Biar pun baru bersiaran beberapa episod, namun drama bersiri terbaru di slot Samarinda TV3, Takdir Yang Tertulis nyata mendapat sambutan luar biasa penonton.

Malah masing-masing cuba memberikan reaksi terhadap konflik yang melanda mereka dari sehari ke sehari.

Ditulis dan diarahkan oleh Shahrulezad Mohameddin, drama ini mengisahkan konflik perhubungan di antara empat kenalan iaitu Azlan yang dilakonkan oleh Nazim Othman, Juweta (Nad Zainal), Ean (Alvin Chong) dan Ruhila (Elvina Mohamad).

Selain pelakon utamanya, watak Che Salmah yang didukung pelakon hebat, Didie Alias turut memancing mata ramai dek sikapnya yang disifatkan kejam dan tidak berperikemanusiaan demi kepentingan diri.

“Geram Betul Tengok Makcik Firaun Ni, Rasa Nak Hempok!,” – Che Salmah Di Tangan Didie Alias, Sambung Kecam Malam Ni “Geram Betul Tengok Makcik Firaun Ni, Rasa Nak Hempok!,” – Che Salmah Di Tangan Didie Alias, Sambung Kecam Malam Ni

IKLAN

Malah, sikap Che Salmah turut dikongsikan Didie menerusi satu babak episod kelima yang bersiaran 10 malam ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by DiDie Alias (@ladydidiemsia)

“Sape nk sambung bayar, zero downpayment. Harga ok Che Salmah Let Gooo. Jom layan jap je lagi kul 10 malam.

IKLAN

”Jom sambung Kecam mlm ni,” tulisnya pada video yang dimuat naik.

Serentak dengan itu, para peminat turut sama meninggalkan reaksi pelbagai terhadap babak yang dikongsikan bintang senior itu.

IKLAN

“Geram Betul Tengok Makcik Firaun Ni, Rasa Nak Hempok!,” – Che Salmah Di Tangan Didie Alias, Sambung Kecam Malam Ni

Bersiaran sebanyak 15 episod, Takdir Yang Tertulis turut disokong oleh para pelakon lainnya seperti Uchee Fukada, Iman Suhana, Muaz Fitri dan ramai lagi.

“Geram Betul Tengok Makcik Firaun Ni, Rasa Nak Hempok!,” – Che Salmah Di Tangan Didie Alias, Sambung Kecam Malam Ni

Foto: Instagram Didie Alias

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI