Penyanyi, Ernie Zakri enggan lagi meratapi segala jerih perih dan kepayahan yang terpaksa dilaluinya sewaktu diawal kemunculannya didalam industri seni tanah air.

Menurut Ernie, kejayaan menerbitkan album kedua yang berjudul ‘Aura’ terhasil daripada kematangan dan semangat juang untuk terus meletakkan namanya sebaris penyanyi-penyanyi hebat di negara ini.

“20 Lagu Dalam 8 Tahun, Orang Masih Tak Kenal,” – Ernie Zakri Pernah Nekad Nak Berhenti Menyanyi

“Saya mulakan kerjaya pada tahun 2009 dan album pertama saya dihasilkan pada 2011. Sepanjang 13 tahun itu, amat sukar untuk menjadi seorang Ernie Zakri. Sakit perihnya ada.

“Saya bukan nak meratapi nasib cuma saya gunakan semua emosi itu untuk dibawa di dalam album ini. Saya pernah menagih agar diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan,” katanya kepada MH.

Isteri kepada penyanyi, Syamel itu berkata sedemikian ketika ditemui di sesi pradengar album Aura bersama pihak media yang berlangsung di Maveriq Studio, Petaling Jaya pada Selasa.

“20 Lagu Dalam 8 Tahun, Orang Masih Tak Kenal,” – Ernie Zakri Pernah Nekad Nak Berhenti Menyanyi

IKLAN

Jelas ibu kepada seorang cahaya mata itu lagi, dia juga pernah terdetik untuk berhenti menyanyi selapas segala usaha untuk terus kekal berada di dalam industri seni seakan gagal.

“Saya pernah berada di satu titik terendah di dalam hidup di mana saya nekad untuk berhenti menyanyi. Itu adalah keputusan yang sangat muktamad. Kalau boleh, saya tak mahu lagi berada di atas pentas.

“Ketika itu, saya sudah berada di dalam industri hampir lapan tahun dan sudah pun menghasilkan hampir 20 buah lagu. Namun, orang ramai masih belum menerima saya lagi.

“Diri saya dipenuhi dengan perasaan marah dan tidak boleh menerima keadaan tersebut. Saya jadi hilang percaya selain menyifatkan diri sendiri tidak cukup bagus dan tak layak nak berada di dalam industri,” ujarnya lagi.

IKLAN

Bagaimanapun, Ernie tetap bersyukur kerana dikurniakan seorang ibu yang sentiasa memberikan sokongan dan percaya dengan bakat yang dimilikinya.

“20 Lagu Dalam 8 Tahun, Orang Masih Tak Kenal,” – Ernie Zakri Pernah Nekad Nak Berhenti Menyanyi

“Saya bersyukur sangat pada ketika itu saya mempunyai ibu saya yang sentiasa memberikan semangat dan meninta saya untuk tidak berhenti menyanyi.

IKLAN

“Dia mahu saya terus mengejar impian dan minat saya. Pada akhirnya nanti, segalanya merupakan soal rezeki.

“Bila teringat balik perkara tersebut, saya gembira kerana mendengar cakap ibu. Kalau tidak, mungkin saya tidak akan berada di sini bersama kalian,” katanya lagi.

“20 Lagu Dalam 8 Tahun, Orang Masih Tak Kenal,” – Ernie Zakri Pernah Nekad Nak Berhenti Menyanyi

Terdahalu, album Aura ini memuatkan 10 buah lagu baru seperti Masing-Masing, Terima Seadanya dan Jangan Hilang Percaya.

Album ini dijadualkan bakal dilancarkan sepenuhnya pada bulan November.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI