
Pelakon yang juga usahawan, Syatilla Melvin baru-baru ini ada memuat naik satu video Tik Tok di Instagram miliknya hingga mendapat perhatian ramai warganet.
Ini kerana, wajah Syatilla menerusi video tarian pendek yang dirakam bersama suami, aktor Shaheizy Sam itu mirip rakan pelakon, Mira Filzah.
Malah menerusi ruangan kapsyen, finalis Dewi Remaja sezaman Neelofa ini turut menulis kapsyen bereloroh.
“Kenapa Sam tiba-tiba dengan @mfmirafilzah? Ya Allah kenapa awak buat macam ini dekat saya? Comelnya laki aku” tulisnya di kapsyen.
Serentak dengan itu, para pengguna Instagram tidak ketinggalan memberikan reaksi dan rata-ratanya mengakui wajah ibu kepada dua cahaya mata ini serupa dengan Mira di dalam video berkenaan.
Malah, Mira juga dilihat turut memberikan reaksinya.
Sehingga kini, video tersebut sudah pun ditonton lebih 300,000 kali.
Untuk info, pasangan selebriti ini berkahwin pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata setakat ini.
Foto: Instagram Syatilla Melvin
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kali Terakhir Tambak Johor Ditutup Pada Julai 1964,” – Izwan Azir Saleh Kongsi Kisah, Sebelum Dibuka Selepas 83 Hari

Penyampai berita, Izwan Azir Saleh berkongsi beberapa panorama menarik Tambak Johor yang kelihatan cukup tenang dan kosong selepas ditutup akibat Perintah Kawalan Pergerakan 18 Mac lalu.
Sengaja merakamkan detik bersejarah itu di laman peribadi miliknya, jelas Izwan, kali terakhir Tambak Johor ditutup adalah pada Julai 1964 selama empat hari akibat rusuhan kaum di Singapura.
“Biar jadi kenangan.
“Foto Tambak Johor (atau ‘Causeway’) yang kosong akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini saya petik dari 2 lokasi di Johor Bahru.
“Sebelum sempadan Malaysia-Singapura ditutup pada 18 Mac 2020 akibat penularan pandemik Covid-19, Tambak Johor yang dibina pada 1919, adalah perbatasan paling sibuk didunia. Dianggarkan hampir 145,000 kenderaan bersama 300,000 manusia akan menyeberangi Selat Tebrau setiap hari.
“Setelah 83 hari, Kerajaan mengumumkan bersedia untuk membuka Tambak Johor bagi membolehkan rakyat yang bekerja di Singapura untuk kembali bertugas.
“Kali terakhir Tambak Johor ditutup ialah pada Julai 1964 selama 4 hari akibat rusuhan kaum di Singapura yang ketika itu masih berstatus negeri dalam Malaysia. Sebelum itu, ketika Perang Dunia Kedua, tentera British telah mengebom bahagian tengah Tambak Johor untuk menyekat kemaraan tentera Jepun. Bagaimanapun Jepun telah membaik pulih laluan itu dan berjaya menakluk Singapura pada Februari 1942,” kongsinya.
View this post on InstagramA post shared by Izwan Azir Saleh (@izwanazirsaleh) on
Tambak Johor yang disenaraikan sebagai laluan darat paling sibuk di dunia, sunyi dan sepi susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara.
Terdahulu, Menteri Kanan (Keselamatan) Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan mengambil maklum bahawa sektor industri di Singapura telah mula beroperasi dan meminta kebenaran supaya pekerja mereka dari Malaysia untuk berulang-alik ke Singapura.
Mesyuarat khas telah bersetuju untuk membenarkan rakyat Malaysia berulang-alik atas urusan kerja dan bersedia menjalankan ujian COVID-19 jika diperlukan Kerajaan Singapura.
Foto : Instagram Izwan Azir Saleh & Berita Harian
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Pergi Mekah Dengan Lelaki Lain, Balik Dengan Lelaki Lain, Ketentuan Allah? Janganlah Guna…,” – Micheal Ang

Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, pengarah Micheal Ang menyelar tindakan segelintir individu menggunakan nama tuhan dalam membenarkan setiap perbuatan.
Jelasnya menerusi video yang dimuat naik, berkahwin untuk kali yang kedua dan seterusnya merupakan hak masing-masing, namun jangan sesekali menggunakan nama Allah.
“Salam semua! Se jujurnya aku memang tak nak komen pasal org nak kahwin 2 ke 4 ke Sebab Hak kau org.
“Tapi naik meluat pulak dengar statement dia org pasal Ini semua ketentuan Allah Dah dah la guna Nama ALLAH atas perbuatan Dan nafsu kau org! Phuiiiii. And satu lagi @mfmirafilzah takan nak kita mintak 19 kali baru dpt stock baru Luna tu!!! Argggghhhhh! Luv u all by the way!
“Sebenarnya aku tak nak komen pasal ustaz yang kahwin. Tapi naik meluat. Apa semua ni? Pergi Mekah dengan lelaki lain, balik dengan jantan lain. Ketentuan Allah?
Janganlah guna nama Allah. Tolonglah.
“Kalau kata semua ini ketentuan Allah, maknanya penagih dadah itu menagih pun kerana ketentuan Allah. Orang yang membunuh pun ketentuan Allah sebab sudah tertulis,” katanya.
View this post on InstagramA post shared by Michael Ang (@michaelang38) on
Netizen turut memberikan reaksi di ruang komen berhubung pandangan yang diberikan pengarah Sweet Dreams ini.
Bagaimanapun, pengarah yang kini turut bergelar pelakon itu tidak pula menyatakan spesifik individu yang dimaksudkan, sebaliknya hanya berkongsi pandangan umum.
Foto : Instagram Micheal Ang
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Belum Habis Edah Tapi Mawar Dah Keluar Bersolek,” – Mawar Karim Dikecam Akibat Iddah, Tapi Ada Netizen Beri Penjelasan

Dikecam gara-gara perkongsian terbaru yang merakamkan dirinya dan anak menunjukkan dia dan anak, Maryam sedang beriadah.
Malah, penampilan Mawar Karim juga dikatakan seperti tidak menghormati tempoh iddah sementelah baru sahaja diceraikan minggu lepas.
Ulas netizen menerusi ruang komen, wanita yang baru diceraikan tidak sepatutnya mengenakan solekan dan tidak dibenarkan keluar daripada rumah selama tiga bulan.
Pendapat itu bagaimanapun dibidas dan ada menegaskan pandangan itu salah sama sekali dan hanya akan mengelirukan pembaca lainnya.
Ulas netizen yang dikenali sebagai bellemaisonbelle, iddah untuk wanita bercerai hidup tidak sama dengan bercerai mati.
Malah solekan juga dituntut untuk menimbulkan keinginan suami untuk rujuk semula.
“Iddah utk yg bercerai hidup hanya perlu minta izin x-suami utk keluar, x sama dgn yg kematian suami ye, yg tu baru kena berkabung … bersolek juga dituntut supaya suami ada keinginan utk rujuk semula dgn isteri dlm tempoh iddah.
“Harap kami dpt berita baik dlm tempoh iddah ni,” tulis pemilik akaun berkenaan.
Pendapat ini dipersetujui oleh netizen yang lain.
Mawar dan bekas suami, pelakon Fizo Omar berpisah secara baik pada 10 Julai lalu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi.
Foto : Instagram Mawar Karim
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI