Pelakon Reen Rahim ada berkongsi aktivitinya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP) yang bermula sejak beberapa hari lalu.

Bintang filem Town Mall ini memuat naik beberapa video, mengambil peluang untuk bersama-sama ibu dan bapanya untuk sama-sama membaca al-Quran.

Bagaimanapun, menerusi perkongsian tersebut, para pengikutnya di Instagram terhibur dengan gelagat Reen yang dilihat takut-takut membaca ayat suci al-Quran sambil disemak ibunya yang disifatkan tegas.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Reen Rahim (@reenrahim)

Lebih menghiburkan, bapanya turut berdiri di belakang pelakon tersebut mengawasi anaknya sambil memegang penyangkut baju di dalam salah satu video yang dimuat naik.

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Reen Rahim (@reenrahim)

“Korang jangan kasar mcm aku tau, sbb aku mmg lanun sikit kat rumah,” tulisnya bergurau menerusi paparan video yang sudah pun mendapat hampir 300,000 kali tontonan itu.

Lalu, perkongsian pelakon tersebut nyata mendapat reaksi pelbagai netizen yang antara lain turut memuji hubungan akrab serta aktiviti berfaedah yang dilakukannya sepanjang tempoh PKP kali ini.

IKLAN

Malah ada juga yang turut mengimbas pengalaman hampir sama bersama ibu ayah masing-masing.

IKLAN

“Yang Belakang Dah Standby Hanger,” – Isi Masa Baca Quran Dengan Mak Ayah, Perkongsian Reen Rahim Buat Ramai Kenang Memori “Yang Belakang Dah Standby Hanger,” – Isi Masa Baca Quran Dengan Mak Ayah, Perkongsian Reen Rahim Buat Ramai Kenang Memori “Yang Belakang Dah Standby Hanger,” – Isi Masa Baca Quran Dengan Mak Ayah, Perkongsian Reen Rahim Buat Ramai Kenang Memori

Sekadar info, Reen atau nama sebenarnya, Noreen Ashikin Abdul Rahim mula bergiat aktif dalam dunia lakonan sejurus menjuarai program realiti, Pilih Kasih musim ketiga.

Foto: Instagram Reen Rahim

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI