjurkan syarikat rakaman tempatan itu bakal memberikan warna baru dalam industri muzik tempatan terutama hiburan buat peminat.
Konsert tersebut bakal menampilkan penyanyi popular tanah air seperti Khai Bahar dan Dinda Permata selain tiga penyanyi baharu iaitu Farisha Airish, The Mirza dan Kamelia Syermain.
Ads
Bagi Khai Bahar, konsert itu mendekatkan lagi dirinya dengan peminat yang tidak pernah putus membuat permintaan untuknya memuat naik nyanyian di Instagram dan YouTube.
“Saya puji usaha yang dibuat pihak 17Eleven Music. Ini bukan saja sesuatu yang baru, tapi menarik untuk kembangkan selepas ini.
“Secara peribadi, saya suka dengan konsep dan pendekatan ini. Apatah lagi sejak PKP ini dilaksanakan penggunaan laman sosial meningkat.
“Macam saya sendiri, boleh dikatakan hampir setiap hari peminat membuat permintaan untuk saya ‘cover’ lagu. Jadi, apabila konsert ini dibuat, ia idea yang menyeronokkan,” katanya.
Ads
Pada konsert terbabit, Khai akan menyanyikan lagu Ratuku yang juga edaran 17Eleven Music.
Sementara itu, Dinda Permata yang juga bintang Big Stage musim kedua turut teruja untuk menghiburkan peminat secara dalam talian.
“Apabila konsep ini diperkenalkan dan dipersembahankan secara konsert dari rumah, sudah tentu ia lebih menarik dan santai.
Ads
“Tapi, sebagai penyanyi saya harus profesional dan mempersembahkan lagu ini dengan baik. Sebab kita nak menghiburkan mereka.
“Pada konsert ini, saya akan menghiburkan penonton dengan lagu Syarat Bahagia. Lagu ini jarang dinyanyikan secara langsung selepas ia dilancarkan tempoh hari.
“Jadi, ini kesempatan terbaik untuk saya memperkenalkan lagi lagu ini. Tak sabar nak jumpa semua,” katanya.
Konsert berdurasi 30 minit itu turut mempersembahkan beberapa lagu lain antaranya Sakit nyanyian asal Achey yang akan dinyanyikan Farisha Irish, Kisah Cinta Kita nyanyian asal Hafiz Suip dibawakan The Mirza dan Khabar Aku (Kamelia Syermain).
Menariknya, bahagian dua Konsert Rumah Kita Syurga Kita akan menemui penonton pada minggu hadapan.
Klik link ini untuk terus ke ‘Konsert Rumah Kita Syurga Kita’ di bawa khas oleh 17Eleven Music: https://youtu.be/bSfR7I5Ip8U
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Aktres jelita, Zahirah Macwilson pada Selasa berkongsi foto bersama suami yang juga pelakon, Aiman Hakim Ridza di Insta Stories.
Menerusi foto berkenaan, ibu yang kini sedang hamil anak kedua itu mendedahkan suami tersayang bakal menyambut ulang tahun kelahiran, hari ini.
“Somebody’s birthday tomorrow,” tulisnya ringkas terhadap foto ‘wefie’ yang dirakam berdua itu.
Imbas kembali, pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 selepas mengikat tali pertunangan selama lapan bulan di Perth, Australia.
Pasangan itu dikurniakan cahaya mata sulung, Isaac Raees yang dilahirkan pada 5 Januari 2021.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan personaliti terkenal Filipina, Andrea Brillantes telah dinobatkan sebagai wanita paling cantik di dunia bagi tahun 2024 oleh TC Chandler dan Independent Critics.
TC Candler ialah laman web popular yang kerap mengeluarkan senarai tahunan “100 Wajah Paling Cantik” dan “100 Wajah Paling Kacak.”
Penilaian dalam senarai ini merangkumi pelbagai aspek, daripada populariti kepada daya tarikan fizikal dan estetika keseluruhan yang sekaligus menarik perhatian mata secara global.
Andrea yang cukup terharu dengan penghormatan itu memuat naik satu video berterima kasih atas penghomatan yang diberikan kepadanya.
“Ia satu penghormatan yang besar, terima kasih banyak kepada TC Candler. Ini bukan hanya tentang kecantikan, ia tentang keyakinan dan keunikan serta menerima siapa diri anda.
“Saya harap anda mendapat inspirasi untuk meraikan kecantikan anda sendiri,” ujarnya dalam satu video seperti yang dipetik oleh portal berita ABS-CBN.
Andrea Brillantes atau sebenarnya Ramona Anndrew Blythe Daguio Gorostiza, dilahirkan pada 12 Mac 2003 di Taytay, Filipina. Dia adalah anak ketiga daripada pasangan Mabel Gorostiza, seorang atlet terjun bebas kebangsaan Filipinadan Byron Gorostiza.
Memiliki lebih 14 juta pengikut di Instagram, Andrea memulakan langkahnya dalam dunia seni sebagai model cilik sebelum terjun ke dunia lakonan.
Antara naskhah lakonannya yang popular adalah seperti siri remake Pangako Sa Yo 2015 dan High Street yang diterbitkan pada 2024 menyaksikan dia memegang watak utama.
Selain Andrea, penyanyi Kumpulan Blackpink, Jisoo berada di tangga kedua dan pemain chess Kanada, Andrea Botez berada di kedudukan ketiga.
Pelakon popular Malaysia yang tercalon, Anna Jobling, berada di kedudukan ke-59. Bekas finalis top 5 Dewi Remaja 2018/2019 ini naik tujuh anak tangga daripada kedudukan ke-66 bagi tahun 2023.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sudah dikurniakan sepasang anak, pelakon Elfira Loy berkata kini sudah tiba masanya buat dia merancang untuk menimang cahaya mata seterusnya.
Elfira atau nama sebenarnya, Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri berkata dia mengambil keputusan sedemkian demi memberi tumpuan untuk membesarkan anak-anaknya, Muhamad Rayyan Khalaf dan Nur Aira Mikayla terlebih dahulu.
Pelakon berusia 28 tahun itu berkata demikian ketika ditanya pengikutnya di laman Instagram adakah dia merancang dalam mendapatkan cahaya mata sebelum ini.
“Tak pernah merancang pun, tapi selalu doa, dari muda-muda single dulu memang nak satu anak lelaki, satu anak perempuan.
“Lepas tu tak kisah berapa… tapi dah besarkan sendiri, dah tahu susahnya besarkan anak. Sekarang baru nak merancang hehe.
“Alhamdulillah, Allah dah bagi lengkap dah,” tulis Elfira menerusi ruangan Ask Me A Question di Instagram Story.
Menurut Elfira yang kini sedang menjalani proses berpantang selepas melahirkan anak kedua, ia bukan satu perkara yang mudah untuk membesarkan anak-anak yang masih kecil tanpa bantuan pembantu rumah.
Malah dia juga berazam untuk bekerja lebih kuat lagi demi kesenangan anak-anaknya.
“Sekarang nak fokus besarkan dua permata hati saya dan nak kerja kuat-kuat.
“Untuk membesarkan dua anak kecil tanpa bantuan pembantu sambil sibuk bekerja tanpa henti adalah bukan satu perkara yang mudah,” tulisnya.
Sekadar info, Elfira mendirikan rumah tangga dengan Khairol Faris Anuar pada 1 Januari 2019.
Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata, Muhamad Rayyan Khalaf, 3, dan Nur Aira Mikayla yang dilahirkan pada 20 Mei lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Elfira Loy
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Primadona, Erra Fazira menafikan dirinya bakal membuat pengumuman istimewa bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-51 yang jatuh pada tanggal 7 Febuari ini.