Pelakon dan model, Ainul Aishah mengumumkan yang dia kini sedang mengandung cahaya mata sulung bersama suaminya, Khalid Redzuan.

Berkongsi berita tersebut di Instagram, Ainul yang tampil cantik berhijab dalam foto yang dimuat naik kelihatan memegang bahagian perutnya yang semakin membesar bersama suami yang tersenyum melihat ke dalam cermin.

“Sewaktu trimester pertama saya, kami jarang keluar bersama kerana saya rasa kurang sihat setiap hari. Saya ada banyak gambar saya kelihatan seperti orang mati dalam album suami.

“Tetapi ini gambar kami dan mungkin ini antara yang paling saya sukai ketika ini, mengharungi trimester kedua dan kandungan yang jelas kelihatan,” kongsinya menggambarkan keadaan diri.

IKLAN

Sebelum itu dalam hantaran yang terlebih dahulu dimuat naik, pelakon filem Nana Tanjung ini berkongsi mengenai perasaan saat mengetahui dirinya mengandung.

“Kami gembira untuk berkongsi berita tentang kegembiraan baharu ini. Terima kasih Allah kerana memberikan degupan jantung yang ajaib ini bersama-sama dengan saya dalam tubuh saya.

IKLAN

“Saya sudah lama ingin menjadi seorang ibu tetapi saya tidak tahu sama ada saya mempunyai rezeki untuk memilikinya. Saya sangat gembira apabila saya mendapat tahu bahawa saya hamil. Saya yakin perancangan Allah untuk saya dan suami,” ujarnya.

IKLAN

Imbas kembali, Ainul dan suami telah melangsungkan perkahwinan pada 20 September 2022.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI