Kemenangan Roslinda Abdul Majid atau lebih sinonim dipanggil DJ Lin menerusi kategori Penyampai Radio Popular buat kali kedua disifatkan sebagai hadiah paling manis bersempena ulang tahun ke-20 pembabitannya dalam dunia penyiaran radio khususnya.

Merangkul anugerah sama buat kali pertama pada tahun 2016 lalu, DJ Lin dalam nada sebak bersyukur dan terharu atas kemenangan tersebut. Apatah lagi, kejayaan yang diraih adalah menerusi undian peminat.

“Ada yang kata penyampai radio lama tiada peluang untuk ke depan kerana dibayangi oleh penyampai radio yang lebih muda.

“Saya sendiri sudah berusia 43 tahun dan bersama Suria Cinta kira-kira 13 tahun. Jadi kemenangan ini sangat menyentuh hati saya,” katanya yang tidak pernah meletakkan harapan tinggi untuk merangkul anugerah berkenaan pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH Ahad lalu.

IKLAN

“Ramai juga yang menyatakan sokongan untuk ABP tapi saya kata InsyaAllah. Akan tetapi saya tak rasa tak akan menang, tidak meletakkan harapan, demi Allah walau satu peratus.

“Malah saya turut menyatakan pada keluarga dan rakan terdekat, janganlah impikan apa-apa. Saya tak kan naik pentas. Tapi pada malam ini, ya Allah saya hanya nampak wajah ibu saya yang sedang sakit di Johor,” jelasnya lagi.

IKLAN

Ditanya apakah kekuatannya hingga membawa pulang anugerah berkenaan sekaligus menafikan kemaraan calon lainnya yang dianggap pesaing yang cukup hebat, DJ Lin mengakui namanya sendiri sudah pun kukuh sebagai satu jenama dalam industri radio.

IKLAN

“Kekuatan saya adalah saya sendiri, nama DJ Lin itu sudah pun kukuh dalam industri radio. Tidak boleh dipisahkan dalam program berkonsepkan cinta (Suria Cinta).

“Alhamdulillah pada usia 43 tahun dan sudah 20 tahun dalam dunia penyiaran radio, saya masih mampu untuk kumpul peminat baru,” terang DJ Lin yang mengakui untuk terus relevan dalam industri, dirinya juga perlu mengikut perkembangan arus digital semasa.

https://www.instagram.com/p/B2xOzhqHI0D/

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI