Walaupun diduga dengan masalah rumah tangga, pelakon Puteri Sarah Liyana mahu membuka lembaran baharu bersempena kedatangan tahun 2023.

Menerusi laman Instagram miliknya, Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 37, berkata dia mahu terus berjalan ke hadapan tanpa mahu melihat ke belakang lagi.

“Alhamdulillah for 2023. Let the past gone along with the wind (biarkan apa yang berlaku, berlalu pergi dibawa angin),” tulis Sarah di ruangan kapsyen.

IKLAN

Menyambut kedatangan tahun baharu di Tokyo, Jepun, Sarah kini sedang bercuti dengan dua orang anaknya, Syaikul Islam dan Sumayyah.

Terdahulu, suami Sarah, pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof, 38, didakwa sudah berkahwin dengan individu yang dikaitkan dengannya iaitu Ira Kazar.

IKLAN

Perkara itu didedahkan Sarah menerusi tangkap layar mesej daripada pihak ketiga iaitu pengikut di Instagramnya yang mendakwa Syamsul dan Ira sudah melangsungkan perkahwinan.

Pada Jun lalu, Sarah nekad memfailkan satu tindakan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, beserta dua aduan di pejabat agama terhadap Ira yang merupakan anak kepada pelakon, Kazar Saisi.

IKLAN

Untuk rekod, Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurnikan sepasang cahaya mata, Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah yang kini berusia tiga tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI