![2dfe974a-456d-4dd1-9c78-0add6b0dbd30](https://www.mediahiburan.my/wp-content/uploads/2019/06/2dfe974a-456d-4dd1-9c78-0add6b0dbd30-696x464.jpg)
Penyanyi dan pelakon meningkat naik, Naim Daniel akhirnya menjawab kekeliruan ramai mengenai pertalian darahnya bersama pelawak dan penyampai radio, Fad Bocey.
Menurut Naim, mereka bukanlah adik-beradik tetapi hanya rupa paras sahaja yang hampir mirip sama.
“Kalau Abang Fad tengok video ni, suka saya nak katakan sebenarnya kami adik-beradik lain mak.
“Mungkin muka kami seiras, saya cute dan Abang Fad handsome. Kami bukan adik beradik kandung tapi kami memang rapat.
“Tetapi dia tidak menafikan dia merupakan abang yang baik,” katanya secara seloroh memberi penjelasan.
Sebelum ini, ada segelintir peminat yang mendakwa bintang itu rupanya adik kepada pelawak dan hos terkenal itu.
Dalam perkembangan lain, Naim menjelaskan dia mahu berehat seketika daripada dunia lakonan dan memberi sepenuh perhatian pada nyanyiannya.
“Selepas drama Pia memang saya rasa nak berehat seketika, bagi penonton move on dulu.
“Pada masa sama, saya nak fokus pada muzik dan sebolehnya mahu kembang sayap kearah lebih besar lagi.
“Untuk lakonan pula, saya dah bermula berlakon sejak usia 8 tahun dan kini usia saya 22 tahun.
“Saya tak rasa sudah lama dalam industri cuma mungkin saya nak belajar benda lain pula selepas ini,” jelasnya lagi.
https://www.instagram.com/p/By-UAZJjIk8/
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Susah Lagi Untuk Artis Mengaku Tak Terjejas,” – 2 Tahun Waktu ‘Dirompak’, Imran Ajmain Tekad Mahu Buat ‘Comeback’
![“Susah Lagi Untuk Artis Mengaku Tak Terjejas,” – 2 Tahun Waktu ‘Dirompak’, Imran Ajmain Tekad Mahu Buat ‘Comeback’](https://cdn.mediahiburan.my/2022/03/DBF942D6-10C5-42A2-9487-8D180F5A632C.jpeg)
Penyanyi, Imran Ajmain mengakui waktunya selama dua tahun ini seakan dirompak dek kerana fasa pendamik ekoran penularan Covid-19.
Menurut Imran, segala perancangan melibatkan kerjaya seninya seperti promosi lagu serta konsert jelajah telah terganggu sepanjang tempoh yang mencabar ini.
“Tak mungkin ada sesiapa boleh kata mereka tidak dirompak masa dan usia selama dua tahun lebih sudah ini. Lagi-lagi mereka dalam kesusahan atau jatuh susah disebabkan pandemik ini.
“Susah lagi untuk artis mengaku tidak terjejas memandangkan selama ini content ceria memanjang show sana sini.
“Bila lagu “Intan Dan Perak” saya keluar bulan 3 tahun 2019, kemudian dirakam MV, kemudian bercita-cita tinggi nak ulangi persembahan jelalah seperti dulu — “100 Days Acoustic Tour” (2011), “Setulus Kasih Tour” (2015), dan anjur konsert lagi seperti “10 Tahun Pertama” (2018).
“Namun, ditunda dari bulan ke bulan hingga sudah. Lalu, dibatalkan terus dengan ketibaan Cik Corona,” katanya menerusi hantaran di laman Instagram.
Enggan mengalah, penyanyi lagu, Seribu Tahun ini bertekad untuk bangkit semula menyusun perjalanan seninya kembali.
“Pros: Streaming naik, views naik, virtual shows bermula. Cons: Tidak dapat buat promosi seperti dulu, shows dibatal, penaja juga lingkup.
“Saya rasa sudah sampailah masanya pemuzik seperti saya bangkit semula; buat lagu baru, keluar content baru, aktif seperti dulu lagi.
“Lagi-lagi lihat orang lain masuk pertandingan, keluar lagu baru, mula buat show sini sana. Tapi cakap senang, nak buatnya susah…yang teramat.
“Jadi apa saya nak buat? Saya nak claim balik lah dua tahun yang sudah ni. Promote balik lagu lama tu yang tak tercapai nak promote dulu. Nyanyi balik lagu ini di show-show saya yang sekarang ni,” kongsinya lagi.
Katanya lagi, dia kini sedang sedaya untuk kembali berdisiplin demi kelancaran misinya itu.
“Buat content balik yang tak buat dulu. Boleh ke? Passion ada. Niat ada. Disiplin kena cari dulu. InsyaAllah saya cuba lah. Baru lah nanti dapat ilham berkarya lagi.
“‘Selamat Ulang Tahun Sayang’ dah cecah lebih 1,000,000 streaming di Spotify. Hasil dari orang semua bosan work-from-home di rumah.
“Ada nampaklah hikmah disebalik detik-detik gelap tu. Next, lagu mana? Stream “Intan Dan Perak”. MV coming soon,” ujarnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat menzahirkan rasa teruja dan turut tidak sabar untuk melihat Imran kembali aktif menyanyi.
Dalam perkembangan lain, Imran memaklumkan dia bakal melancarkan muzik video lagu terbarunya yang berjudul Intan Dan Perak dalam masa yang terdekat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Imran Ajmain
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Watak Di Baling Burung Kuning Besar Ikonik Sesame Street, ‘Big Bird’ Meninggal Dunia Pada Usia 85 Tahun
![Watak Di Baling Burung Kuning Besar Ikonik Sesame Street, ‘Big Bird’ Meninggal Dunia Pada Usia 85 Tahun](https://www.mediahiburan.my/wp-content/uploads/2019/12/5CD6CF27-611D-4BBE-8C54-83AA1FE7D16C.jpeg)
Pelakon yang membawa watak Big Bird dan Oscar the Grouch dalam siri kanak-kanak popular, Sesame Street dilapor meninggal dunia pada usia 85 tahun.
Menghembuskan nafas terakhir pada Rabu, Spinney telah pun menghiburkan kanak-kanak lebih 50 tahun.
Mendiang difahamkan meninggal dunia di kediamannya di Connecticut, Amerika Syarikat selepas mengalami sejenis gangguan saraf dikenali sebagai ‘Dystonia’.
Malah berita kematiannya juga turut dikongsikan menerusi laman Twitter Sesame Street.
Caroll Spinney, the legendary puppeteer behind beloved Sesame Street characters Big Bird and Oscar the Grouch, died today, December 8th 2019, at age 85 at his home in Connecticut, after living with Dystonia for some time. https://t.co/q7FVDul5WT pic.twitter.com/CvWBD0NQyp
— Sesame Street (@sesamestreet) December 8, 2019
Spinney mulai terlibat dalam bidang lakonan puppet seawal usia lima tahun selepas menonton persembahan Three Little Kittens. Mendiang kemudiannya mulai serius terhadap bidang tersebut bagi menampung pembiayaan kelas tuisyen.
Selepas tamat khidmat dengan US Air Force, Spinney seterusnya turut membuat persembahan puppet hingga ke Vegas dan BostOn hingga 1960-an sebelum bertemu dengan pencipta muppets, Jim Henson yang turut terlibat dalam Sesame Street.
Foto/Sumber: Carian Google/BBC
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Beyonce Jadi Penyanyi Wanita Berkulit Hitam Pertama Ungguli Carta Muzik Country
![Beyonce Jadi Penyanyi Wanita Berkulit Hitam Pertama Ungguli Carta Muzik Country](https://cdn.mediahiburan.my/2024/02/Untitled-design-89-1.jpg)
Penyanyi terkenal Amerika Syarikat, Beyonce mencipta sejarah apabila dia menjadi penyanyi wanita berkulit hitam pertama yang berjaya mengungguli carta muzik Country sejak carta itu diwujudkan pada 1958.
Kejayaan yang dicapai oleh penyanyi berusia 42 tahun itu adalah menerusi lagu Texas Hold’ Em yang bakal dimuatkan dalam album kelapannya yang dijangka dipasarkan pada Mac kelak.
Lagu tersebut yang dilancarkan pada 11 Februari dan diberikan kepada radio seluruh negara dua hari kemudian, telah berjaya mengatasi lagu I Remember Everything hasil nyanyian duet, Zach Bryan dan Kacey Musgraves.
Sebelum itu lagu tersebut telah mengungguli carta selama 20 minggu.
Genre Country sering menjadi satu polemik jika dikaitkan dengan pemuzik berkulit hitam, namun begitu dengan kejayaan Beyonce, ini menjadi satu pencapaian yang bersejarah.
BACA JUGA: 10 Fakta Tentang Benny Blanco, Kekasih Baharu Selena Gomez
Berdasarkan Billboard, lagu Texas Hold ‘Em menerima lebih 19.2 juta strim rasmi dan 4.8 juta dalam semua format penonton siaran dan berjaya dijual sebanyak 39,000 di Amerika Syarikat setakat 15 Februari.
Jika diimbas kembali ini bukanlah kali pertama Beyonce menyanyikan lagu yang berunsur lagu Country.
Pada tahun 2016, lagu Daddy Lessons nyanyiannya telah ditolak oleh jawatankuasa muzik Country the Recording Academy sekaligus menjadikan lagu itu tidak layak dipertandingkan untuk Country Grammys.
Dia kemudiannya memainkan lagu itu di anugerah Country Music Association dengan Dixie Chicks dalam persembahan mengejut yang mencetuskan wacana baharu di sekitar politik dalam muzik Cuntry dengan klasifikasi yang tidak jelas.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI