Semenjak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kebanyakan premis yang menawarkan sevis perkhidmatan tidak dibenarkan beroperasi termasuklah servis gunting rambut.

Lantaran itu, pelakon dan pelawak, Zizan Razak telah mengambil inisiatif untuk memotong rambutnya sendiri lalu, memuat naik gambar stail terbarunya itu di Instagram.

Jelas Zizan, dia memotong rambutnya itu disebabkan terlalu bosan kerana tiada perkara yang ingin dilakukannya.

IKLAN

“Bila takde kerja potong sendiri rambut. So ini result dia.

“Ala ala the rock zaman muda. Ada yang kata budak skin head,” katanya.

Menurut Zizan lagi, dia ingin wanita di luar sana tahu bahawa dia juga memiliki bakat terpendam sebagai tukang gunting rambut.

IKLAN

“Itu tak kesahlah janji wanita-wanita diluar sana tahu yang abang zan ade bakat gunting rambut so senanglah untuk anak kita nanti tak perlu pegi barber,” jelasnya lagi.

Posting lucu tersebut telah meraih hampir 200,000 tanda suka dan turut dihujani ribuan komen.

IKLAN

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan perkongsian Zizan tersebut termasuklah rakan artis, Tomok dan Joe Flizzow.

“Ada Yang Kata Budak Skinhead,” – Zizan Razak ‘Belanja’ Rambut Hasil Potong Sendiri, Lihat Apa Reaksinya! “Ada Yang Kata Budak Skinhead,” – Zizan Razak ‘Belanja’ Rambut Hasil Potong Sendiri, Lihat Apa Reaksinya! “Ada Yang Kata Budak Skinhead,” – Zizan Razak ‘Belanja’ Rambut Hasil Potong Sendiri, Lihat Apa Reaksinya!Semalam, kerajaan telah mengumum beberapa sektor tambahan dibenarkan beroperasi sepanjang fasa ke-3 PKP termasuklah kedai cermin mata, kedai peralatan elektrik & elektronik dan servis potong rambut.

Sumber: Instagram Zizan Razak

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI