Nama pelakon, Natasha Hudson menjadi buah mulut ramai sejak petang semalam selepas tampil menggayakan busana rona putih rekaan Rizman Ruzaini yang seolah-olah menampakkan sebahagian bahu bahagian kanannya dalam sebuah acara.

Sehinggakan, ada yang meyifatkan persalinan anggun yang digayakan bintang cantik itu di sidang media pelancaran produk Crystal C White di Menara KL itu tidak berapa sesuai dengan imejnya yang bertudung.

“Busana ini disediakan pengasas produk ini, Datin Reena Zach. Ia berlapik kain berwarna kulit (nude) sebenarnya. Saya hanya mengikut tema majlis saja yang turut ada unsur glam.

“Saya pun sebenarnya bukan memakai gaun sebegini sepanjang masa. Saya hanya memakainya saja dan tak rasa ia keterlaluan. Saya pun tak ada masalah dengan gaun itu.

“Saya tak salahkan sesiapa dan tak ambil peduli hal orang. Mereka nak cakap apa … lantaklah,” katanya.

Bagaimanapun, menurut ibu tunggal kepada tiga anak ini, dia sebenarnya mempunyai pilihan busana lain.

“Ada baju lain yang labuh kainnya dan tak sesuai untuk bergerak. Gaun yang saya pakai ini lebih memudahkan saya dan lebih santai.

“Cuma biasalah mata netizen yang akan melihat sudut menampakkan bahu itu sebagai hal besar. Saya harap tak perlulah diperbesarkan perkara itu lagi,” katanya.

Berkongsi mengenai perkembangan kerjayanya sekarang, Natasha memberitahu dia sepatutnya membintangi sebuah filem dari Indonesia tahun lalu. Namun projek tersebut terpaksa ditanggungkan atas kekangan semasa.

“Saya sempat ke Indonesia membina rangkaian semula di sana. Penggambaran filem itu sepatutnya dilakukan di Semporna, Sabah. Tapi kerana masalah pandemik ia terbantut.

“Harapnya 2021 akan memberi tuah kepada saya dalam soal kerjaya seni,” katanya.

Dilantik sebagai duta bagi produk tersebut, Natasha menzahirkan rasa syukur atas kepercayaan yang diberikan sebagai wajah wakilan produk suplemen kulit berkenaan.

“Saya sendiri sudah berbelas tahun rapat dengan orang kuat produk ini (Datin Reena). Jadi ia memudahkan kerjasama ini.

“Produk ini juga membangun dengan pantas dan membantu ramai menjana pendapatan. Kita tahu ramai terkesan di musim pandemik ini,” katanya.

Pada majlis sama, pelakon Keith Foo turut diumumkan sebagai duta.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI