Kembali semula ke set penggambaran, pelakon Zahirah Macwilson mengakui terlalu merindui anak lelakinya, Isaac Raees yang ditinggalkan sepanjang dia sedang bekerja.
Berkongsikan perkara itu di laman Instagram miliknya, Zahirah atau nama sebenarnya, Nur Zahirah Macwilson Zainol Macwilson, 27, berkata dia tidak sabar untuk pulang ke rumah setiap kali selesai melakukan tugasannya di luar.
“Saya suka berlakon, tapi sejak bergelar seorang ibu, ia sedikit sukar untuk saya melakukannya (kembali berlakon).
“Namun begitu, akhirnya selepas dua setengah tahun, saya kembali semula berlakon drama bersiri.
Ads
“Setiap hari saya berada di set, sangat rindukan my Isaac.
“Perkara yang paling saya tunggu-tunggu setiap hari ialah apabila dia datang berlari ke arah saya sambil menjerit ‘mummy’ setiap kali saya balik bekerja,” tulisnya.
Penyanyi Datin Seri Nur Heliza Helmi memaklumkan dia sekeluarga telah berangkat ke tanah suci Mekah bagi menunaikan ibadah haji.
Heliza berkongsi khabar berita itu bersama lampiran foto sebelum berlepas dari Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menerusi hantaran terkini di Instagram miliknya.
Di dalam titipannya, Heliza sekeluarga memohon maaf sekiranya ada keterlanjuran dan kekhilafan yang pernah dilakukan.
Selain itu, penyanyi berusia 36 tahun ini juga memohon doa orang ramai agar segala urusannya dipermudahkan.,
“Labbaikallahumma Labbaik. Labbaika Laa Syarikalaka Labbaik. Innalhamda Wan Ni’mata Laka Wal Mulk Laa Syarikalakalah.
“Aku memenuhi panggilanMu ya Allah, aku memenuhi panggilanMu. Aku memenuhi panggilanMu tiada sekutu bagiMu aku memenuhi panggilanMu.
“Sesungguhnya pujian dan ni’mat adalah milikMu begitu juga kerajaan tiada sekutu bagiMu.
“Kami sekeluarga memohon ampun dan maaf sekiranya ada kesalahan, kesilapan, kekurangan, kekhilafan, kecuaian dan apa apa sahaja, mohon ampun dan maaf.
“Doakan kami semua. Doakan agar semua jemaah mendapat Haji Mabrur Kami juga mendoakan kalian dijemput menjadi tetamu Allah tidak lama lagi. Aamiin,” tulisnya.
Selepas mencipta fenomena di seluruh platform media sosial menerusi lagu Hal Hebat, band Indonesia, Govinda akui teruja apabila berkesempatan berkolaborasi bersama penyanyi popular, Ernie Zakrie untuk menerbitkan lagu Hal Hebat versi Malaysia.
Menurut vokalisnya, Irfan, Govinda sememangnya mengagumi bakat nyanyian Ernie yang disifatkan memiliki suara emas.
“Sejujurnya kami amat senang apabila lagu Hal Hebat ini turut mendapat sambuat luar biasa di Malaysia. Kemudian, kami pula mendapat tawaran yang sangat menarik untuk menerbitkan lagu ini dalam versi duet edisi Malaysia hasil kolaborasi dengan Ernie Zakri
“Rasanya tidak keterlaluan untuk kami menyifatkan Ernie sebagai salah seorang penyanyi wanita terbaik di Malaysia. Sebelum ini, kami cari tahu juga latar belakang Ernie, ternyata dia merupakan salah seorang diva dan penyanyi kesukaan ramai di Malaysia.
“Bila kami mendengar suara Ernie, ternyata nyanyian dan penghayatannya sangat bagus. Ketika sesi rakaman, kami dan syarikat rakaman juga rasa sangat puas. Jadi, kami tak sabar untuk lancarkan lagu ini hari ini,” katanya kepada MH.
Ernie dan Govinda ditemui ketika sesi sidang media pelancaran lagu Hal Hebat versi Malaysia yang diadakan pada Jumaat.
Meskipun mempunyai waktu yang singkat, Ernie menyifatkan kerjasama bersama Govinda sememangnya satu pengalaman yang tidak akan dilupakannya.
“Bila mendapat tawaran untuk menyanyikan lagu Hal Hebat, saya teruja kerana saya tahu lagu ini sangat popular. Ketika itu, saya berbincang dengan pihak Rocketfuel untuk perancangan lagu ini kerana saya sebolehnya mahu kerjasama ini berjalan dengan baik.
“Masa yang ada di Jakarta sangat terhad. Saya perlu membuat rakaman dan jalani penggambaran pada minggu yang sama. Kerjasama dengan Govinda dan vokal produser di sana merupakan pengalaman yang sangat menakjubkan,” katanya.
Ketika ditanya, adakah dia bimbang dengan penerimaan peminat terhadap kolaborasi ini, isteri kepada penyanyi, Syamel ini memberitahu, meskipun terdapat sedikit kelainan, dia tetap tidak akan mengubah keseluruhan lagu tersebut
“Saya juga sebenarnya agak risau kerana vibes suara vokalis Govinda ini sudah sangat kuat dan serasi dengan lagu ini. Jadi, bila saya nak menyanyikan lagu ini, sudah tentu saya kena beri kelainan dan menjadi diri sendiri. Team Govinda juga sangat membantu.
“Walaupun saya nak buat kelainan, tapi saya tidak mahu mengubah konteks, vibes dan energi yang dah diberikan Govinda. Seperti kita tahu, bila sesuatu lagu itu sudah diterima jutaan telinga, bila buat perubahan, kita kena pastikan ia memberi impak pada pendengar.
“Vocal Acrobatic pun kita ada letakkan sedikit sebab peminat di Malaysia sukakan begitu. Vocal producer pun mungkin ada buat reseach dengan teknik nyanyian saya,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Ernie turut mendedahkan dia mengabadikan kisah cintanya bersama suami bagi mendapatkan sepenuh penghayatan ketika menyanyikan lagu ini
“Maksud lagu Hal Hebat ini sangat indah bagi saya. Kadang-kadang bila dalam perhubungan ini, kita tak sangka yang pergaduhan itu membuatkan nafsu amarah membuak-buak sampai kita terlupa untuk menghargai orang yang kita sayang.
“Bila saya rakam lagu ini, memang ada sedikit kesayuan di dalam hati sebab bila kita berbicara mengenai penghargaan pada orang yang kita sayang, memang amat besar maknanya.
“Liriknya juga sangat puitis. Lagu ini mengingatkan saya kepada suami. Bila menyanyi pun saya membayangkan dia. Sangat besar makanya lagu ini buat diri saya secara peribadi,” akhirinya.
Hal Hebat edisi Malaysia kini boleh mula didengari diseluruh platform penstriman manakala muzik videonya pula boleh ditonton disaluran Youtube My Music Record bermula 23 Julai ini jam 5 petang.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Ernie Zakri & Govinda
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Polis meminta agar pelakon dan penyanyi, Lufya Omar untuk memberikan kerjasama bagi membantu siasatan berhubung kes cubaan menculik yang didakwa berlaku di sebuah taman permainan di Kota Damansara, Selangor pada 26 Jun lalu.
Memetik laporan Astro Awani, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid mahu Lufya membawa anaknya yang berusia 5 tahun ke balai polis bagi merekodkan keterangan berhubung insiden tersebut.
Katanya lagi, pihaknya juga ingin mendapatkan lakaran wajah (fotofit) suspek bagi membuat hebahan awam.
“Polis sudah menghubungi Lufya dan sekarang masih menunggu kerjasama daripadanya,” katanya,” katanya seperti yang dipetik.
Tambah Fakhrudin, kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik.
Pada Jun lalu, MH melaporkan mengenai insiden yang menimpa Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar, 37, mendakwa cedera di bahagian kepala dan badan akibat dipukul dengan kayu oleh seorang lelaki dalam cubaan menculik anaknya, Laana Haura.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Astro Awani & Instagram Lufya Omar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelawak Jep Sepahtu mencuri perhatian apabila menitipkan nukilan istimewa menerusi ruangan Direct Message (DM) Instagram buat pemain bola sepak kegemarannya, Cristiano Ronaldo yang bakal mengetuai cabaran Portugal di kejohanan Piala Dunia FIFA 2026.