Usahawan dan penaja utama Konsert Rock Legend Berzaman, Kak KM percaya konsert ini mempunyai daya tarikan tersendiri meskipun tarikhnya bertempung dengan program berprestij, Anugerah Juara Lagu ke-38 pada 3 Mac depan.

Menurut Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli, kesemua artis-artis lagenda ini mempunyai pengikut yang besar dan setia sejak awal kemunculan mereka di dalam industri seni.

“Yang Penting, Kami Lebih Menyengat,” – Konsert Rock Bertembung Dengan AJL38, Kak KM Yakin Optimis

“Kami tiada niat nak bersaing dengan mana-mana program. Bagi saya, konsert ini mempunyai kekuatan yang tersendiri. Begitu juga dengan AJL.

“Yang pastinya konsert kami akan lebih menyengat dan ramai sebab konsert seperti ini, kita tak buat setiap tahun. AJL tiap-tiap tahun ada.

“Ini konsert pertama kami dan kami berani untuk membariskan para penyanyi lagenda. Kami bayar mahal untuk undang mereka ke konsert ini. Takkanlah tiada yang nak tengok,” katanya kepada MH.

Anak kepada pelakon senior, Normah Damanhuri itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media Konsert Rock Legend Berzaman baru-baru ini.

IKLAN

“Yang Penting, Kami Lebih Menyengat,” – Konsert Rock Bertembung Dengan AJL38, Kak KM Yakin Optimis

Ditanya mengenai tarikh konsert yang agak hampir dengan kedatangan bulan Ramadan, Liana memaklumkan ini merupakan antara cara para penggiat seni kreatif mencari rezeki.

“Pada saya, puasa tetap puasa. Kita tetap akan beribadat seperti biasa. Namun, kita bukan buat konsert pada bulan Ramadan. Hidup harus diteruskan.

“Perkara-perkara ini bukan percuma. Ini merupakan bidang dan cara kami mencari rezeki,” ujarnya lagi.

IKLAN

“Yang Penting, Kami Lebih Menyengat,” – Konsert Rock Bertembung Dengan AJL38, Kak KM Yakin Optimis “Yang Penting, Kami Lebih Menyengat,” – Konsert Rock Bertembung Dengan AJL38, Kak KM Yakin Optimis

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi RAR Sky Entertainment, Rose Azlin Rosli memaklumkan konsert ini juga membuka peluang pekerjaan buat para vendor baharu mencari rezeki menjelang sambutan Ramadan dan Syawal.

“Sebahagian daripada hasil jualan tiket, kita akan dermakan kepada tabung Palestin. Itu memang niat kita. Malah, pada bulan puasa, kita perlukan persediaan.

IKLAN

“Jadi, kami buka peluang untuk para vendor bekerja terutamanya dalam penyediaan baju kru, pembuatan tiket dan pemasaran.

“Mereka semua adalah syarikat baharu. Kita bagi mereka peluang termasuklah artis yang buat persembahan.

“Ini cara mereka cari rezeki dan memikul tanggungjawab buat keluarga terutama dengan kehadiran bulan Ramadan dan Syawal,” katanya.

Konsert Rock Legend Berzaman yang menampilkan barisan penyanyi seperti Muss, Zamani Slam, Amir Ukays, Ameng Spring, Ezad Lazim, Shidi Data, Azan Scan, Poey Sting dan Hazama akan berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.

Tiket sudah pun mula dijual bermula dari harga RM198 sehingga RM358.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI