Penyanyi popular Indonesia, Titi DJ sangat mementingkan penampilannya. Jadi tidak hairanlah jika dia sanggup menjalani pembedahan bagi menjadikan wajahnya tampil lebih muda.

Menjalani pembedahan wajah yang dikenali sebagai facelift, pelantun lagu popular Sang Dewi itu berkongsi kepada umum pengalamannya setelah melakukan pembedahan kira-kira setahun lalu.

Tak Boleh Tidur Terlentang Usai “Facelift”. Kini Titi DJ Tampil Muda Pada Usia 57 Tahun

“Pada beberapa malam pertama saya tidak boleh tidur terlentang, jadi saya tidur dalam kedudukan setengah duduk.

“Saya juga menggunakan beberapa bantal supaya tidak terlalu banyak berubah kerana ia untuk peredaran darah yang lancar dan mungkin ada kesan jika contohnya tidur telentang boleh membuatkan badan tidak selesa,” kongsinya dalam acara Beauty Talk 2024.

IKLAN

Walaupun begitu, melakukan pembedahan bukanlah tiket untuk rasa selesa. Pemakanan dan gaya hidup perlu dijaga sebaik mungkin.

Tak Boleh Tidur Terlentang Usai “Facelift”. Kini Titi DJ Tampil Muda Pada Usia 57 Tahun

IKLAN

“Setelah melakukan pembedahan kita harus memerhatikan apa yang dimakan dan menjaga gaya hidup sangat membantu. Misalnya, berhenti merokok dan berhenti minum alkohol. Kedua-dua ini mempengaruhi hormon. Juga jangan lupa bersukan,” tambahnya lagi.

Biarpun sudah pulih sepenuhnya, Titi DJ menegaskan yang dia tetap melakukan pemeriksaan secara berkala bagi memastikan tiada kesan sampingan.

IKLAN

Imbas kembali, pembedahan facelift tersebut dilakukan di salah sebuah hospital kecantikan terkemuka di Korea Selatan yang terkenal dengan kepakaran dalam merawat wajah.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI