Bintang antarabangsa, Zayn Malik berkongsi berita gembira buat para peminat mereka seluruh dunia apabila memaklumkan pasangannya, model Gigi Hadid telah selamat melahirkan bayi perempuan pada malam Rabu.
Perkara tersebut disampaikan penyanyi itu menerusi Instagram.
“Bayi perempuan kami, sihat dan cantik. Suka untuk mengambarkan bagaimana perasaan sekarang.
“Cinta yang saya rasakan untuk si kecil ini tidak dapat saya ungkapkan. Bersyukur mengenalinya, bangga memanggilnya milik saya, dan bersyukur dengan kehidupan yang kita akan hidup bersama,” tulisnya.
Pelakon Rita Rudani ada berkongsi tentang kebaikan mengenai surah Al-Kahfi bersama pengikutnya.
Kongsi Rita atau nama penuhnya Rita Rudaini Mokhtar, surah Al-Kahfi ini mempunyai banyak kebaikan dan manfaat kepada umat Islam yang membacanya.
“Al kahfi surah ni ada 110 ayat…ya panjang…bila ada masa lebih baca lah 1 surah…tp ALLAH mmg bg kita mudah…DIA ckp baca ayat 1-10 dan 10 terakhir pon DIA dah bg hadiah…tu pon kita kata xboleh buat ke? Xsampai 5mnt kan.
“klau DIA bg masa kt kita utk hidup,xkan kita xle luangkan masa 5mnt baca ayat 1-10 dan 10 terakhir Al kahfi? …punya DIA syg kt kita,DIA permudahkan lg…tu pon kita liat nak baca apatah lg nak buka AL-QURAN,” tulisnya.
Dalam pada itu, ibu kepada dua orang cahaya mata ada memberi nasihat kepada mereka yang mahu berubah kearah kebaikan seterusnya mendapat ganjaran pahala dariNya.
“Amalkan setiap jumaat dan lps solat fardhu sblm kita bgn jlnkan tugas kita kt dunia…xpa,blum cukup baik,blum cukup alim,blum cukup mulia,blum cukup itu ini,kerana itu manusia yg judge …yg adil judge kita adalah DIA…
“nk berubah,nk bc Quran,malu takut kena perleceh dgn kwn2? Xpaaa..bukan depa yg tolong kita kt sana nnti…biaq lah kita mcm mana keji,jahat,byk dosa ka..yg penting bila kita dah mula solat,dah mula pegang n bc quran,bermakna DIA sedang tarik tgn kita ke arah DIA…xrasa terharu ka? Xrasa bangga ka DIA masih syg kt kita walaupon kita ni sekeji2 sehina2 makhluk yg byk dosa dgn DIA? Syukur..di beri peluang utk berubah…
“Syukur,di tegur cara lembut oleh DIA …buatlah,walau pon kdg2 xcukup lama2 akan lengkap..insyaallah ‘itulah’ yg merawat hati kita yg rosak utk pelan2 berjln ke arah DIA…
“Siapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran, maka baginya satu kebaikan dengan bacaan itu dan satu kebaikan digandakan menjadi 10 kebaikan yang serupanya. Aku tidak mengatakan Alif Lam Mim satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” (Riwayat al-Tirmizi)
“Nabi saw bersabda :”Barangsiapa yang menghafaz 1-10 ayat dari surah Al-Kahfi di pelihara dan di selamatkannya dari Fitnah Dajjal”.
“Nabi SAW berkata : “Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.” SALAM JUMAAT,” tulis Rita panjang lebar.
Pelakon, Azhar Sulaiman ada berkongsi berita yang memaklumkan kakak sulungnya, Kamariah Sulaiman yang telah pergi mengadap Illahi kira-kira jam 11.58 malam Isnin.
Berita tersebut dikongsi Azhar menerusi laman media sosial Instagram miliknya.
Lalu, pelakon berusia 49 tahun ini meminta jasa baik ramai agar mendoakan arwah kakaknya.
“Al fatihah buat Arwah Kakak Sulong Mami, Kak Kamariah Sulaiman.
“Semoga Allah akan menempatkan Arwah Kakak Mami bersama orang orang yang beriman. Amin.,” tulisnya.
Penyanyi Siti Sarah secara profesional bertemu wakil masyarakat Orang Asli khusus bagi membuat memohon maaf secara terbuka berkaitan isu melibatkan dirinya dengan suku kaum tersebut baru-baru ini yang mencetuskan tular.
Pertemuan tersebut berlangsung pada malam Selasa.
Menerusi satu perkongsian video di IG TV miliknya, Sarah dilihat ditemani pengurus bagi bertemu secara empat mata dalam menyampaikan hasrat yang antara lain turut meluahkan isi hati.
“Dengan penuh rasa bersalah dan menyesal, saya minta maaf kepada semua masyarakat Orang Asli.
“Walaupun saya tahu, kehadiran saya di sini tidak mencukupi… saya tahu di Malaysia, kita ada kira-kira 18 suku kaum (Orang Asli).
“InsyaAllah selepas malam ini, saya akan buat surat permohonan maaf secara bertulis melalui wakil persatuan atau jabatan Orang Asli,” katanya.
Pertemuan yang cukup tertib sebagaimana yang dikongsikan Sarah mendapat reaksi positif ramai.
Rata-ratanya memuji pendirian selebriti tersebut yang dilihat cuba tampil bagi menjernihkan keadaan.
Dalam pada itu, Sarah pada ruangan kapsyen pada entri tersebut sekali lagi memohon maaf atas khilaf yang telah berlaku.
Atas rasa kesal, penyanyi lagu Manis ini turut menyifatkan apa yang berlaku sebagai pengajaran.
“Saya, Siti Sarah dengan rendah hati, menyusun 10 jari memohon maaf kepada masyarakat Malaysia terutama kepada 18 suku kaum Orang Asli atas kekhilafan diri saya yang menguris hati masyarakat Orang Asli.
“Sesunguhnya tidak lintas dan terniat untuk saya melukakan hati Orang Asli. Sebagai manusia biasa tidak lari daripada melakukan kesilapan, Sarah juga sama.
“Sarah kesal dan menyesal atas apa yang berlaku.
“Dan apa yg terjadi ini akan menjadi satu pengajaran bukan sahaja untuk sarah tapi juga kepada masyarakat diluar sana.
“Sekai lagi, saya memohon maaf secara terbuka kepada semua masyarakat komuniti Orang Asli atas apa yg terjadi. Maafkan Sarah,” tulisnya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pengacara, Kamal Adli mengakui teruja apabila berpeluang menyaksikan sendiri pengalaman pertama anak tunggalnya, Hawra Uqaira di prasekolah.