Penyanyi Ainan Tasneem atau nama sebenarnya, Ainan Tasneem Redzuan baru-baru ini ada mendedahkan wajah anak kembar sepasangnya yang dilahirkan 20 Disember lalu.

Bintang berusia 28 tahun itu sebelum ini turut berkongsikan nama anak kedua dan ketiganya, iaitu Faqeh Nael dan Faeqa Naela beserta dengan maknanya sekali.

Terdahulu menerusi hantaran dalam bentuk video di Instagram itu, kelihatan dua bayi itu sedang lena dalam tidur.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AINAN TASNEEM ♡ (@ainantasneem92)

IKLAN

“Assalamualaikum semua! Alhamdulillah kami dah sebulan lahir kat dunia ni.

“Ummi kata ramai yg DM minta ummi share pengalaman bersalinkan kami haritu. Tunggu ya, nanti ummi akan share kat semua.

“Btw everyday Faqeh & Faeqa akan lepak dekat swing Nuna Leaf ni. Yg amazingnya this swing can hold up to 60kg tau! Even org dewasa pon boleh lepak kat situ,” tulisnya memberikan kredit.

IKLAN

Meninjau ke ruangan komen, rata-ratanya memuji kecomelan bayi yang baru dilahirkan itu selain ada yang turut berkongsikan pengalaman bersalin anak kembar.

“Ya Allah Comelnya!,” – Baru Berusia 1 Bulan, Ainan Tasneem Kongsi Foto Anak Kembar Sepasang “Ya Allah Comelnya!,” – Baru Berusia 1 Bulan, Ainan Tasneem Kongsi Foto Anak Kembar Sepasang “Ya Allah Comelnya!,” – Baru Berusia 1 Bulan, Ainan Tasneem Kongsi Foto Anak Kembar Sepasang

IKLAN

Terdahulu Ainan yang mendirikan rumah tangga dengan suaminya Mohamad Ariffudin pada 7 Januari 2017 telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ainan Salsabiela yang kini berusia lebih dua tahun.

“Ya Allah Comelnya!,” – Baru Berusia 1 Bulan, Ainan Tasneem Kongsi Foto Anak Kembar Sepasang “Ya Allah Comelnya!,” – Baru Berusia 1 Bulan, Ainan Tasneem Kongsi Foto Anak Kembar Sepasang

Foto: Instagram Ainan Tasneem

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI