Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui turut berasa terkesan dengan musibah banjir yang melanda negeri Pahang sejak semalam.
Menurut Siti, dia juga berasa bimbang melihat perkembangan terkini keadaan banjir di negeri kelahirannya itu lebih-lebih lagi selepas mengetahui tahap kerosakan yang berlaku akibat bencana alam tersebut.
“Membaca berita, melihat paparan gambar dan video banjir di sana sini, jalan rosak, rumah dan bangunan tenggelam, banyak kemusnahan, kenderaan juga terkandas.
“Ada yang berlapar, tidak dapat meneruskan perjalanan serta tidak dapat bergerak ke mana-mana, keadaan banjir dan air naik dengan cepat, begitu membimbangkan,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu, Kuasa Cintamu itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Siti turut menyeru orang ramai untuk sama-sama menghulurkan bantuan bagi meringankan beban buat mereka yang terkesan akibat banjir teruk itu.
Ads
“Pada saat ini, marilah kita sama-sama berdoa agar ujian ini dapat kita harungi bersama-sama.
“Doa, tenaga, huluran bantuan dan apa yang kita mampu, termasuk pihak-pihak berkuasa yang saya pasti sedang bertugas, semoga Allah permudahkan dan melindungi kalian,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Siti turut menitipkan doa buat seluruh rakyat Pahang terutama buat mereka yang tinggal di kampung halamannya di Kuala Lipis.
Ads
“Semoga hujan semakin reda, air juga akan cepat surut dan anda yang dalam perjalanan, dapat sampai ke destinasi dengan selamat.
“Semoga ibu, keluarga, orang kampung saya di Kuala Lipis, Pahang juga dalam keadaan yang baik dan dilindungi Allah untuk kita semua walau di mana saja kita berada,” akhirinya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa simpati selain turut berharap agar banjir dapat surut dengan segera.
Ads
Terdahulu, menurut laporan akhbar Berita Harian, banjir di Pahang dilaporkan semakin buruk apabila 67 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di sembilan daerah setakat jam 6 petang semalam.
Menurut portal bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), seramai 3,122 mangsa daripada 868 keluarga kini ditempatkan di 67 PPS.
Di Raub, sebanyak 26 PPS dibuka, diikuti 11 PPS di Kuantan, Maran (8), Jerantut dan Rompin (6), Temerloh (5), Lipis (2) dan Bentong (1).
Sumber: Instagram CTDK & Berita Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Berkongsi rakaman video usahawan Sajat dan pembantunya, Mok Kay mengenakan telekung dan baru usai mengerjakan solat di Raudhah, jelas penyanyi nasyid, Fakhrul Radhi ketika di Raudhah, golongan lelaki boleh keluar masuk pada bila-bila masa namun ada laluan khas untuk jemaah lelaki.
Sebaliknya untuk jemaah wanita, hanya tiga waktu sahaja dibenarkan iaitu selepas Subuh, Zuhur dan Isyak.
“Untungnyaaa boleh masuk raudhah. Tp sebenarnya kalau sebelah lelaki boleh 24 jam masuk,” jelasnya.
Tidak dinafikan, momen menjalani fasa tempoh berpantang selepas bersalin dan pada masa sama menguruskan anak yang masih kecil bukan tugas yang mudah untuk dilakukan para ibu.
Meski pun begitu, penyanyi Noor Atiqa Noor Azraff atau lebih dikenali Kaka Azraff mengakui seronok menjalani rutin berpantang selepas bersalin cahaya mata keduanya, Aryan pada 22 Februari lalu.
Setelah hampir sebulan menjalani tempoh berpantang, penyanyi lagu Gila ini memberitahu suaminya, Adam Azriff sentiasa membantu menguruskan anak sulungnya, Aslan.
Penyanyi berusia 32 tahun ini telah berkongsi pengalaman tersebut bersama para pengikut di akaun media sosial Instagram miliknya, baru baru ini.
“Pantang day 22 for my 2nd child who was born on 22.2.2022 Tengok lah anak no 1 tu. So cheeky!
“Geram sangat dgn perangai dia sekarang. Masih dengan uniform pantang hehe. So far, my pantang journey best!
“Thank you @lycmotherchild and also thank you to my husband @helloadamazriff sbb dia take over 100% jaga Aslan,” tulisnya.
Imbas kembali, Kaka mendirikan rumah tangga bersama Adam pada 14 Disember 2018 dan dikurniakan cahaya mata sulung, Aslan yang kini berusia dua tahun.
Kemudian, Kaka telah selamat melahirkan cahaya mata kedua secara normal pada 22 Februari lalu tepat jam 12.54 pagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Kaka Azraff
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pernah memasang impian untuk berkahwin dan mempunyai tiga orang cahaya mata, pelakon dan pengacra, Sherry Alhadad tetap percaya dengan perancangan yang telah diaturkan Allah SWT.