Pelakon, Aedy Ashraf memaklumkan dirinya telah pun membuat satu laporan polis selepas identitinya didakwa telah disalahguna untuk tujuan memperdayakan wanita.

Menurut Aedy, individu tidak bertanggungjawab itu dikatakan telah mencipta email palsu dengan menggunakan namanya.

“4 Orang Wanita Telah Diajak Keluar,” – Guna Nama Perdaya Wanita, Aedy Ashraf Lapor Polis “4 Orang Wanita Telah Diajak Keluar,” – Guna Nama Perdaya Wanita, Aedy Ashraf Lapor Polis

 

View this post on Instagram

 

A post shared by aedy ashraf (@aedyxashraf)

“Satu laporan polis telah dibuat berkaitan email yang kononya dihantar oleh saya.

“Di sini, saya ingin menjelaskan bahawa itu bukanlah alamat email saya. Saya perlu mengingatkan perkara ini supaya semua orang berhati-hati,” tulisnya.

Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon drama, Anak Tebing itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

“4 Orang Wanita Telah Diajak Keluar,” – Guna Nama Perdaya Wanita, Aedy Ashraf Lapor Polis “4 Orang Wanita Telah Diajak Keluar,” – Guna Nama Perdaya Wanita, Aedy Ashraf Lapor Polis

IKLAN

Menerusi tangkap layat laporan polis tersebut, individu tersebut dipercayai telah berjaya memperdaya sekurang-kurangnya empat wanita.

“Pada 18 Jun lalu, semasa berada di Jalan 4, Jalan Chow Sow Lin, saya dapat tahu ada individu tidak dikenali telah menyamar sebagai saya dengan cara menggunakan email samaran aedyasrafx@gmail.com.

“Sekurang-kurang empat wanita yang menerima mesej daripada individu terbabit telah diajak keluar manakala seorang telah memberikan alamatnya kepada lelaki itu,” kongsinya.

Lantaran itu, Aedy turut mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah tertipu dengan taktik digunakan individu tidak dikenali itu.

IKLAN

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen mengkritik tindakan tersebut selain turut memberi kata-kata semangat buat Aedy.

“Bertabahlah bos. Extra careful. Manusia makin tiada hati dan otak.

“Semoga Aedy baik-baik sahaja.

“Stay strong. Kami sentiasa di belakang anda.

IKLAN

“Semoga sentiasa dalam lindungan Allah SWT.

“Take care and be safe Aedy,” antara komen-komen netizen di Instagram.

“4 Orang Wanita Telah Diajak Keluar,” – Guna Nama Perdaya Wanita, Aedy Ashraf Lapor Polis “4 Orang Wanita Telah Diajak Keluar,” – Guna Nama Perdaya Wanita, Aedy Ashraf Lapor Polis “4 Orang Wanita Telah Diajak Keluar,” – Guna Nama Perdaya Wanita, Aedy Ashraf Lapor Polis

Menerusi posting yang sama, Aedy turut berkongsi infografik yang disediakan oleh pihak Polis Di-Raja Malaysia (PDRM) mengenai penipuan di media sosial sebagai peringatan bersama.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Aedy Ashraf

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI