Isu kisah kecurangan dan cinta  lokasi yang hangat diperkatakan dalam industri hiburan tempatan turut mendapat perhatian daripada Persatuan Seniman Malaysia.

Pengerusinya, Zed Zaidi, 43, menegur para pelakon supaya mengelak daripada terjebak bermain cinta lokasi supaya tidak memberikan masalah kepada syarikat produksi.

Menurutnya, perbuatan tidak profesional itu bukan saja mencalarkan imej pekerja filem atau drama malah mendatangkan kecaman andai membabitkan hubungan terlarang antara suami atau isteri orang.

“Daripada sudut pandang Seniman, diharap semua pelakon dapat bersikap profesional.

Zed Zaidi Tegur Pelakon Elak Terjebak Cinta Lokasi; “Set Penggambaran Bukan Tempat Untuk Bermain Cinta.”

“Jangan jadikan method atau menghayati watak sebagai alasan kerana perkara yang tak diingini itu boleh berlaku andai pelakon sendiri terbawa-bawa perasaan.

IKLAN

“Set penggambaran bukan tempat untuk seseorang pelakon bermain cinta sebaliknya tumpukan kepada niat untuk mencari rezeki.

“Jangan terjebak dengak cinta lokasi. Kita sebenarnya akan susahkan diri sendiri dan orang lain,” katanya kepada MH.

Zed berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran menandatangani hubungan kerjasama di antara Kami Sempoi International Agensi (TikTok) dan kelab wanita ikon Malaysia kempen CSR ‘Are You Okay?’ yang diadakan di Quill City Mall, Kuala Lumpur pada Sabtu.

IKLAN

Kata Zed lagi, Seniman tidak mempunyai kuasa untuk campur tangan terutama apabila ada dalam kalangan penggiat seni meminta aktres itu digam stesen televisyen.

Zed Zaidi Tegur Pelakon Elak Terjebak Cinta Lokasi; “Set Penggambaran Bukan Tempat Untuk Bermain Cinta.”

Menurut Zed, andai isu berkenaan membawa kepada kes mahkamah barulah persatuan boleh mengambil tindakan mengikut garis panduan yang sepatutnya.

IKLAN

“Tindakan hanya boleh diambil selepas mahkamah tentukan seseorang itu bersalah,” katanya.

Terdahulu kisah rumah tangga pasangan pelakon Aliff Aziz dan Bella Astillah hangat diperkatakan apabila aktres Sophia Albarakbah dikatakan cuba ‘menyondol’ aktor tersebut selepas mereka digandingkan menerusi sebuah drama baru-baru ini. 

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI