Pelakon, Que Haidar meluahkan rasa bangga saat melihat pelakon senior, Norlia Ghani diangkat sebagai muka depan Panca Indera menerusi sisipan sebuah akhbar perdana di negara ini.

Menurut Que Haidar, usaha seperti ini harus diperbanyakkan lagi pada masa akan datang demi memastikan sumbangan mereka dalam industri seni tanah air akan terus dihargai terutamanya buat generasi akan datang.

 “KALAU BUKAN KITA YANG DALAM INDUSTRI MENGANGKAT MEREKA, SIAPA LAGI? Assalamualaikum semua, saya agak tertarik untuk menulis sesuatu bila terpandang cover untuk pancaindera hari ini.

“Saya tersenyum. Rasa bangga, seronok. Tak kisahlah producer ke, pengarah ke, tv station ke, rakan-rakan wartawan ke kita kena bersama-sama.

“Saya suka tengok cover @pancaindera.mm minggu ni, saya rasa perlu diperbanyakkan lagi mengangkat lagenda-lagenda dalam industri kita,” tulisnya.

IKLAN

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon filem Rock Oo itu menerusi entri terkini yang dimuat naik di ruangan Instagram pada Ahad.

Dalam pada itu, Que Haidar turut menyeru agar semua pihak tidak sewenang-wenangnya memperlekehkan kredibiliti pelakon senior terutamanya bila mereka telah lanjut usia.

IKLAN

“Peranan kita besar dalam memastikan industri kita terus hebat dan mereka-mereka yang hebat terus dihormati dan dihargai. Bukan diperlekehkan bila sudah berusia. Bukan direndah-rendahkan bayaran mereka kerana mereka sudah berumur.

“Bermula dari kita dalam industri bagaimana kita menghargai dan mengangkat mereka, insyaallah khalayak juga akan timbul rasa hormat pada mereka,” katanya lagi.

IKLAN

Sementara itu, Que Haidar turut berharap agar impiannya untuk bergandingan bersama Norlia akan kesampaian satu hari nanti.

“Kita boleh bercakap yang kita menghormati dan menghargai mereka tapi semuanya berbalik semula dengan perbuatan kita dan apa yang kita lakukan pada mereka. Tahniah mama @norliaghani dan @pancaindera.mm.

“Dah lama teringin untuk digandingkan dengan Seniwati sorang ni, insyaallah suatu hari nanti. Amin,” akhirnya.

Sumber: Instagram Que Haidar

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI