Baru-baru ini, nama pelakon dan pelawak Zizan Razak menjadi perhatian selepas dia memutuskan untuk menyumbangkan kesemua bayaran yang diterima sewaktu menjadi tetamu undangan di sebuah forum kepada Persatuan Kebajikan Fisabilillah Terengganu.
Menurut Zizan atau nama sebenarnya Muhammad Razizan Abd. Razak, dia tidak berniat untuk bersikap riak atau menunjuk-nunjuk.
Malah, dia juga sudah meminta pandangan daripada seorang lagi panel jemputan yang juga agamawan terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) terlebih dulu sebelum berbuat demikian.
“Saya memang niat nak bersedekah. Bila duit sudah masuk ke dalam akaun, ada kalanya kita terlupa. Jadi, saya maklumkan kepada pihak penganjur untuk sediakan wang tunai.
“Saya berkongsi hal ini bukanlah nak menunjukkan diri ini baik. Saya sudah bertanya kepada Ustaz Azhar terlebih dahulu.
“Kata Ustaz Azhar, tak mengapa kita tunjukkan perkara ini supaya dapat menjadi iktibar dan lebih ramai buat perkara sama. Saya memang tak sentuh duit itu langsung. Saya buat kerana Allah,” katanya kepada MH.
Pelakon filem Polis Evo itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pengenalan Duta G-Shock di Dadi Cinema, Pavilion, Kuala Lumpur.
Ads
Usaha Untuk Beramal
Katanya lagi, usaha ini sebagai salah satu usahanya untuk terus melakukan amal kebaikan.
“Pada saya, tak semua rezeki yang kita terima itu untuk kita sahaja. Paling baik bila kita boleh memberi kepada mereka yang membuat amal soleh.
“Kita pun tak tahu bila kita akan mati dan cukup ke amalan kita di atas muka bumi ini. Perkara seperti ini tidak memberikan impak negatif pun kepada diri kita.
Ads
“Banyak perkara positif akan berlaku sama ada kita sedar atau tidak,” ujarnya.
Pada masa sama, Zizan merasakan sumbangannya selama ini hanyalah kecil jika ingin dibandingkan dengan orang lain.
“Saya pun tak sedar berapa jumlahnya. Mungkin saya rasa banyak tapi artis-artis lain lagi besar sumbangan mereka. Seperti Daiyan Trisha, dia sumbangkan hampir RM250,000 untuk Palestin.
Ads
“Jadi, jangan pandang orang dari luaran. Tak kisahlah orang itu pakai tudung atau tidak. Memang dalam Islam pakai tudung itu lebih baik tapi tak semestinya mereka tidak baik.
Pengakhiran kita hanya Allah yang tahu,” katanya lagi.
Ditanya adakah dia tertekan dengan ekspektasi orang ramai yang mahu melihatnya menjadi lebih baik kerana punyai hubungan akrab bersama agamawan seperti Ustaz Azhar Idrus, ini reaksi Zizan;
“Ini juga merupakan asbab dan perkara yang perlu kita fikirkan. Saya pun takut kalau orang ingat saya baik. Saya juga pendosa. Tak lari daripada membuat kesalahan.
“Namun, perkara ini juga yang mengingatkan kita untuk tidak melakukan perkara yang tidak baik. Bila kita terfikir nak pergi tempat yang tidak baik, hati akan berkata jangan.
“Bila ada isu viral di media sosial, kadang kala kita nak ulas. Bila ingat semula, tiada manfaat berkongsi perkara ini. Secara tidak langsung, berlakunya proses kematangan dalam diri,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Terpaksa berbahagi kasih menyambut Aidilfitri, Yatt Hamzah merelakan anak sulungnya meraikan hari bermakna ini bersama bekas suami di Kuala Lumpur.
Walaupun sedih tidak dapat beraya bersama namun Yatt bersyukur Nia memahami situasi keluarga yang nyata berbeza.
“Cantiknya anak dara Sulong Bonda ni dg baju raya barunya. Kat Kelantan ni, hampir semua orang tanya mana anak pertama Yatt Hamzah? Bonda senyum dan kata, Tahun ni turn Kak Nia beraya dg Abinya.
“Alhamdulillah Kak Nia nampak sgt happy beraya kt KL tu. Mana tak. Happy dia ada 2 keluarga dg Bonda dan Abinya. Ada 3 adik dah. Ada Bonda dan Abah, Iqlima dan Medina. Ada Abi & Mummy dg Omera. Mmg meriah. Syukur Alhamdulillah.
“Bonda faham perasan Kak Nia. Faham sgt. Tahun lepas balik beraya dg Abinya, terus dia Peluk Bonda tak lepas, menangis teresak2.. Rindu katanya. Bonda nampak semua dlm mata anak bijak Bonda ni. Tapi Bonda tahu Kak Nia kuat dan memahami situasi keluarga kita. Ya, dia anak yg kuat dan bijak.
“Alhamdulillah Bonda BERTUAH dapat anak sepertimu. Dia tahu apa yg ada sekarang adalah harta paling berharga. Bonda tahu dia kadang kala rasa penat krn terpaksa berbagi masa dan kasih sygnya..
“Tapi dia juga tahu yg penat itulah yg membahagiakannya.Inilah yg terbaik buatnya dan keluarganya. Terima kasih syg.. Bonda takkan dpt anak sebaikmu. Bonda, Abi, Abah dan Mummy syg sgt pd Kak Nia. Kakaklah harta kami dunia akhirat. Jadi anak dan kakak yg Solehah ya sayang.
“Mohon semua follower yg membaca ini doakan Kak Nia jd anak yg taat, kuat dan Solehah ya.. Aameen.”
A post shared by Yatt Hamzah (@yatthamzah_suci) on
Yatt dan bekas suami, Abdul Mutalib bercerai pada 25 Ogos 2015 selepas enam tahun menyulam kebahagiaan. Hasil perkahwinan pada 29 Mac 2009c pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Suci Hanania Malika Abdul Mutalib.
Foto : Instagram Yatt Hamzah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Afifah Nasir menafikan dirinya ada melakukan sebarang prosedur pembedahan bagi merubah bentuk wajah seperti yang didakwa oleh segelintir pihak.
Tegas Afifah atau nama sebenarnya Nur Afifah Md Nasir, dia hanya melakukan rawatan kulit pada bahagian berkenaan untuk menghilangkan parut jerawat.
“Saya tak pernah buat rawatan yang mengubah muka. Rawatan yang saya lakukan sebelum ini hanyalah berkaitan parut jerawat dan bagi mengekalkan kulit bebas jerawat,” tulisnya.
Jawapan tersebut merupakan respon Afifah kepada soalan seorang individu di Instagram yang mengatakan tulang rahangnya (jawline) kini nampak berbeza berbanding sebelum ini.
Pada masa sama, adik kepada pelakon Anzalna Nasir itu berkata, semua komen yang mendakwa dia melakukan rawatan atau pembedahan wajah adalah fitnah.
“Saya tak pernah buat muka, bibir atau apa sahaja bahagian di wajah saya. Kalau nampak orang komen macam tu, itu semua fitnah.
“Alhamdulillah, walaupun tidak sempurna, saya gembira dengan keadaan saya sekarang dan saya tidak akan sesekali mengubah wajah,” kongsinya lagi.
Terdahulu, penampilan Afifah ketika majlis resepsi perkahwinannya baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila tampil jelita mengenakan gaun berwarna putih bak puteri raja.
Afifah telah selamat mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Syed Hariz pada tanggal 5 Mei lalu dalam majlis yang diadakan secara tertutup.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Afifah Nasir
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Inilah realiti seorang isteri dan ibu kata Nad Zainal.
Tiada masa dan ruang untuk diri sendiri, keutamaan adalah untuk suami dan anak.
Tambahnya lagi, kehidupan tidak seindah drama waktu petang. Waktu lapang yang ada digunakan sebaiknya untuk berehat, bukan ke spa mencantikkan diri.
“No filter needed
Muka berminyak
Sarung shirt besar
Rambut toncet malas
Buat apa nak malu
Ini adalah rupa seorang isteri,
Are you ready.”
“Yang single-single tu?
Berkahwin dan ber anak
Kita akan banyak tanggungjawab…
Tidak seindah drama petang,
Mana yang tak ada maid tu..
Lagilah.
“Now i know.. kenapa mak mak kadang-kadang macam singa…
Nak bercantik-cantik, pergi manicure pedicure pun jarang dah.. sebab bila ada masa terluang.
Baring dan nap sekejap itu lagi bermakna daripada ke spa dan salun.
“Nak masuk puasa ni
Mula google lauk nak masak sahur pulak…
Itulah MAK
“Are you ready girls?? Sebelum tu mari bersedia ucapkan Selamat Hari Ibu buat mak-mak kita.. dan jangan lupa tonton Geng Mak Mak di @astrogempak,” tulisnya.
Luahan hati ini turut mendapat perhatian pelakon Fasha Sandha dan Amyra Rosli yang mengakui tidur lebih penting apabila punya masa senggang.
Foto : Instagram Nad Zainal
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!