Bersempena dengan perlawanan bola sepak final Piala AFF Suzuki semalam melibatkan skuad negara, penyanyi Zizi Kirana ada menyanyikan lagu single terbarunya dalam versi cover version khusus buat pecinta sukan bola sepak tempatan.

Sepotong video sekitar seminit itu telah dimuat naiknya menerusi Instagram lengkap dengan liriknnya sekali.

“Siapa Yang Dap Dap ??
Siapa Yang Bap Bap ??
Siapa Yang Hebat ??
Siapa Yang Juara ??
Zizi Sokong Squad Harimau Malaya
Siap Sedia Ekor Harimau Malaya

“Nak Habaq Malam Ini 2x
Harimau Malaya Kasi Pusing 2x
In The Field Tetap Fokus Dalam 1 Visi
Vietnam Biar Nangis Peluk Bantal Guling

“Meledak Macam C4 2x
Harimau Malaya Kasi Mantap2x
Selamanya Semangat Malaysia Boleh Pasti Boleh
Vietnam Jangan Kasi Bawa Ole2x,” tulisnya.

Bagaimanapun, aksi dan nyanyian Zizi telah disalah erti dan pastinya, ada di antara komen yang diterima Zizi berbaur nakal daripada netizen.

IKLAN

Zizi ketika dihubungi MH menjelaskan, dia sudah lali dengan setiap kata yang diterima netizen, lebih-lebih lagi yang melampau dan ‘tak masuk akal’.

Baginya, setiap apa yang dibuat perlulah dilihat daripada sudut positif.

“Saya sebenarnya sudah lali. Bukan pertama kali kena lempar dengan macam-macam kata netizen. Kalau dilihat daripada sisi postif, positiflah ia,” jelasnya.

Pada masa sama, penyanyi yang turut popular dengan lagi Nak Ke Tak Nak ini juga mengakui dia gemar melihat semangat yang ditunjukkan rakyat Malaysia dalam memberikan sokongan buat pasukan negara.

IKLAN

“Tapi yang positifnya, bila saya muat naik video tersebut kita boleh nampak begitu kuat sokongan rakyat Malaysia pada pasukan bola sepak kita. Yang mana beri komen nakal tu ibaratnya macam tak fokus dengan lirik yang saya sampaikan,” kata Zizi lagi.

Tambah Zizi, apa yang dilakukannya itu seperti disalah erti sesetengah netizen.

IKLAN

“Saya nak berikan semangat kat mereka, tetapi ada yang nakal-nakal pula fikiran dah terbawa jauh kelaut,” terang Zizi.

Pasukan Harimau Malaya akan turun ke Vietnam minggu depan bagi menamatkan perlawanan kedua Piala AFF Suzuki.

Foto: Instagram Zizi Kirana

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI