
Sebuah drama rantaian terbaru berjudul Takdir Yang Tertulis nyata mendapat perhatian meluas daripada penonton setia drama tempatan.
Masing-masing memberikan reaksi positif dan tidak sabar untuk menantikan episod terbarunya.
Lakonan Elvina Mohamad yang memegang watak Ruhila menerusi drama tersebut juga turut membuahkan hasil, sekaligus menjadi perbualan di kalangan pencinta drama tempatan.
Menerusi drama yang bersiaran di slot Samarinda TV3 itu, rata-ratanya memuji Elvina yang disifatkan berjaya menghidupkan watak Ruhila, seorang wanita positif sebelum takdir mengubah dirinya menjadi seorang yang berbeza.
Dalam pada itu, Elvina ada menitipkan ucapan terima kasih kepada penonton yang telah menonton drama bersiri tersebut.
“MAAFKAN SAYA – RUHILA Habislaaa kena kecammmm. Larikkkkk
“Terima kasih kerana semua menonton, jumpa esok!!#TakdirYangTertulis #SlotSamarinda #DramaSangat,” tulisnya.
Selain Elvina, drama ini turut dibintangi pelakon hebat seperti Nad Zainal, Nazim Othman, Didie Alias dan ramai lagi.
Takdir Yang Tertulis bersiaran pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di slot Samarinda, TV3.
Foto: Instagram Elvina Mohamad
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kahwin November Lalu, Pelakon Nadia Brian Dan Suami, Muizz Sudah 3 Bulan Tinggal Berasingan

Suami Pelakon Nadia Brian iaitu Muizz Nasruddin menerusi Harian Metro menjelaskan, dia sudah cuba sedaya-upaya menyelamatkan rumah tangga mereka, namun menemui jalan buntu.
Malah, teka-teki mengenai pergolakan rumah tangga mereka akhirnya terjawab apabila keduanya sudah tiga bulan tinggal berasingan.
“Status kami sehingga kini masih suami isteri, tapi hampir tiga bulan isteri tidak tinggal bersama di rumah saya.
“Saya tak pernah halau dia dan sudah berkali-kali meminta dia balik tapi dia tidak mahu,” katanya seperti yang dipetik.
Muizz menambah, dia pernah mencuba menghubungi pihak isteri bagi menyelesaikan isu yang berlaku.
“Saya cuba untuk menghubungi ibu dan keluarga dia untuk selesaikan masalah, tapi sia-sia.
“Saya cuba yang terbaik untuk menyelamatkan perkahwinan ini tapi dia tidak memberi kerjasama,” katanya.
Tambahnya lagi, segala perkongsian di Instagram sebelum ini yang mendakwa dirinya dikhianati dan dianiaya itu adalah benar.
“Perkongsian di Instagram sebelum ini memang benar. Saya dihina, dihalau, dikhianati dan dianiaya. Saya ada bukti yang cukup mengatakan isteri saya berlaku curang terhadap saya.
“Saya ambil keputusan untuk keluarkan kenyataan sebab dia sudah berlebihan dengan memalukan saya dan tidak menghormati saya sebagai suami serta keluarga saya.
“Dalam masa sama, dia memberitahu orang dalam industri hiburan semua yang berlaku adalah salah saya kerana tak sediakan kehidupan yang dia mahukan. Saya sangat-sangat kecewa,” katanya yang melihat perceraian adalah pilihan terakhir yang dimilikinya.
Harian Metro juga sebelum ini melaporkan, Muizz enggan mengulas mengenai dakwaan pelakon Aidit Noh menjadi orang ketiga dalam hubungan mereka.
Muizz juga sebelum ini ada memuat naik gambar dan kapsyen sehingga mengundang pertanyaan dalam kalangan netizen berhubung status rumah tangga mereka.
Terdahulu, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 9 November tahun lalu di Magica Hall, Shah Alam.
Sumber: Harian Metro
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tak Apalah Kerja Pun Satu Tanggungjawab & Ibadah,” – Baru Perasan Sibuk Sepanjang Ramadan, Mira Filzah Minta Maaf Pada Suami Sebab…

Pelakon dan pengacara, Mira Filzah mendedahkan dia sebenarnya sudah pun mempersiapkan diri bagi menyambut kedatangan bulan Ramadan buat kali pertama sebagai seorang isteri.
Jelas Mira, tugas dan tanggungjawabnya kini boleh disifatkan amat berbeza jika ingin dibandingkan dengan tahun-tahun sebelumnya.
“Tahun pertama berpuasa, sebagai seorang isteri. Sebelum kahwin hari tu dah macam macam fikir.
“Dalam kepala dah set ‘Oh mesti nanti bulan puasa banyak benda nak kena buat. Tak ada dah bangun bangun sahur terus makan Mak dah siap hidang, tak ada nanti nak berbuka tolong-tolong kacau gulai je sambil teman Mak masak. (Teman eh, bukan masak tau teman je.) Dah lain dah nanti tanggungjawab dan tugas’.
“Nak fikir sahur apa, nak fikir berbuka apa, nak kena belajar masak tanpa kena rasa masakan (masak before berbuka, LOL. Kita pulakk sejenis setiap kali masak tu rasa sampai 3, 4 kali baru confident. Macam macam lahh. Preparation nii,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pengacara program Nona itu menerusi hantaran terkini di laman Instagram miliknya.
Bagaimanapun, setelah melihat jadual kerjanya sepanjang bulan Ramadan ini, Mira mendedahkan dia hanya mempunyai beberapa hari cuti sahaja untuk berbuka puasa serta sahur bersama suami dan juga ahli keluarga yang lain.
“Tengok tengok, jadual shooting dah anjak masuk sampai akhir puasa. 🥲 (disebabkan MCO hari tu. bukan salah sesiapa) Mungkin tahun ni boleh kira berapa kali je dapat sahur dan berbuka bersama Emir, Mak @faeezahisan, Abah, keluarga lain, Atuk dgn Opah lagi lah.
“Hmmm tak dapat balik kampung. Kita outstation pula tu. Hmmmm..Tak apa lah, kerja pun satu tanggungjawab dan ibadah dengan niat yg betul,” jelasnya lagi.
Dikesempatan itu juga, Mira turut dilihat menitipkan ucapan maaf buat suaminya itu kerana berkemungkinan besar jdia arang berada di rumah sepanjang bulan Ramadan ini.
“Sorry Sayang i, @wanemirastar. Terima kasih sebab memahami. Semoga ibadah puasa kita diterima Allah SWT.
“AND, congratulations for your new app! KORANG, boleh download app yang Emir baru sahaja usahakan, ‘Tarteel’!
“Aplikasi bacaan dan hafalan Al-Quran yang dinamakan Tarteel, powered by voice recognition and ‘AI Machine Learning’ to help improve and assist our memorization.
“Mana tahu ada target nk hafal surah-surah baru utk Ramadhan tahun ini, haa download and try okay! Selamat berpuasa semua,” katanya lagi.
Terdahulu, Mira dan suaminya, Wan Emir Astar telah pun mendirikan rumah tangga pada tanggal 3 Ogos 2020 setelah hampir setahun menyulam cinta.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bila Ada Yang Sibuk Tanya Bila Nak Beranak Lagi, Betty Rahmad ‘Sekolahkan’ Netizen Bawang!

Panjang lebar luahan dibuat pelakon, Betty Rahmad apabila seringkali ditebak persoalan mengenai soal hamil lagi.
Ada yang mencadangkan, kelahiran baru itu adalah sebagai teman buat anaknya, Wira.
Tegasnya, jangan sesekali membangkitkan hal tersebut di laman peribadinya kerana soal anak cukup sensitif dan isu peribadi sesebuah keluarga.
“Mummy & Daddy with Aisya Humairah my babygirl. Adik susuan @ardywira_ .
“Oh jangan ada yang sibuk comment “Wira nak adik, bila nak no 2, Wira boring takde kawan, ada ambik pil perancang?” atau sebagainya.
“Tak payah buat buat pandai! Simpan comment tu untuk diri sendiri & family korang ok. Wira dan mummy daddy dia ok happy je.
“Soal ada anak, takde anak, tambah anak ni semua soal personal & sensitive yang kita tak perlu sibuk dan memandai,” tulisnya.
Ulasnya lagi, ada anak bukan sekadar mengandung, namun tugas membesarkan dan mendidik cukup mencabar di zaman yang serba mahal.
Terang Betty lagi, sakit tika bersalin masih lagi terasa sehingga kini.
“Ada anak bukan sekadar mengandung dan beranak. Nak jaga, nak besarkan & nak bagi makan, pakai, sekolah dan semua yang terbaik untuk dia.
“Zaman sekarang bukan murah pulak tu! How do you choose quality over quantity?
“As for me, i tak ready dari segi mental & fizikal. Sakit beranak pun belum lupa atau fully recover. Yes Alhamdulillah syukur Wira is such an easy baby.
“Tapi dia sama je macam baby lain yang lalui fasa beralih bulan, tumbuh gigi, cranky, mood swing etc,” jelasnya lagi.
Memohon agar netizen tidak terlalu menjaga tepi kain orang, dia kini cukup bahagia dengan keluarga kecil yang ada.
“And alhamdulillah until today i still breastfeed him and pump every 3-4hr even at night time masa korang yang suruh i ‘beranak lagi’ tengah lena tidur dibuai mimpi
“So moral of the story, jangan sibuk hal orang. Kalau korang nak beranak 10 pun beranak lah i tak kisah. Jangan tentukan hidup orang lain.
“Biar orang yang mengandung, beranak, menyusu, jaga anak yang decide bila dia nak ada anak!
“Buat masa ni i tengah enjoy every moment with my lil hero yang sedang membesar dan perlu kasih sayang dan attention mummy & daddy dia.
“Ok jangan tanya soalan tu lagi ok! Ok penat bebel bye
@bugaboosea_ #ardywira #bettyanddamis #10monthsold,” kongsinya panjang lebar.
View this post on InstagramA post shared by Betty Rahmad (@bettyrahmad) on
Penjelasan Betty nampaknya turut mendapat perhatian netizen yang melalui insiden serupa.
Betty dan suami, Ardy Damis bernikah pada 4 Februari 2018 di Glamhall, Damansara Perdana, Petaling Jaya.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan putera sulung, Ardy Wira pada 19 Januari lalu.
Foto : Instagram Betty Rahmad
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI