Penyanyi, Zizi Kirana menyifatkan komen melampau yang ditulis netizen menerusi media sosial khasnya di Instagram (IG) sebagai penakut dan suka berlindung di sebalik akaun mereka sahaja. Sebaliknya, rata-rata tidak berani untuk beri komen secara berdepan.

“Saya sebenarnya tidak kisah kalau ada yang beri komen yang ‘tidak-tidak’. Sebab mereka tidak kenal siapa diri saya. Hanya yang kenal akan tahu saya ni macam mana. Ya, seksi tapi saya masih belum ada rekod mabuk dalam kelab malam atau bogel di mana-mana. Yang beri komen tu pun berani di Ig saja. Cuba kalau jumpa depan-depan? Siap malu-malu, lepas tu nak bergambar sama. 

 

“Jadi saya memang tidak mahu ambil pusing. Hanya jadi diri sendiri dan tak kacau hidup orang,” katanya ketika dihubungi MH.

Zizi Kirana Jawab Respond Kata-Kata Netizen Bila Dicop Macam Pelacur, Suka Post Gambar ‘Mengundang’ Di IG

Penyanyi Boleh Jalan itu berkata demikian kepada MH sebagai mengulas isu beberapa keping gambar seksi yang dimuat naiknya menerusi IG sehingga mencetuskan kritikan netizen yang membayangkan imejnya saling tidak tumpah sebagai pelacur, model Playboy dan sebagainya.

IKLAN

“Gambar yang baru saya muat naik itu adalah sebagai menghargai pemberian jenama pakaian tersebut. Jadi saya ambil gambar dan muat naik di IG. Tapi macam biasalah, macam-macam orang komen dan kecam. Tak mengapalah, saya okay saja…,”jelasnya jujur.

Zizi Kirana Jawab Respond Kata-Kata Netizen Bila Dicop Macam Pelacur, Suka Post Gambar ‘Mengundang’ Di IG

Dalam perkembangan lain, bintang asal Sabah ini memberitahu dia bakal muncul dengan single terbaru tahun ini.

IKLAN

“Lagu tersebut merupakan sebuah lagu dangdut yang dicipta komposer Indoensia. Ikutkan perancangan, single tersebut akan dilancarkan di Indonesia sekitar April depan dan kemudian barulah akan dipromosikan di sini,” akhiri Zizi.

Zizi Kirana Jawab Respond Kata-Kata Netizen Bila Dicop Macam Pelacur, Suka Post Gambar ‘Mengundang’ Di IG

 

IKLAN

Foto: Instagram Zizi Kirana

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI