Hari ini merupakan ulang tahun kelahiran bintang terkenal, Zizan Razak yang ke-36. Serentak dengan tarikh istimewanya itu, bintang Polis Evo ini ada menitipkan dedikasi hari jadi buat dirinya di Instagram.
Kongsi Zizan, dia berdoa agar terus menjadi insan cemerlang dan berjaya serta senantiasa dimurahkan rezeki.
Malah, harapannya moga dipercepatkan jodoh yang baik turut mengundang perhatian ramai.
Usahawan, Mawar Abdul Karim baru-baru ini telah diundang menjadi tetamu istimewa di stesen radio Kool FM.
Antara lain, bekas isteri pelakon Fizo Omar ini ada berkongsi krisis perniagaan yang dihadapi setelah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan seluruh negara akibat penularan wabak Covid-19.
Akui Mawar, situasi bisnesnya agak merudum melibatkan hampir separuh secara totalnya.
“Setakat ini Alhamdulillah dan sudah semestinya peniaga seperti kami ni agak terjejaslah, 50 ke 60 peratus pasti terjejas sebab kami dalam bidang fesyen.
“Jadi sekarang ni orang tidak tumpu dalam bidang fesyen, orang lebih tumpukan pada makanan dan barang keperluan sebab kalau tidak ada kepentingan orang tidak membeli,” terangnya.
Di samping itu, pengasas jenama tudung Fareeda ini juga berkata, kehadiran bulan ramadan dan syawal pada tahun ini bakal disambut dengan bersederhana.
“Cuma kita buat tempahan awal untuk bulan puasa nanti kebetulan nasib baik nanti akan ada bulan puasa dan raya.
“Sambutan raya tahun ini sudah semestinya semua orang ala kadar sahaja, semua orang akan buat syarat sahaja,” kongsinya lagi.
Baru-baru ini, isu mengenai kaedah mengagihkan bantuan melibatkan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew hangat diperkatakan di media sosial.
Masing-masing memberikan pendapat sendiri hingga mengundang reaksi bercampur-campur di kalangan netizen.
Lalu, isu tersebut mendapat perhatian ramai termasuk Zarina Anjoulie. Menurutnya, Ustaz Ebit tidak sepatutnya menerima kecaman kerana dia hanya menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan.
“So, today Anju nak ceritakan pasal topik yang dua tiga hari viral ni pasal Ustaz Ebit Liew. Ada segelintir pihak yang kecam dia, membuat tohmahan macam-macam dekat dia.
“First of all, Anju nak cakap, he has inspired me to do a lot even in his charity work sebab I selalu stalk video dia memang I suka gila.
“What I like about him is cara pendekatan dia. Bila I tengok video macam mana dia treat his wife and family, he is very gentle type and give you gentle approach,” katanya.
Menerusi video berdurasi lebih tiga minit itu, Zarina antara lain turut menegaskan, segala usaha yang telah dilakuan Ebit sebelum ini ternyata memberi inspirasi buatnya untuk sentiasa memperbaiki diri untuk melakukan kebaikan.
“Secara tak langsung bila you tengok video dia dengan family, membuatkan I nak buat benda yang sama dengan my family.
“This is the vibe that I got. Cara pendekatan dia tu bagus dia membuatkan ramai orang terdetik nak buat perkara baik.
“Sebab tu bila dia buat charity tu semua, secara tak langsung membuka mata ramai orang untuk sama-sama menolong terutama ketika PKP ni,” kongsinya menerusi IG TV di Instagram.
Jelasnya lagi, segala video yang dikongsi pendakwah tersebut bertujuan untuk mengelak fitnah dan menyemai rasa perihatin di kalangan rakyat Malaysia.
“So I do not understand kenapa ada ustaz yang nak kecam dia dan lepas tu nak kata dia tangkap gambar and sebar aib dekat rumah orang miskin konon jatuh hukum haram.
“First of all, macam mana kau tahu perkara tu memalukan? Orang tu malu ke? Macam mana kau tahu perasaan orang tu,” jelasnya lagi.
Pendapat tersebut dikongsikannya menerusi entri terkini di laman Instagram miliknya.
Pada masa sama, Zarina turut menasihati orang ramai supaya sentiasa bersangka baik dan tidak melakukan tuduhan secara melulu.
“Orang tu bersyukur berterima kasih okay. The reason why Ustaz Ebit Liew took that picture is because itu duit dana kedua, nak tingkatkan sifat perihatin dalam kalangan rakyat Malaysia ni.
“Kalau dia tak tunjuk nanti ada pula yang tanya mana pergi duit dana semua. Orang dah kasi duit bukan nak kata pemberi tu demand, tapi it’s better to do that supaya tak timbulnya fitnah,” jelasnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat Zarina selain turut mendoakan agar Ustaz Ebit diberi kekuatan untuk terus melakukan usaha amal tersebut.
Pelawak dan hos, Harith Iskander berkongsi kenyataan yang dikeluarkan Dr Musa Nordin mengenai empat fakta yang harus dititikberatkan dalam menangani penyebaran wabak Covid-19 di Malaysia.
Jelas Dr Musa, barisan menteri seharusnya menunjukkan kepimpinan melalui tauladan kepada rakyat dengan mengadakan jarak sosial, dan tidak sekali-kali membuat kempen dengan sekumpulan besar pertahanan yang kemudiannya disiarkan di kaca televisyen.
Dia turut menegaskan sekatan secara tegas harus diadakan di kawasan merah kes jangkitan Covid-19 tanpa membenarkan mana-mana individu keluar mendapatkan barangan asas.
Malah isu kuarantin diri sendiri di rumah disifatkan sebagai tidak berjaya kerana ia hanya merisikokan keluarga. Jelasnya, individu yang pulang dari luar negara harus diasingkan di tempat tertentu, bukan pulang ke rumah dan kuarantin diri.
Dia memberi contoh yang berlaku di Amerika Syarikat di mana seorang individu dikuarantin di rumah bersama tujuh anggota keluarga dan telah menyebabkan empat anggota keluarga meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19.
Dr Musa turut meluahkan kebimbangan terhadap negara jiran, Indonesia. Luahnya Indonesia bagaikan ‘time bomb’ yang boleh meletup bila-bila masa akibat Covid-19. Dia meminta Majlis Keselamatan Negara (MKN) memperketat kawalan di sempadan agar tiada kemasukan haram warga Indonesia ke Malaysia yang akan menyebabkan risiko jangkitan kluster yang lebih besar.
“Dato Dr Musa Nordin (KPJ) Recorded March 23rd
“The passion is obvious. The concern is real. @drmusanordin examples are clear (family isolation at home of persons returning from overseas doesnt work) and most interesting to me is his third point about Indonesia being a time bomb and the possibility of illegal migration through our borders (I include sea as well as air) of infected carriers … a point I think we all need to start thinking about.
Stay safe!
#FightCovid19
#stayhome,” kongsi pelawak itu.
Terbaru, lebih 200 pendatang tanpa izin (PATI) terdiri daripada etnik Rohingya ditahan di pantai berhampiran sebuah pusat peranginan di Kampung Teluk Nibong, di Langkawi, hari ini.
Etnik Rohingya terdiri daripada 152 lelaki, 45 wanita, empat kanak-kanak lelaki dan seorang perempuan itu ditahan jam 8.45 pagi tadi.
Menurut laporan Harian Metro, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) turut menyiasat aduan dibuat PATI mengenai pembabitan empat individu sebagai dalang dalam kes penyeludupan migran itu.
Foto : Instagram Harith Iskander
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
KUDRAT 1968: High Council terus mencipta impak luar biasa apabila pengaruh siri premium Astro Original itu bukan sahaja hangat diperkatakan penonton, malah mula berkembang menjadi satu budaya ‘fandom’ tersendiri.