Awal malam tadi, pelawak dan pelakon, Zizan Razak ada bertanya kepada lebih 5 juta pengikutnya menerusi Instagram mengenai apa model kamera yang sesuai dibawanya ketika bercuti.
Lalu, bintang asal Terengganu itu ada menggunakan aplikasi ‘Ask Me Question’ bagi membantunya mencari jenis kamera sesuai.
Bagaimanapun, semuanya bertukar menjadi suatu pertanyaan yang mencuit hati apabila rata-ratanya memberikan jawapan yang ‘masuk air’ dan humor.
Zizan turut berkongsi beberapa potong video jawapan netizen menerusi laman di Instagram.
Ads
“Sakit otak la aku kalau macam ni. Hahahah. Aduhh. Cramp perot la wehhh. Soalan pasal minta idea nk beli camera apa je. Macam macam dia kasi jawapan,” tulis Zizan
Yang penting, memang netizen pun tak kurang lawak dan kreatif apabila ada sahaja jawapan yang diberikan buat pelakon Polis Evo itu, salah satunya ialah ‘cam mera filzah’ sehingga mengundang gelak besar dari selebriti tersebut.
Bagaimanapun, menerusi ruangan komen, ada juga netizen serta rakan artis yang cuma membantu Zizan dengan berkongsi beberapa jenis model kamera terbaik.
Andrew Jack yang membawa watak General Ematt menerusi filem Star Wars dilaporkan meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19.
Pelakon berusia 76 tahun itu dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Surrey, united Kingdom pada 31 Mac 2020.
Jack pernah membintangi beberapa siri filem Star Wars termasuk Star Wars: Episode VIII – The Last Jedi, Solo: A Star Wars Story dan Star Wars: Episode VII – The Force Awakens.
Menerusi laman Instagram isterinya, Gabrielle Rogers mengesahkan Jack disahkan positif sejak beberapa hari lalu hari lalu.
We lost a man today. Andrew Jack was diagnosed with Coronavirus 2 days ago. He was in no pain, and he slipped away peacefully knowing that his family were all 'with' him.
Usaha pendakwah bebas Ustaz Uwais Qorny bersama pasukannya berjaya mencipta sejarah apabila program The 24 Hours Non Stop Uwais Qorny’s Online Talaqqi telah diiktiraf Malaysia Book of Records (MBR), baru-baru ini.
Program tersebut dianjurkan pada sambutan tahun baharu 1 Januari lalu itu turut diiktiraf menerusi jumlah penyertaan tertinggi untuk program Talaqqi yang diadakan secara maya dengan melebihi 17,000 penyertaan.
Menurut Uwais, program talaqqi al-Quran anjuran Protaz International Sdn. Bhd. itu telah diadakan secara percuma selama 24 jam menerusi aplikasi Zoom bermula dari 7.27 pagi 31 Disember 2021 hingga tamat pada sekitar pukul 1 tengah hari 1 Januari 2022.
“Idea untuk mengadakan program ini datangnya daripada pengikut di media sosial dan para pelajar. Sebenarnya saya jarang adakan kelas Talaqqi sehinggalah satu hari saya ajak pengikut untuk sertai kelas Talaqqi yang berjaya tamat sebelum azan Subuh.
“Alhamdulillah ketika itu hampir 1,000 peserta masih setia bersama. Kemudian datanglah idea ini apabila nak buat kerja ‘gila’ menjelang tahun baru. Dalam tempoh 10 hari kami nekad adakan program ini dan tak sangka mendapat maklum balas yang sangat positif daripada orang ramai.
“Lebih menggembirakan saya mendapat energi yang sangat hebat daripada peserta yang majoritinya dalam kalangan warga emas. Mereka ini sanggup ajak anak dan cucu untuk sertai sekali,” katanya.
Malah diharapkan rogram tersebut dapat meningkatkan kesedaran umat Islam untuk memelihara keaslian bacaan al-Quran, secara tidak langsung.
“Antara tujuan utama saya adakan program ini adalah nak beri kesedaran kepada orang ramai mengenai pentingnya membaca al-Quran dengan betul selain memahami pengertian setiap bacaan.
“Jadi salah satu caranya adalah dengan bertalaqqi.
Talaqqi secara mudahnya adalah berguru, dan jika dilihat masyarakat sekarang berguru melalui buku dan internet. Tetapi untuk membaca dan mempelajari al-Quran, perlu untuk pelajarinya dengan guru agar dapat menentukan sebutan dan tajwid yang betul.
“Saya harap peserta yang setia sehingga program ini tamat dapat menambah baik bacaan al-Quran mereka,” katanya optimis.
Pelakon dan penyanyi, Danny X-Factor tidak akan meninggalkan pekerjaan sebagai pemandu e-hailing meskipun kini kembali sibuk dengan kerja-kerja di belakang tabir sebagai penerbit atau pengurus produksi.
Menurut Danny atau nama sebenarnya Mohd Kardanie Anwa, dia kini lebih gemar melakukan pekerjaan e-hailing berbanding berlakon kerana ia mampu menjana pendapatan setiap hari.
“Selain kembali aktif di belakang tabir, saya masih bekerja sebagai pemandu e-hailing sejak 2017. Isteri saya seorang pramugari dan bila dia bekerja, saya akan jaga anak.
“Bila dia balik, saya akan sambung buat e-hailing. Kalau ada tawaran berlakon, saya akan fikir panjang. Kalau buat e-hailing, kita ada duit hari-hari.
“Saya lebih suka buat e-hailing daripada berlakon. Ia juga salah satu cara saya cari kenalan. Pada masa sama, saya juga seorang ejen insurans.
“Saya suka buat macam-macam kerja. Tiadalah duduk termenung sahaja. Saya juga fikir masa hadapan. Kalau sakit, tak perlulah dengar artis minta bantuan,” katanya kepada MH.
Bekas anggota kumpulan X-Factor itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media drama Sebelum Titik Noktah, di Bungalow 37, Bangsar pada Khamis.
Katanya lagi, dia juga sanggu keluar awal pagi untuk mencari penumpang sebelum datang ke set penggambaran.
“Seronok dan berbaloi. Kalau kerja produksi, sekali dapat bayaran, terus habis tapi kena duduk di set. Kalau buat Grab, hari-hari ada duit nak bayar segala bil.
“Kalau ada tawaran berlakon, saya tetap aktifkan aplikasi e-hailing. Saya akan keluar pukul tiga atau empat pagi untuk cari penumpang. Pukul 10 pagi saya masuk ke set,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Danny juga bersyukur kerana isterinya itu menerima pekerjaannya dengan baik dan menghargai usahanya untuk mencari rezeki buat keluarga.
“Apa yang saya lihat sejak akhir-akhir ini, ramai artis punyai masalah kewangan. Seperti isteri saya, dia menerima saya seadanya.
“Kata isteri, pergilah keluar bekerja dan dapat RM50 pun cukuplah. Mana-mana isteri nak tengok suami bekerja saja.
“Tiadalah kita asyik nak meminta-minta sahaja. Duit rokok pun minta isteri. Lagipun pekerjaan ini tidak menyusahkan orang. Anak saya pun gembira,” kongsinya lagi.
Lantaran itu, Danny turut menasihatkan buat rakan-rakan artis untuk membuang perasaan malu dan mencuba pekerjaan e-hailing ini.
“Bila buat e-hailing, kita ada pendapatan hari-hari. Buat artis-artis yang tiada job, daripada duduk sahaja, lebih baik gunakan kereta anda dan mulakan pekerjaan ini.
“Tapi saya faham, ada yang malu nak buat tapi terpulanglah kepada anda,” akhirinya.
Sementara itu, Danny bakal muncul dalam drama bergenre fiksyen dan thriller iaitu Sebelum Titik Noktah yang ditayangkan bermula 11 November, setiap Isnin, jam 11 malam menerusi Saluran 120 di Unifi TV.
Drama terbabit turut dibintangi Aiman Hakim Ridza, Puteri Balqis, Noki, Shabby, Mathni Razak, Alif Muhaimin dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sedang diulit bahagia, pelakon Siti Hariesa tidak menafikan dia berhasrat untuk menamatkan zaman bujangnya dengan pasangan hati yang masih dirahsiakan.