Gelagat permata hati penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah Khalid nyata mencuit hati apabila kanak-kanak comel itu secara spontan menyebut ‘Dato Siti’ menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik penyanyi Anta Permana itu di Insta Stories.
Dikongsikan kembali menerusi akaun Instagram, @sitizonemy, kelihatan Siti sedang mempromosikan tudung yang dipakai sambil mendukung anaknya.
Lalu, raut wajah Siti tampak teruja apabila anaknya secara tiba-tiba menyebut perkataan ‘Dato Siti’ dengan lancar tanpa diajar-ajar.
Ads
“Datuk Siti Nurhaliza ke? Ya Allah baru hari ini ibu dengar Aafiyah sebut nama Datuk Siti Nurhaliza,” kata Siti dalam tawa.
Menerusi entri sama, video berkenaan kini sudah mendapat hampir 10,000 tontonan.
Sekadar imbasan, Siti Aafiyah yang kini mencecah usia dua tahun dilahirkan pada 19 Mac 2018 selepas Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad menanti 11 tahun untuk menimang cahaya mata.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tidak dinafikan, pencarian Dewi Remaja menjadi platform terbaik buat para gadis untuk meneruskan cita-cita, khasnya dalam dunia glamor.
Jadi tidak hairanlah ramai ‘produk’ Dewi Remaja kini cukup aktif sama ada dalam dunia lakonan, nyanyian, pengacaraan dan sebagainya.
Siapa yang tidak kenal dengan Neelofa, Anzalna, Syatilla Melvin malah aktres atau bintang tempatan lain terdahulu seperti Datin Juliana Banos, Datin Seri Umie Aida, Izreen Azminda dan lainnya yang sukses dengan pencapaian masing-masing.
Merakam kembali memori, juara Pencarian Dewi Remaja 2005/06 Scha Alyahya misalnya turut mengakui pada peringkat awal, dia memasuki pertandingan berkenaan untuk mengejar cita-cita sebagai pembaca berita.
“Ya, dulu kami join Dewi Remaja sebab nak jadi pembaca berita. Minat punya fasal. Tapi itulah, akhirnya rezeki pada bidang lain pula.
“Cuma kami pun tak tahu dapat jadi ke tidak pembaca berita bila orang dengar suara kami,” katanya seloroh kepada MH.
Terkini, pencarian mencari juara terbaru sudah pun bermula apabila pihak Remaja sendiri sudah pun mengumumkan 20 peserta yang terpilih untuk ke fasa seterusnya.
Pengumuman yang dibuat menerusi platform media sosial majalah berkenaan nyata mengundang perhatian ramai, termasuk di kalangan selebriti.
Scha sebelum ini turut menjadi hos bagi program berkenaan untuk edisi terdahulu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara dan pelakon versatil, Janna Nick ada berkongsikan pandangannya mengenai realiti pengguna media sosial masa kini.
Menurut Janna, media sosial ada kalanya membuatkan kita untuk tidak mempunyai rasa syukur dengan segala nikmat yang telah dikurniakan kepada kita.
Malah, pelakon tersebut turut menganggap platfro tersebut sebagai toksik.
“Sosial media ni yang toxic sebenarnya.
Kau scroll-scroll IG, dok tengok kehidupan orang. Lepas tu insecure sendiri.
“Mula la bandingkan life kau dengan life orang tu. Mula la bandingkan kejayaan orang tu dengan setakat apa yang kau mampu capai. Paling teruk! Mula la hilang rasa bersyukur kau tu,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pengacara program Melodi itu menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Janna turut menyifatkan kebanyakkan perkongsian di media sosial hanyalah untuk mengaburi mata sesetengah pihak dan bukanlah realiti kehidupan sebenar.
“Apa kau ingat semua yang orang tunjuk
semua yang orang tayang tu betul-betul bahagia? Betul-betul kaya? Betul-betul berjaya? Ni semua permainan dunia.
“Bukan nak kata semua tu dusta semata tapi siapa yang nak upload cerita duka?
Siapa yang nak kongsi kisah luka.
“Dah…Dah! Jangan fikir negative. Jangan rasa diri kau tu kecik. Bersyukur je dengan apa yang kau dah ada!,” luahnya lagi.
Sementara itu, Janna turut menyeru kepada semua pihak agar lebih mensyukuri segala nikmat yang telah dikurniakan kepada kita.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa yang sama selain turut menitipkan ucapan terima kasih diatas perkongsian tersebut.
Sumber: Instagram Janna Nick
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tampil kelainan, penyanyi popular Ayda Jebat kini muncul dengan single raya berjudul Hari Rayayayaya bersama adik-beradiknya.
Mempunyai keluarga yang turut sama mempunyai bakat seni, ia ternyata memudahkan lagi Ayda atau nama sebenarnya, Nur Suhada Jebat untuk mengajak mereka bergandingan dalam sebuah lagu.
“Lagu raya ini saya cipta sepenuhnya. Pada mulanya, saya mahu menyanyikan lagu ini sendiri, tetapi selepas difikirkan semula, rasa best juga kalau saya berduet dalam lagu ini. Saya terfikir untuk berkolaborasi dengan dua adik saya, Fyna dan Sabira yang mana kami gelarkan sebagai The Jebats.
“Sebelum ini, sewaktu zaman persekolahan, kami bertiga dikenali sebagai kumpulan SASSU. Gandingan ini amat bermakna kerana sudah hampir 13 tahun kami tidak menyanyi bersama.
“Sebenarnya, susah nak pujuk mereka sebab mereka tinggal di Melaka. Tetapi akhirnya semua dipermudahkan. Adik bongsu kami, Danial juga turut menyumbangkan suara.
“Alhamdulillah, mereka datang ke sini untuk proses rakaman serta penggambaran muzik video (MV). Pengalaman yang diperolehi sangat menyeronokkan dan mereka dapat merasai pengalaman menjadi ‘Ayda Jebat’ apabila terlibat dalam proses rakaman dan penggambaran sehingga ke pagi,” katanya.
Penyanyi berusia 30 tahun itu juga berkata klip video single Hari Rayayayaya turut menggabungkan elemen Syawal beserta viral dan komedi.
“Konsep MV bertemakan 60-an selari dengan genre single raya ini. Kami masukkan elemen komedi seperti elemen viral Datuk Seri Vida serta adegan Pak Maon singgah ke rumah terbuka The Jebats.
“Kami tak nak terlalu tekankan mood raya semata-mata dalam MV ini, jadi kami selitkan babak lucu dan sedikit berbeza. Insya-Allah jika lagu raya ini berjaya, kami akan merancang untuk merakamkan single komersil untuk dirakamkan bertiga kelak,” katanya.
Hari Rayayayaya kini sudah boleh didengari di semua platform penstriman muzik.
The Jebats ialah projek terbaru XENO Entertainment, yang tidak asing lagi di dalam Industri Muzik Malaysia dan pernah melahirkan artis-artis tanahair seperti Elizabeth Tan, Alyssa Dezek, Fatin Afeefa dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Jika Malaysia akan diwakili oleh filem Abang Adik, Singapura pula telah memilih filem La Luna sebagai wakil mereka bagi kategori filem cereka antarabangsa terbaik...