
Penyampai radio Sinar Pagi, Angah Raja Lawak berkongsi titipan doa yang cukup meruntun hati.
Dengan paparan wajah-wajah sayu para ibu dan luncuran kata-kata doa memohon keampunan buat kedua-duanya cukup menyentuh hati.
“Wahai Allah, ampuni semua kezaliman kami kepada orang tua. Ampuni semua kederhakaan kami. Ampuni kami sering banyak mengecewakan dan melukai hati orang tua.
“Kami mohon golongankan kami menjadi anak yang soleh solehah, hafiz hafizah, Jadikan sisa umur ini jadi anak yang berbakti Ya Allah.
“Yang bisa menjadi jalan kebahagiaan, kemuliaan bagi dunia akhirat orang tua.
“Ya Allah ampuni ibu bapa kami bagaimanapun keadaannya. Kami adalah anaknya, darah dagingnya ada ditubuh ini. Sayangi orang tua kami Ya Allah. Berkahi sisa usianya. Berikan kesolehan, kebahagiaan, kemuliaan.
“Selamat pagi. Muliakan Orang Tua Mu Kebahagian akan sentiasa mendampingi mu,” kongsi Angah.
View this post on InstagramMuliakan Orang Tua Mu Kebahagian akan sentiasa mendampingi mu.. 🤲
A post shared by ANGAH (@angah_lawaking) on
Tidak dilupakan, bacaan Al-Fatihah buat semua yang telah pergi ke negara abadi.
Foto : Instagram Angah Raja Lawak
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kalau Tak Dedah, Ia Tak Berubah,”- Projek High Council Buat Ibu Bapa Fobia Hantar Anak Ke Asrama? Ini Respon Nadhir Nasar

Meskipun mencetuskan fenomena, namun, ada juga segelintir pihak yang dikatakan kurang senang dengan realiti yang ditunjukkan di dalam drama, Projek High Council.
Malah, mereka juga mendakwa drama ini telah memberikan persepsi buruk sehingga mencetuskan kerisauan di hati para ibu bapa yang berhasrat untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah berasrama penuh.
Menurut Nadhir Nasar yang juga merupakan salah seorang pelakon utama Projek High Council, drama ini sebenarnya mempunya banyak nilai-nilai murni yang harus dilihat secara keseluruhan.
“Sebagai manusia, kita lebih selesa dengan penipuan berbanding kebenaran yang menyakitkan. Kita tak boleh lari daripada realiti. Apa yang kami tunjukkan di dalam siri tersebut adalah kebenaran.
“Secara realiti, memang banyak moral-moral yang boleh dijadikan pengajaran. Namun, ia harus dilihat secara keseluruan daripada episod pertama hingga yang terakhir,” katanya.
Dalam pada itu, Nadhir juga merasakan drama ini telah membuka mata semua pihak untuk menambah baik sistem dan tradisi di sekolah berasrama penuh.
“Perasaan risau untuk menghantar anak-anak ke sekolah berasrama penuh lebih-lebih lagi bila memikirkan tentang cara hidup di asrama adalah normal bagi ibu bapa.
“Pada pandangan saya, disebabkan drama seperti ini, mungkin pihak sekolah akan lebih memperketat mengenai kawalan warden dan undang-undang di asrama.
“Kalau tiada pihak yang mendedahkan, perkara ini tidak akan berubah,” ulasnya lagi.
Juara Hero Remaja 2020 itu berkata sedemikian ketika ditemui pada Majis Tayangan Perdana Program Ramadan Astro 2023 baru-baru ini.
Dalam pada itu, Nadhir turut menyifat isu kebocoran drama ini punyai hikmah yang tersendiri.
“Ia perkara diluar kawalan kami kerana drama ini sudah tersebar diseluruh platform media sosial. Perkara terbaik yang kami boleh lakukan adalah untuk mengingatkan penonton supaya menonton di saluran yang betul.
“Dalam pada itu, kes ini juga boleh menjadi pengajaran buat produksi-produksi lain agar lebih berhati-hati dalam menjaga karya mereka agar tidak bocor pada masa hadapan
“Hikmah daripada kes ini, ia secara tidak menarik minat orang ramai untuk melanggan Astro. Mereka kini mula sedar yang Astro juga mampu menghasilkan karya-karya berkualiti setanding platform-platform lain,” kongsinya lagi.
Sementara itu, Nadhir turut menafikan isu ini hanyalah sekadar gimik promosi.
“Kami sudah bekerja bertungkus lumus selama 55 hari dan drama ini punyai kekuatan yang tersendiri.
“Para pelakon bekerja dengan keras untuk menyampaikan mesej. Jadi, untuk kami membuat marketing murahan seperti ini, itu bukan kami,” akhirinya.
Terdahulu, Nadhir telah dipilih sebagai salah seorang duta bersempena kempen Ramadan Astro 2023.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram & Twitter Nadhir Nasar
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Sangka Dia Hadir Dalam Hidup, Walhal Sebelum Ini Kami Pernah…,” – Mas Idayu

Penyanyi Mas Idayu tidak menafikan dirinya kini sedang mengenali hati budi seseorang dan tidak menolak kemungkinan untuk membawa perhubungan tersebut ke fasa serius.
Mas Idayu bagaimanapun belum bersedia untuk berkongsi mengenai identiti lelaki yang sedang dikenali, sebaliknya akan berkongsi apabila tiba waktu sesuai.
“Selama hampir lebih 15 tahun hidup sendiri, saya terkejut dan tidak menyangka akhirnya hati terbuka untuk mengenali seseorang.
“Perasaannya ibarat ketika mengenali lelaki pada zaman anak dara. Rasa menggigil untuk jawab soalan ini.
“Selama ini, sebenarnya saya tutup pintu hati untuk menerima pasangan baru meski banyak lelaki yang cuba mendekati.
“Pernah juga ada lelaki muda yang cuba untuk rapat, namun sekiranya saya okey, anak pula sebaliknya.
“Sebenarnya, saya selalu berdoa agar dibukakan rezeki jodoh sebab bagi saya, sudah tiba masanya untuk berteman,” katanya ketika ditemui pada program realiti Mic On, di Sungai Buloh.
Mas Idayu menambah, dia sendiri tidak sangka bahawa doa yang dipohon akhirnya dipertemukan dengan seseorang yang bekerja dalam industri.
“Saya tak sangka dia hadir dalam hidup, walhal sebelum ini kami pernah beberapa kali bekerjasama.
“Tahun lalu ada orang yang usik saya dengannya, tapi kami mula rapat tahun ini. Apa yang boleh katakan, dia bukanlah dalam kalangan selebriti.
“Kami juga sudah keluar berjumpa beberapa kali dan setakat ini hubungan berjalan dengan baik. Cuma apa yang minta doakan agar yang baik-baik saja daripada semua, Insha-Allah,” katanya.
Untuk rekod, Mas Idayu pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Aman Gaseka dan bercerai sekitar tahun 2006.
Hasil perkahwinan terbabit, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Dayini Ashiqah yang kini sudah berusia 25 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kejutan ‘Live’ Di TV Raih Pujian, Kiah Propa Ucap Terima Kasih – “Hanya Menjalankan Amanah & Tanggungjawab.”

Baru-baru ini, nama selebriti Kiah Propa telah menjadi perbualan hangat di kalangan netizen selepas membuat kemunculan mengejut di pentas akhir program Big Stage 2022, Ahad lalu.
Kiah yang lengkap membawa senduk kuali meluru secara tiba-tiba ke posisi Presiden Netizen, Datuk Seri Vida.
Situasi spontan itu nyata menimbulkan rasa cemas penonton terutamanya bagi mereka yang menyaksikan secara siaran langsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Bagaimanapun, kemunculan bekas hos itu adalah sebagai gimik bagi mempromosikan sebuah drama rantaian terbaharu, Jangan Menangis Cinta terbitan Astro.
Menerusi entri di laman media sosial Instagram miliknya, Kiah memberitahu bahawa dia hanya menjalankan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan oleh pihak produksi.
Tambahnya lagi, sebagai seorang pelakon dia harus melakukan yang terbaik untuk menjayakan watak yang telah diberikan kepadanya.
“PEGANG TEGUH PADA WATAK YG DIBERI… AYANG BT SATNA @dramajanganmenangiscinta Arahan @rajamukhriz karya hebat @sitirosmizahsemail
“Tidaklah bangga wataknya sebegitu..hanya menjalankan amanah dan tanggungjawab sepenuhnya sebagai seorang pelakon..Terima kasih Malaysia kerana menerima saya..,” tulisnya.
Selain Kiah, Jangan Menangis Cinta ini turut dibintangi barisan pelakon hebat antaranya Amyra Rosli, Remy Ishak, Rita Nadira, Atilia dan ramai lagi.
Drama bersiri yang diadatasi novel karya hasilan Siti Rosmizah ini ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di slot MEGADRAMA, saluran Astro RIA, bermula 21 Mac lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Kiah Propa
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI