Penerbit filem terkenal, Datuk Yusof Haslam enggan campur tangan berhubung spekulasi mendakwa anaknya, Syamsul bakal berkahwin lagi.

Memilih untuk tidak mahu mengulas lanjut, Yusof, 68, bahkan mengunci mulut kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

“Perkara ini memang susah untuk diulas kerana saya perlu menjaga hati anak, menantu dan semua pihak yang terlibat.

“Benda ini kalau saya komen akan disalah tafsir, serba salah dibuatnya,” katanya kepada MH.

“Benda Ini Kalau Saya Komen Akan Disalah Tafsir, Serba Salah Dibuatnya,” – Yusof Haslam

Ditanya sama ada kesemua pihak yang terlibat perlu bersemuka untuk menyelesaikan kemelut rumah tangga anaknya, pemilik Skop Production itu bertegas, Syamsul sendiri yang seharusnya mencari jalan terbaik menyelesaikan masalah berkenaan.

IKLAN

“Soal ini Syamsul yang perlu jawab, tiada keperluan untuk saya bertemu dengan pihak sana,” kata Yusof.

Dalam pada itu Yusof juga berharap anak sulungnya kuat menempuh kontroversi berkenaan ini kerana isu peribadi adalah biasa buat selebriti.

“Benda Ini Kalau Saya Komen Akan Disalah Tafsir, Serba Salah Dibuatnya,” – Yusof Haslam

“Buat Syamsul saya harap dia kuat semangat dan jangan patah harapan. Terus berani berjuang dan jangan takut dengan masalah,” ujarnya.

IKLAN

Khabar angin perancangan perkahwinan Syamsul tercetus apabila sebuah blog hiburan mendakwa seorang pengarah terkenal bakal berkahwin dengan kekasihnya yang juga anak kepada seorang pelakon veteran.

Biarpun tidak menulis nama, namun ada yang berteka-teki ia merujuk kepada Syamsul yang ketika ini berdepan konflik bersama isterinya, Puteri Sarah Liyana susulan dakwaan kehadiran orang ketiga.

Terdahulu, Yusof menjadi tumpuan apabila hadir ke majlis pratonton filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan arahan Syamsul yang dibintangi oleh Datuk Adi Putra, Fattah Amin, Beto Kusyairy, Yayan Ruhian dan Johan As’ari.

IKLAN

Syamsul bagaimanapun tidak hadir ke acara berkenaan.

Filem terbitan Studio Kembara itu bakal memasuki pawagam seluruh negara bermula 23 Jun ini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI