Penyanyi, Datin Alyah hari ini mengakui rasa salah dan memohon maaf atas khilafnya, beberapa hari lalu.

Katanya, setiap manusia di atas muka bumi ada ‘hari terburuk’ mereka dan dia sedar akan segala sikapnya yang menjadi perhatian netizen beberapa hari ini.

“Assalam, Dlm Setahun Ada 12bulan. Jgn Kata penyanyi je lah so Kita letak semua manusia dlm Bumi ni.Tak Kira dia cikgu,Dia lawyer,Dia nelayan,Dia apa apa lah atau Dia nietizen skali pon…. Mesti Ada Hari buruk Kita dlm Sepanjang 12bulan tu.

“Jadi Saya anggarkan 2 hari Lepas adalah Hari terburuk Saya utk Sepanjang tahun ini. Sebelum saya turunkan komen Saya di ig (si dia)saya dah tahu apa akibatnya.

“Dan Saya sgt Pasti dgn apa yg Saya buat.saya bukan budak2 yg baru dapat fon.

IKLAN

“Saya tiada Niat utk mengaibkan sesiapa.Dan kejadian ini tidak terjadi pada setiap hari.Saya Percaya ini jg gerak Dari Allah swt bagi mengingatkan Saya jg (si Dia) dan Mungkin kami terleka dgn Ego Dan sifat sering menyalahkan.

“Air tidak perlu mengatakan yg Dia suci,Matahari tidak perlu bagitahu yg Dia kuat,siang tidak perlu marah bagi menyuarakan yg Dia hebat,” tulisnya.

Tambahnya lagi, Alyah turut mengumumkan bahawa dia tidak lagi akan menjawab segala persoalan berkaitan dengan rumah tangganya selepas ini dan memohon maaf di atas silap dan salahnya beberapa hari ini.

IKLAN

“Selama 8 tahun hanya Saya saja yg menjawab Segala persoalan dari anda mengenai rumahtangga Saya.Dan hari ini saya ingin Memberi tahu yg Saya tidak akan Lagi menjawab Segala soalan mengenai rumahtangga Saya mahu pun mengenai (si dia) terpulang kepada kamu ingin mentafsirkan apa.

“Saya Percaya hanya Allah swt sahaja tahu apa yg ada didlm ini….. Mungkin saya Telah mencuit atau menguris hati hati Di luar Sana.

“Saya ALYAH dgn serendah diri memohon Maaf kerna Saya Telah membuatkan kamu Kecewa….Namun jauh di Sudut hati Saya tidak bermaksud sedemikian,” tulisnya lagi.

IKLAN
View this post on Instagram

Assalam Dlm Setahun Ada 12bulan Jgn Kata penyanyi je lah so Kita letak semua manusia dlm Bumi ni.Tak Kira dia cikgu,Dia lawyer,Dia nelayan,Dia apa apa lah atau Dia nietizen skali pon…. Mesti Ada Hari buruk Kita dlm Sepanjang 12bulan tu… Jadi Saya anggarkan 2hari Lepas adalah Hari terburuk Saya utk Sepanjang tahun ini. Sebelum saya turunkan komen Saya di ig (si dia)saya dah tahu apa akibatnya.Dan Saya sgt Pasti dgn apa yg Saya buat.saya bukan budak2 yg baru dapat fon…. Saya tiada Niat utk mengaibkan sesiapa.Dan kejadian ini tidak terjadi pada setiap hari.Saya Percaya ini jg gerak Dari Allah swt bagi mengingatkan Saya jg (si Dia) dan Mungkin kami terleka dgn Ego Dan sifat sering menyalahkan… Air tidak perlu mengatakan yg Dia suci,Matahari tidak perlu bagitahu yg Dia kuat,siang tidak perlu marah bagi menyuarakan yg Dia hebat….. Selama 8 tahun hanya Saya saja yg menjawab Segala persoalan dari anda mengenai rumahtangga Saya.Dan hari ini saya ingin Memberi tahu yg Saya tidak akan Lagi menjawab Segala soalan mengenai rumahtangga Saya mahu pun mengenai (si dia) terpulang kepada kamu ingin mentafsirkan apa.Saya Percaya hanya Allah swt sahaja tahu apa yg ada didlm ini….. Mungkin saya Telah mencuit atau menguris hati hati Di luar Sana…Saya ALYAH dgn serendah diri memohon Maaf kerna Saya Telah membuatkan kamu Kecewa….Namun jauh di Sudut hati Saya tidak bermaksud sedemikian…….

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81) on

Sebelum ini, Alyah ada berkongsi luahan perasaannya di ruangan IG storynya baru-baru ini yang menimbulkan persoalan orang ramai.

Dalam pada itu, semalam pula menyaksikan penyanyi lagu Jutaan Purnama itu meninggalkan komen di IG suaminya, Datuk Ramli MS mengatakan sambutan hari lahir sebegitu yang suaminya mahukan.

Foto/Instagram: Datin Alyah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI