Percutian pelakon cantik, Puteri Aishah ke Bali, Indonesia yang turut disertai ibunya mendapat perhatian netizen.
Dipuji kerana tidak pernah lupa asal usul dan sering memanjakan si ibu, finalis Dewi Remaja sezaman Raysha Rizrose dan Mawar Rashid ini dilihat ada berkongsi foto terkininya di samping ibu tersayang.
“Rasa macam dalam filem Hindustan dengan Mama,” tulisnya ringkas sambil berkongsi kepingan foto mesra mereka berdua.
Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata peminat memberikan pujian. Malah ada juga yang menyatakan rasa syukur dan gembira mereka apabila ibu bintang muda itu dilihat kian berisi dan sihat.
Tidak lama dulu, Puteri pernah mendedahkan ibunya ada menghidap kanser rahim dan turut menjalani rawatan.
Foto: Instagram Puteri Aishah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru sahaja melancarkan dua pek koleksi terhad Unicorn Edition di bawah payung Wawa Cosmetics, pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal tidak menafikan mereka sudah mencapai status jutawan seperti yang diperkatakan ramai pihak.
Bagaimanapun, baik Aeril dan Wawa, apa yang dikecapinya kini bukanlah suatu hal yang mudah apatah lagi keduanya mulai aktif berniaga kira-kira lebih tiga tahun lalu.
Terdahulu, keduanya ditemui pada majlis pelancaran koleksi barunya itu di Hotel Grand Millenium, Kuala Lumpur pada Isnin.
“Wawa Cosmetics, Unicorn Editon didatangkan secara terhad dan ia hadir menerusi dua set iaitu Fantasy dan Dream.
“Kami difahamkan, pada hari pertama pelancaran, ia lebih 20,000 unit sudah terjual, alhamdulillah. Saya bersyukur dan terharu dengan sokongan para stokis yang setia dengan kami.
“Meski ‘senyap’ dari mengeluarkan sebarang produk kira-kira dua bulan lalu, namun mereka tetap memberikan sokongan dan ini merupakan salah satu kejayaan team Wawa Cosmetics sendiri memandang ketika belum pun dilancarkan secara rasmi, ia sudah pun terjual,” kata Wawa kepada MH.
Ditanya mengenai status jutawan sebagaimana yang menjadi buah mulut para peminat pula, Aeril dan Wawa mempunyai jawapan sendiri.
“Kalau kami dikata jutawan, bagi saya itu rezeki dan alhamdulillah. Kita tidak menafikan memang sudah mencapai sasaran. Akan tetapi kami sendiri pun ada target sendiri. Sekarang ini, rasanya sudah tiba masa untuk kami bantu orang lain, kongsikan rezeki.
“Jujurnya timbul perasaan puas apabila dapat membantu orang lain, misalnya kami telah lahirkan dua jutawan bersama Wawa Cosmetics. Masing-masing mencapai sasaran jualan sekitar RM2 juta dan RM1 juta.
“Setakat ini mempunyai enam orang ‘leader’ dan dua daripadanya sudah bergelar jutawan. Sasaran kami selepas ini adalah untuk menjadikan empat dari lainnya akan mencapai status sama, insyaAllah,” jelas suami isteri ini.
Dalam perkembangan lain, Aeril dan Wawa juga turut menanam impian untuk mempunyai wisma sendiri bagi memudahkan sistem logistik.
Meski sudah beberapa hari bergelar suami isteri, pernikahan pasangan pelakon, Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana bagaimanapun masih diperkatakan ramai terutamanya pada sesi menyarung cincin pasangan mempelai.
Momen berkenaan yang kini tular merakamkan aksi Ardell yang dilihat seperti malu-malu saat suaminya mahu menyarung cincin pernikahwinan.
Namun, dalam ramai yang suka ada segelintir yang pesimis terhadap momen tersebut memandangkan keduanya sudah pun berkawan sejak beberapa tahun lalu dan sering merakam video bersama menerusi media sosial.
Lalu, mungkin terkesan atas reaksi segelintir netizen yang pesimis, adik kepada Nadzmi Adhwa, Nadzim Adzham ada memuat naik status memberi pandangan terhadap apa yang diperkatakan.
“Lets do this one last time, make it clear, tbh ramai cakap itu dan ini, janganlah terlampau mengecam ya wahai manusia, aku pun terkejut diaorang malu-malu bila nak sarung cincin tu semua, and memang diaorang mesra bila kat luar, tapi tak pernah bersentuhan selama aku dengan diaorang.
“Aku memang salute abang aku lemah-lembut, kakak ardell pulak jenis yang tegas, ini kan mahu bersentuhan, walaupun diaorang pelakon tapi semua yang dirakamkan bukan lakonan, and aku bukan nak tunjuk aku bagus ke apa cuma kadang-kadang mulut orang ni tahu menilai orang dari rupa paras dan kerjaya mereka.
“Kenal dulu orang base on percakapan dan ilmu yang disampaikan bukan dari rupa paras aku sendiri kenal abang aku. Orang kenal aku tahu tak kan cakap benda macam ni eh. So jangan nak judge kalau tak kenal aku,” tulisnya panjang lebar.
Terdahulu, pasangan ini dinikahkan oleh Imam Masjid AL Mutaqqin Seri Kembangan, Ustaz Hafiza Hafiz dalam sebuah majlis serba sederhana tetapi meriah.
Ardell telah menerima hantaran senaskah Al-Quran, mas kahwin berjumlah RM300 serta dua dulang hantaran. Nadzmi turut menerima dua dulang hantaran daripada pihak pengantin perempuan.
Difahamkan, Al-Quran yang dijadikan hantaran kepada pengantin perempuan merupakan hadiah daripada Ardell kepada Nadzmi semasa majlis merisik, namun dipulangkan semula sebagai hantaran selepas dibaca dan difahami tafsirnya.
Foto: Instagram Nadzim Adzham
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Walaupun menjadi antara peserta terawal yang tersingkir, pelakon veteran Mubarak Majid menyifatkan penglibatannya dalam program Kilauan Emas Selebriti (KES) sebagai satu pengalaman berharga untuk menimba ilmu dalam bidang nyanyian.