
Gedung tekstil dan pakaian terkemuka, Jakel, mempersembahkan 10 selebriti dan pempengaruh popular sebagai wajah utama bersempena kempen ‘Raya Mendonia Bersama Jakel 2025.
Meletop 10 Duta!
Barisan duta istimewa ini ialah pelakon Fattah Amin, Amira Othman, Elly Mazlein, Anzalna Nasir dan Nabil Ahmad bersama keluarga masing-masing, serta kumpulan lawak legenda, Senario.
Turut memeriahkan kempen sama adalah karakter animasi ikonik, Upin & Ipin.
Pempengaruh terkenal iaitu Sallywho sekeluarga dan Cik Epal turut melengkapkan senarai duta dalam kempen khas untuk menyemarakkan sambutan Hari Raya tahun ini.
Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata pemilihan barisan duta ini bertujuan menonjolkan kepelbagaian koleksi pakaian Jakel yang sesuai untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.
“Jenama kami adalah jenama untuk semua golongan, menyediakan produk yang sesuai untuk pelbagai peringkat usia, daripada ibu bapa, remaja, dewasa, hinggalah kanak-kanak.
“Malah kita juga barisan duta yang dilantik ini mempunyai ramai pengikut yang setia bersama.l dari awal sehingga kini. Jadi bagaimana kita untuk menidakkan selebriti yang bersama dengan rakyat.
“Dalam pada itu, kami juga mahu memastikan semua pelanggan dapat menikmati pakaian berkualiti dengan harga yang berpatutan,” katanya yang turut menjelaskan kesemua duta yang dipilih diharap dapat mengukuhkan tagline jenama ini iaitu ‘Jakel, Barulah Raya’.
Harga Murah Untuk Semua
Inisiatif pengumuman duta serta pelancaran kempen tersebut juga adalah persediaan awal bagi membuka peluang kepada pelanggan memilih pakaian berteraskan rekaan trend terkini dan pilihan warna lebih segar.
“Untuk tahun ini, kita turut menawarkan pakaian dengan warna popular dan terkini seperti, Emerald Green, Burgundy, Dark Pink, Fuchsia dan Powder Blue.
“Kita juga akan menampilkan harga rakyat iaitu dengan menawarkan Baju Melayu Madani berharga RM99 (baju Melayu Senario) sepasang termasuk sehelai samping percuma bernilai RM49.
“Sementara baju Melayu Fattah Amin pada RM149 termasuk samping percuma bernilai RM99. Betapa ‘rakyatnya’ harga saya bagi,” jelasnya lagi.
Pada masa sama, pihaknya juga turut meningkatkan bilangan penghasilan baju sebanyak sejuta pasang bagi ibu, bapa, selain 1.5 juta pasang untuk pakaian sedondon.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
@mediahiburanofficial Nombor Syatu Lah JakelLina, Nombor Last Belum Tentu 😂 #MHnews #MediaHiburan #FYP ♬ original sound – Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI